04 Februari 2011

Demonstrasi Mesir

(Sumber gambar: Berita Harian)
Demonstrasi di Mesir yang menuntut Presiden Husni Mubarak meletak jawatan sudah masuk minggu ke 2. Demonstrasi yang mengambil motivasi dari Tunisia dijangka tidak akan berhenti dalam masa terdekat ini. Yang menjadi mangsa ialah rakyat asing yang belajar, bekerja atau melancong di negara Firaun itu. Antara mereka ialah sekumpulan rombongan staf USIM yang pergi ke "Ma'rad Kitab" di Mesir. Sehingga kini tak dapat maklumat lagi tentang keadaan mereka.

Dikhabarkan melalui berita atau surat khabar, keadaan tidak menentu dan kekalutan di sana menyebabkan pelajar-pelajar Malaysia di sana berada dalam ketakutan. Disebabkan perintah bekurung, menyebabkan aktiviti orang ramai dan masyarakat Mesir sendiri agak terbatas. Ramai yang terkandas di lapangan terbang walaupun mereka dah beli tiket kapal terbang.

UF dapat memahami keperitan dan kesusahan yang dialami oleh para pelajar kita di sana. Sebabnya UF pernah menghadapi situasi kekalutan di lapangan terbang Damascus, Syria akibat peperangan Israel Lubnan tahun 2006 yang lalu. UF tak kata keadaan UF sama dengan keadaan di Mesir kerana perang tu berlaku di Lubnan. Namun disebabkan landasan lapangan terbang Beirut telah di bom oleh tentera Israel, menyebabkan rakyat Lubnan lari ke Syria dan menaiki kapal terbang di sana.

Asalnya UF tak mau balik Malaysia, apatah lagi keadaan di Syria amat tenang. Tidak terkesan langsung dengan perang di Lubnan. Hajat di hati nak jadi sukarelawan untuk membantu pelarian perang di sempadan Syria-Lubnan. Namun bila dapat sms zaujah dia kena masuk hospital, UF buat keputusan untuk balik Malaysia.

Bila hari nak balik UF sampai di Airport Damascus dan dapati ia penuh dengan orang ramai, tak macam biasa. UF memang tahu melalui berita dan akhbar yang ramai rakyat Lubnan lari melalui Airport Damascus untuk ke luar negara. UF pun beratur dalam Q yang panjang dan lama. Tunggu punya tunggu tapi masih tak boleh nak check in lagi. Rupa-rupanya siapa sampai dulu dialah yang boleh check in dulu walaupun bukan flight tu yang dibooking. Bukannya siapa yang dah beli tiket dulu.

Ini menimbulkan ketidakpuasan hati ramai orang. Akibatnya UF terlepas flight yang sepatutnya UF naik. Bila sampai giliran UF nak check in, pegawai kaunter tu marah dan kata kenapa kamu tak naik flight tadi. UF kata balik, tadi kamu juga yang tak bagi naik flight pertama tu. Nasib baiklah UF dapat juga naik flight ke dua. Itupun dah final call. Kalau tak dapat naik flight ke 2 tu, confirm UF akan terlepas flight dari Dubai ke KLIA.

Begitulah keadaannya di Airport Kaherah, Mesir bahkan lagi teruk daripada apa yang UF pernah alami. Walaupun bukan perang yang berlaku di Mesir, tapi demonstrasi tersebut tetap menyebabkan kelam kabut yang dahsyat kepada semua orang, sama ada rakyat Mesir sendiri ataupun orang luar.

Ye lah, ibu bapa mana yang tak risau memikirkan nasib anak di sana. Duit tak boleh nak ambil, makanan pun tak cukup, keselamatan tak terjamin dan lain-lain lagi. Marilah kita sama-sama berdoa dan solat hajat agara usah memindahkan para pelajar di Mesir dapat berjalan dengan lancar. Amin!!!

2 ulasan:

ibnuibrahim berkata...

Salam.. Mohon pandangan ustaz, ada segelintir masyarakat (pelajar usim) mengatakan bahawa, kenapa perlu buat demnstrasi di malaysia, akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya katanya dia menguna kaedah "la Darara wala Diraran".. apa pandangan ustaz dalam isu ini..
jkk

Dr. UsuliFaqih berkata...

Panjang nak ulas ni... Kalau tanya ustaz pro Bien depa akan kata demo tak boleh lah... kacau orang meniaga... jalan jem dan sebagainya... hanya demo daripada mazhab bien je yang halal... dan selalunya demo puak2 ni polis tak kacau...

kalau tanya ustaz2 pro pakatan depa akan kata boleh sebab dah guna saluran betul pun kerajaan tak bertindak... jadi sekali sekala kena demo... tapi demo dieorang ni selalu kena kacau dengan polis... bukan senang wooo nak mandi air asid kecuali dalam demo puak2 ni.... kalau teringin nak mandi air asid bolehlah join demo yang ni... kalau demo mazhab bien tak pernah dengar la pulak ada air asid ni... mungkin time tu air asid tak sempat nak bancuh kot...