12 September 2011

Bukit Kepong








Semalam (11 September) TV2 menayangkan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Mungkin meraikan peristiwa 11 September Amerika diserang. Tapi sebenarnya bersempena dengan ceramah Mat Sabu yang mengatakan Mat Indera pejuang kemerdekaan. Bercempera ramai pihak (UMNO dan yang sewaktu dengannya) yang marahkan kenyataan Mat Sabu tu.

UF tak nak ulas pasal Mat Indera, sebab tak tahu kisah sebenar. Lagipun dah ramai yang ulas pasal isu tu. UF nak ulas pasal 1 tulisan yang pernah UF baca pasal filem Bukit Kepong. Kalau tak silap surat pembaca dalam Harakah lama dahulu. Ia bukan tulisan ilmiah tapi hasil pemerhatian penulis dalam beberapa pilihanraya.

Kata penulis (tak ingat nama dia), dalam beberapa pilihanraya umum di zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM, jika filem Bukit Kepong ditanyangkan di TV, itu tandanya pilihanraya umum sudah hampir. UF ingat lagi, tulisan itu ditulis ketika peralihan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi. Penulis "menjangkakan" filem Bulit Kepong juga akan ditayang sebelum pilihanraya 2004, tetapi seingat UF (betulkan jika salah), filem itu tidak ditayangkan menjelang pilihanraya umum 2004.

Jadi teori penulis tentang kaitan filem Bukit Kepong dengan pilihanraya tidak lagi relevan di zaman Tun Abdullah. Ia mungkin benar di zaman Tun Dr. Mahathir hasil pemerhatian penulis. Namun bila semalam (11 September) filem itu ditayangkan semula, adakah itu petanda pilihanraya umum sudah semakin dekat? Apatah lagi isu komunis Mat Sabu sedang rancak dan hangat diperkatakan. Datuk Seri Najib mengamalkan mazhab mana? Mazhab Tun Dr. Mahathir atau mazhab Tun Abdullah? Sama-samalah kita tunggu...

Sedikit lintasan....

50 tahun akan datang, dalam sejarah Malaysia adakah Mat Sabu akan dikenali sebagai "komunis alaf baru"...

Dalam sejarah USIM pula, 50 tahun akan datang adakah UF dikenali sebagai ketua pemberontak??? fuhhhh...

3 ulasan:

puteri berkata...

hahaha suka part last..

"ketua pemberontak"

hehehe..

dan saya juga kawan-kawan yang lain..

"pengikut ketua pemberontak"!

Tanpa Nama berkata...

sian Dr Iwan...kawan2 semua takut nak collaborate selagi nama asyik kena hantar ke KPT tiap2 tahun sebagai pensyarah pro-pembangkang.Esok, 30 Sept diadakan kursus khas bagi bakal2 pelapis pemimpin Usim masa depan(akademik/non-akademik) di Pangsun. Nama "ketua pemberontak" ini telah dikeluarkan. Silap haribulan,ada sesi slide kaedah macamana staf Usim nak berdepan dengan "ketua Pemberontak" ini.

Dr. UsuliFaqih berkata...

lamanya bertapa.... kirim salam kat depa semua