Februari 2009

28 Februari 2009

Siapa Ulil Amri?

Di bawah adalah isi kandungan emel UF kepada Dinsman:

Bila kita membincangkan tentang ayat ke 59 surah al-Nisa' yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri daripada kamu.....", seringkali kita mentafsirkan "Ulil Amri" sebagai "pemimpin". Tafsiran ini sering dipakai oleh kebanyakan orang termasuk para pemimpin terutama pemimpin negara dalam menghujahkan agar orang bawahan perlu mentaati kepimpinan mereka. Tafsiran ini memang betul kerana tafsiran ini tersebut dalam kitab-kita tafsir. Terdapat beberapa riwayat yang antaranya menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada seorang sahabat dalam satu pertempuran yang memberi erti perlu taat kepada pemimpin.

Namun ia bukan satu-satunya tafsiran kepada istilah "Ulil Amri", sebab ada satu lagi tafsiran terhadap istilah tersebut tetapi tafsiran ini amat-amat jarang ditonjolkan sehinggakan ramai umat Islam menyangkakan bahawa "Ulil Amri" maksudnya hanyalah pemimpin. Tafsiran kedua ini ialah: "Ulil Amri" juga bermaksud para ulama. Dalam tafsir al-Quran al-Azim karangan imam Ibnu Kathir, beliau menukilkan beberapa pandangan ulama tentang tafsiran kedua ini, contohnya Ibnu Abbas, Mujahid, Ata' dan al-Hasan al-Basriyy menyatakan "Ulil Amri" ialah ahli Fiqh dan Agama. Manakala Abu al-'Aliyah pula menyatakan "Ulil Amri" adalah para ulama (kedua-dua pandangan adalah sama iaitu "Ulil Amri" adalah mereka yang mahir dalam ilmu agama). Perkara yang sama disebutkan dalam Tafsir "Ma'alim al-Tanzil" karangan imam al-Baghawiyy, tafsir "Mafatih al-Ghayb" karangan imam al-Raziyy dan lain-lain.

Seterusnya Ibnu Kathir membuat kesimpulan, bahawa makna "Ulil Amri" sebenarnya boleh digunapakai untuk pemimpin ataupun ulama. Ia bukan bermaksud pemimpin sahaja atau ulama sahaja dan maksud salah satu tafsiran tergunapakai dalam konteknya. Maksudnya, jika dalam hal-hal kenegaraan atau pentadbiran maka perlulah taat kepada "Ulil Amri" yang bermaksud pemimpin. Manakala dalam hal-hal hukum hakam maka perlu dirujuk dan taat kepada saranan "Ulil Amri" iaitu para ulama kerana mereka adalah pakar dalam bidang tersebut. Umara' (pemimpin) dan ulama perlu saling nasihat menasihati untuk kepentingan masyarakat dan masyarakat pula tanggungawab mereka adalah jelas tidak boleh mentaati "Ulil Amri" dalam perkara maksiat sepertimana yang disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud "tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah".

Namun seperti dikatakan tadi, ramai pihak yang hanya menggunapakai tafsiran pertama dan berhujahkan perlu taat kepada pemimpin walaupun dalam bidang agama ataupun hukum hakam. Jelas pandangan ini tidak tepat kerana setiap bidang ada yang pakarnya dan perlu diserahkan kepada yang pakar dalam bidang tersebut untuk berbicara mengenainya.

23 Februari 2009

Once Upon A Time In Egypt... Cerdik ke?

Bila UF teringat benda ni, memang nyesal tak sudah tapi apa boleh buat kesilapan diri sendiri. UF tak ingat tarikhnya sebab dah lama berlaku tapi dalam tahun 1995. Cerita dia macam ni...

