07 Februari 2012

Warkah Untuk Kekasih

Kekasih, maafkan diriku kerana sekian lama aku tidak pernah menyatakan cintaku padamu. Walaupun ku tahu kau amat mengasihiku, tapi entah kenapa aku seakan tidak mengendahkanmu.

Ku tahu kehadiranmu membawa cinta tulus suci, tapi aku tidak menghargainya seperti yang sepatutnya. Cintaku pada artis wanita lain dan dunia membutakan mataku. Aku alpa dan leka diulit maya percintaan fatamorgana.

Ku mengejar Siti Nurhaliza, namun apakan daya kini dia milik Khalid Jiwa. Bertahun ku tersiksa menanggung punah cinta asmara.  Ku beralih arah pula pada Wardina Safiyyah. Belum sempat ku menongkah, harapan ku musnah. Perjuangan ku kalah, mungkin tak cukup jampi serapah.

Sangkaku kali ini pasti berjaya, masakan tidak, segala mentera ku bertapa. Ku pertaruhkan harapan pada Waheeda. Mulanya seakan dapat ku gapai, tapi akhirnya berserabai, ku tewas pada Akil Hayy. Bak lagu Ezlyn, Ku cuba meng "hai hai" tapi yang ku dapat hanyalah "Bye Bye".

Kecewa...
Merana...
Tersiksa...
Sandiwara...

Kekasih...

Masih adakah ruang dihatimu buatku. Aku malu seribu malu, cinta di depan mata tak ku rebut, cinta rapuh yang ku kalut. Namamu tak ku sebut, nama yang lain ku serabut. Diriku diliputi noda dan sendu selut. Pada syurga di wajahmu, selayaknya di sana kau menunggu ku. Keagungan cintamu bertalu-talu cuba menyapa keras hatiku. Kasihmu tak pernah berhenti, cuma aku yang tak mahu mengerti.

Maafkan aku, apakah aku manusia jahat, berkulitkan manusia berhatikan syaitan bangsat. Hari lahirmu pun ku tak ingat.
Kekasih...

Dalam kesempatan nafas yang berbaki, maafkan diriku. Aku malu tapi mahu sentuhan dan belaian daripadamu.

Apakah masih ada belas buatku, walau dirimu lama ku tak peduli. Di sana nanti, ku pohon agar kau pandanglah wajahku, kasihanilah jiwaku, sapalah nuraniku, syafaatlah diriku wahai kekasihku Ya Rasulallah!!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul ke apa yg kat dlm blog nie http://baei.blogspot.com/2009/03/poligami-suami-atau-isteri-siapa-dulu.html

Dr. UsuliFaqih berkata...

Pada dasarnya itulah poligami. Sebaik-baiknya suami berbincang dengan isteri2. Jika isteri2 setuju, tidak timbul isu ketidakadilan.