16 Ogos 2013

Lagu untuk Syria & Mesir

KU PUNYA JIWA

Aku bukannya penyair pujangga
Yang pandai bermain dengan kata-kata
Aku hanyalah manusia biasa
Namun ku punya jiwa

Ingin ku lihat amannya dunia
Tanpa peperangan yang meragut nyawa
Pilu melihat insan tak berdosa
Kejam dibunuh sewenangnya

Di mana kasih sayang
Di mana simpati
Nyawa yang melayang
Tidak dihargai
Hilang kemanusiaan
Lahir kebinatangan
Musnah dunia angkara durjana

Yang mampu ku laku
Mendendangkan lagu
Lagu kedamaian dengan penuh impian
Walaupun kata-kata
Tak mampu mengubat luka
Harap ia penawar jiwa yang lara
Ku kirimkan doa
Kembalinya suasana
Aman bahagia untuk semua manusia

Lirik & lagu: Irwan Mohd Subri

05 Ogos 2013

Akibat Jahil

Cerita ini adalah cerita yang pernah didengar dan telah dialih suara ke Bahasa Arab...


قام أربعة جهلاء إلى الصلاة، فأمّ أحدهم، وبعد قراءة الفاتحة فسكت الإمام مدة ثم التفت إلى زملاءه في الوراء...

فقال الإمام لهم: ماذا أقرأ بعد سورة الفاتحة؟

وقال الرجل الثاني: لا تسألني، لا أدري...

وقال الرجل الثالث: اسكت، لا يمكن الكلام في الصلاة...

وقال رابعهم: الحمد لله لأنني لا أتكلم معكم.. 

فبطلت صلاتهم جميعا...