Masa UF ngaji kat Mesir dulu... bila balik ke Kaherah (UF dok di Damanhur > dalam 2 jam setengah ke Kaherah), UF selalu lepak di rumah Us. Radhi Penang. Dia ni orang lama Penang di Mesir dan antara orang kuat Us. Nuruddin al-Marbu al-Banjari al-Makki, tuan guru Indonesia yang ngajar kitab di sana dan ramai pelajar Malaysia yang ikut kelas dia. Oleh kerana Us. Radhi ni dia ada kereta (Volkswagen), jadi dialah yang dok pi jemput dan hantar balik Us. Nuruddin. Satu hari Us. Radhi ajak UF menemani Us. Nuruddin untuk berjumpa dengan ulama tersohor Mesir iaitu Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Tanpa fikir panjang UF setuju sebab bukan senang nak jumpa Syeikh Sya'rawi.

Dengan kereta US. Radhi tu, mula-mula kami bertiga pergi ke Giza (berhampiran dengan Pyramid) sebab dapat maklumat yang Syeikh Sya'rawi menginap di sebuah hotel di situ. Namun bila sampai di hotel kami dimaklumkan yang Syeikh Sya'rawi dah pun check out. Lalu kami pun terus ke rumah (atau tempat rehat) Syeikh Sya'rawi di Sayyidah Zainab. Alhamdulillah sampai je di situ, Syeikh Sya'rawi memang ada dan sedang berehat di anjung rumahnya sambil dikawal oleh ahli keluarganya (mungkin).

Jadi kami bertiga pun minta izin untuk berjumpa dengan Syeikh Sya'rawi dan dibenarkan tetapi tak boleh lama. Sejurus dibenarkan, Us. Nuruddin terus berjumpa dengan Syeikh Sya'rawi, bersalam dan menghadiahkan beberapa naskhah kitab karangannya kepada Syeikh. Kami berdua pula disebabkan teruja dapat menatap wajah Syeikh Sya'rawi depan mata, dok kalut nak tangkap gambar dengan Syeikh, tetiba kamera pulak buat hal (masa tu kamera digital tak dak lagi). Us. Nuruddin tengah rancak berbual atau bertanya kepada Syeikh dan kami pulak dok bergelut membaiki kamera.

Sedang kami dok proses kamera, Syeikh Sya'rawi bangun dan masuk ke dalam rumahnya kerana waktu Asar dah pun hampir masuk. UF dan Us. Radhi tercengang dan saling pandang sama sendiri. Menyesal tak sudah kerana tidak sempat bersalam dan mencium tangan ulama besar macam Syeikh Sya'rawi padahal dia dah ada di depan mata kami.

Ya Allah... satu peristiwa yang tak dapat UF lupakan sampai hari ini kerana peluang sebegitu tidak boleh diperolehi lagi. Cerdik ke?

22 Februari 2009

PIBG

Kelmarin hari Sabtu 21 Feb 09 ada mesyuarat agong PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Warisan tempat anak UF bersekolah. Dalam mesyuarat tersebut UF telah terpilih sebagai salah seorang AJK PIBG. Dengan perlantikan ini, UF dapat belajar satu lagi benda baru yang berhubung kait dengan alam persekolahan demi membantu kemajuan shahksiah, akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar di SK Kota Warisan, Insya Allah.

Bagi UF, walaupun banyak bebanan dalam kehidupan ni, ajk yang itu ajk yang ini, tapi selagi hayat masih dikandung badan, UF hanya belajar macamana hidup bermasyarakat, sekaligus menyelami kehidupan sosial masyarakat terutamanya di Kota Warisan ni dalam menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

Allahumma Qawwi Zahri.. Ya Rabb

15 Februari 2009

DIMASHQU (5)

Aku mendapat e-mel daripada Dr. Tawfiq yang dia telah menerima semua sijil dan dokumen aku yang dikirimkan kepadanya. Dia berjanji akan membantu menguruskan pendaftaran aku di University of Damascus. Aku rasa lega sedikit kerana proses awal telah berjaya dan sekarang aku hanya perlu menunggu.

