Kaedah Istinbat Hukum Usul Fiqh- Siri 1

09 Mac 2016

Kaedah Istinbat Hukum Usul Fiqh- Siri 1

Kaedah ini berkaitan dengan lafaz-lafaz yang ada dalam nas al-Quran atau sunnah dari segi ia memberi makna tertentu.
Lafaz di sisi ulama Usul Fiqh terbahagi kepada 4:

1. Dari sudut perletakan makna bagi lafaz: ada tiga iaitu lafaz khas, lafaz am dan lafaz mushtarak.

2. Dari sudut penggunaan lafaz bagi makna yang diberi: ada empat iaitu lafaz haqiqah, lafaz majaz, lafaz sarih dan lafaz kinayah.

3. Dari sudut kejelasan atau ketidakjelasan makna. Lafaz yang jelas maknanya ada empat iaitu lafaz zahir, lafaz nas, lafaz mufassar dan lafaz muhkam. Lafaz yang tidak jelas maknanya juga ada empat iaitu lafaz khafiyy, lafaz mujmal, lafaz mushkal dan lafaz mutashabah.

4. Dari sudut cara memahami makna daripada lafaz: ada empat iaitu ibarat al-nas, isharat al-nas, dalalat al-nas dan iqtida' al-nas.

Tiada ulasan