Kerjaya Akademik

06 Julai 2013

Kerjaya Akademik

UF memulakan kerjaya di USIM (dulu KUIM) dengan jawatan tutor. Ketika tu dah tamat menulis tesis master dan sedang menunggu viva. Agak perit juga kerana teraba-raba dan tertanya-tanya bagaimana nak membina karier sebagai ahli akadmeik di universiti. Tiada siapa pun yang beritahu atau bercerita apa yang perlu dibuat kecuali terlalu sedikit. Tambahan pula hampir kebanyakkan ahli akademik USIM masa tu muda-muda belaka macam UF, jadi mereka pun senasib dengan UF.

Sebab itu laluan kerjaya akademik UF agak perlahan dan penuh pancaroba. Sebab itu UF selalu berkongsi apa yang patut dibuat dengan rakan-rakan pensyarah yang baharu masuk di USIM kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku seperti UF.

Teringat kepada 2-3 orang ahli akademik senior (Prof. dll), kita perlu ada target jelas dalam membina kerjaya akademik. Contohnya daripada pensyarah ke pensyarah kanan, pensyarah kanan ke profesor madya, profesor madya ke profesor perlu ada target tahun. Katakan setiap tahap tu kita letak 5 tahun, jadi semaksimum tempoh ialah dalam masa 15 tahun kita telah menjadi seorang profesor di universiti. Kalau lagi awal lagi bagus dan bonus. Untuk bidang sains memang kelihatan ramai yang boleh capai sebelum tempoh tersebut. Ramai yang dapat profesor penuh sebelum 35 atau 40 tahun.

Sekarang ini untuk naik pangkat, terpaksalah nafsi nafsi. Kalaulah pengurusan tertinggi boleh merangka kemajuan akademik secara terpimpin, alangkah bagusnya!!!

Tiada ulasan