Sehari demi sehari aku menunggu jawapan penerimaan permohonan aku. Beberapa kali aku mengutuskan e-mel kepada Dr. Tawfiq bertanyakan perkembangan tersebut, namun dia hanya memberitahu dalam proses. Sedikit sebanyak perkara ini merisaukan aku, kerana kalau dibandingkan permohonan masuk universiti di UK ataupun di Jordan, tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Ada 2-3 orang sahabat aku yang memohon ke UK telahpun mendapat jawapan dalam masa sebulan dua.
Sudah 6 bulan berlalu, tapi tiada tanda yang permohonan aku ke University of Damascus diterima. Kalau ditakdirkan aku tidak mendapat tempat di University of Damascus, bermakna peluang untuk aku menyambung pelajaran tahun ini (2005) akan tertangguh sebab aku hanya membuat satu permohonan di situ sahaja. Hendak buat permohonan ke Universiti lain termasuk tempatan akan memakan masa juga.
Bersambung....

13 Februari 2009

Hari Jumaat Yang Puas

Awal pagi Jumaat tadi, macam biasa UF pergi hantar anak ke sekolah, sebelum balik rumah beli kuih dan teh tarik kat gerai yang biasa UF beli dan sarapan pagi kat rumah. Pukul 8.30 janji dengan Man J nak pergi JAKIM sebab nak ambil bahan daripada Ustzh. Safina untuk tesis UF. Sampai kat JAKIM Ustzh. Safina tak ada sebab ada bengkel, tapi nasib baik dia dah tinggalkan bahan tu untuk UF ambil.

Dalam 9.30 pagi kami balik tapi Man J ajak pergi ke USIM sebab ada meeting kontijen sukan fakulti 1 (tahun ni UF tak dapat main bola sebab lutut injured). Habis meeting dalam 11.45 UF terus balik untuk ambil anak di sekolah. Dalam 12.30 zaujah UF balik dari dialisis, UF terus pergi ke Bangi untuk solat Jumaat di Masjid al-Hasanah BBB. Dah 10 tahun lebih UF tak solat Jumaat di sana sejak habis MA dulu.

Habis solat Jumaat, UF pergi makan dan collect balik cd Instinct yang diletakkan di sebuah gerai menjual cd, daripada 10 keping yang diletakkan setahun yang lalu dan yang laku hanya 2. Lepas tu UF pergi pulak ke Warta BBB juga nak collect cd di kedai muzik yang terletak dalam Warta. Adalah laku 2 keping cd jugak dan Alhamdulillah itu rezki Instinct walaupun tak banyak. Dalam 3.30 UF pergi ke maktabah UKM untuk cari bahan bagi tesis Ph.D UF.

UF rasa hari ni cukup puas sebab 4 jam (sampai 7.30 malam), UF menelaah bahan-bahan rujukan yang dicari. Kebetulan pula bahan-bahan tu ada di maktabah UKM yang UF tak dapat cari di maktabah UIA. Kalau di UIA tu kadang-kadang bahan orang pinjam sebab maktabah dia antara yang paling baik sekali di Malaysia (pada pandangan UF la). Bila dah 7.30 UF pun balik dan solat jemaah Maghrib di Masjid UKM.

08 Februari 2009

3 Cerita Menarik

Cerita ni diemelkan oleh sahabat UF, Dr. Faridah Zouzou...

