08 Januari 2013

TAZSERT

 
 
TAZSERT adalah singkatan kepada "Tazkirah dan Konsert", satu konsep baru yang cuba diperkenalkan oleh UF. Kali pertama diperkenalkan ialah semasa Mahrajan Sambutan 12 tahun FSU (MANSAF 12) pada 11 Disember 2012 di USIM. Program malam tu ialah Bicara Santai bersama Us. Haslin Baharin dan Ustzh Nabilah Yusuf, disamping UF sebagai moderator.

Konsep TAZSERT ialah berforum atau bertazkirah, kemudian diselangi dengan persembahan nyanyian lagu/nasyid. Pada malam tu UF sendiri yang menyanyi dengan menyampaikan 3 buah lagu dan 1 alunan zikir penutup. Alhamdulillah sambutan pada malam tu amat menggalakkan dengan dewan dipenuhi para pelajar.

TAZSERT telah berjaya mendapat "undangan", bila Masjid Putra, Putrajaya menjemput UF untuk mempersembahkan konsep ini pada malam ambang tahun baru 2013. Pada malam tu panelisnya ialah Ustzh Nabilah Yusuf dan Ustzh Nik Salida Suhaila Nik Salleh. UF juga sebagai moderator dan pada malam tu UF menjemput kumpulan Intracksee dan kumpulan Zayyan untuk membuat persembahan.

Ada satu persembahan khas oleh UF pada malam tu iaitu satu lagu zikir baru ciptaan UF sendiri yang pertama kali didendangkan kepada umum. Video di atas ialah lagu tersebut (maaf audio dan vidoe kurang memuaskan sebab rakam menggunakan ipad salah seorang pelajar UF... kredit to Ainul Kauthar dan kredit juga kepada kumpulan Intracksee dan kumpulan Zayyan yang menjadi backup harmoni untuk lagu ini... sempat practice sekali ja sebelum persembahan tu).

Kepada mana-mana pihak yang ingin melaksanakan TAZSERT di tempat mereka, boleh menghubungi UF. Harap konsep baru ni menjadi alternatif dakwah kepada masyarakat Islam di Malaysia... Amin!

2 Februari 2013, TAZSERT akan ke surau al-Hijrah, Kota Warisan pula sempena Karnival Cintai Rasulullah yang membariskan panelis Us. Halim Din dan Ustzh Nabilah Yusuf. Jemput datang...