الرمانة
في أحد الايام كان هناك حارس بستان، دخل عليه صاحب البستان، وطلب منه أن يحضر له رمانة حلوة الطعم. فذهب الحارس وأحضر حبة رمان وقدمها لسيد البستان، وحين تذوقها الرجل وجدها حامضة، فقال صاحب البستان: قلت لك أريد حبة حلوة الطعم، أحضر لي رمانة أخرى، فذهب الحارس مرتين متتاليتين وفي كل مرة يكون طعم الرمان الذي يحضره حامضا. فقال صاحب البستان للحارس مستعجبا: إن لك سنة كاملة تحرس هذا البستان، ألا تعلم مكان الرمان الحلو؟ فقال حارس البستان: إنك يا سيدي طلبت مني أن أحرس البستان، لا أن أتذوق الرمان، كيف لي أن اعرف مكان الرمان الحلو فتعجب صاحب البستان من أمانة هذا الرجل، وأخلاقه. فعرض عليه أن يزوجه ابنته، وتزوج هذا الرجل من تلك الزوجة الصالحة. وكان ثمرة هذا الزواج هو عبد الله ابن المبارك
التفاحة
بينما كان الرجل يسير بجانب البستان، وجد تفاحة ملقاة على الأرض، فتناول التفاحة، وأكلها. ثم حدثته نفسه بأنه أتى على شيء ليس من حقه، فأخذ يلوم نفسه، وقرر أن يرى صاحب هذا البستان، فإما أن يسامحه في هذه التفاحة، أو أن يدفع له ثمنها. وذهب الرجل لصاحب البسان وحدثه بالأمر، فاندهش صاحب البستان لأمانة الرجل وقال له: ما اسمك؟ قال له: ثابت. قال له: لن أسامحك في هذه التفاحة إلا بشرط أن تتزوج ابنتي، واعلم أنها خرساء عمياء صماء مشلولة، إما أن تتزوجها، وإما لن أسامحك في هذه التفاحة. فوجد ثابت نفسه مضظرا، يوازي بين عذاب الدنيا وعذاب الاخرة. فوجد نفسه يوافق على هذه الصفقة، وحين حانت اللحظة، التقى ثابت بتلك العروس. وإذ بها أية في الجمال والعلم والتقى، فاستغرب كثيرا، لماذا وصفها أبوها بأنها صماء مشلوله خرساء عمياء. فلما سألها قالت: أنا عمياء عن رؤية الحرام، خرساء صماء عن قول وسماع ما يغضب الله، ومشلولة عن السير في طريق الحرام. وتزوج هذا ثابت بتلك المرأة، وكان ثمرة هذا الزواج الإمام أبا حنيفة النعمان بن ثابت
الحليب
في وسط الليل، اخلطي الماء في الحليب، ثم تخرج القصة المعروفة: يا أماه إذا كان عمر لا يرانا، فإن رب عمر يرانا. وسمع أمير المؤمنين عمر كلام هذا الابنة التقية، وهو يتجول ليلا بين بيوت المسلمين، وزوجها ابنه عاصم، فأنجبا أم عاصم. إنها أم عمر ابن عبد العزيز

07 Februari 2009

Instinct

UF sebenarnya ada group nasyid iaitu Instinct dan dah ada album pun yang dilancarkan awal tahun 2008 yang lepas. Album ni mengandungi 1 alunan zikir dan 5 buah lagu, 2 daripadanya UF cipta dan nyanyikan sendiri. Album ni sebenarnya didedikasikan untuk anak UF yang tersayang. Sebab tu UF cipta satu lagu untuk anak yang bernama "Itmi'nan" dan dimuatkan dalam album pertama Instinct.

Instinct dah pun berjaya masuk dalam carta nasyid IKIM.FM dan alhamdulillah minggu ke 13 ni menjadi juara carta walaupun mungkin orang tak berapa kenal kumpulan ni. Lagu yang menjadi juara minggu ni ialah lagu "Resah". Insya Allah kami dalam proses menyiapkan album kedua Instinct dan yang menariknya, album kedua ini menampilkan Us. Anuar Hasin (Juara Akademi al-Quran musim ke 2) mengalunkan zikir bersama Instinct. Nantikan kemunculannya!

Lawati http://instinctnasyeed.wordpress.com/

05 Februari 2009

Ayam Yang Tak Halal

UF dapat emel daripada bekas anak murid yang attachkan surat ni. Kepada umat Islam terutamanya di Perak, berhati-hatilah.