01 Mei 2011

PKAUSIM

Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) akan mengadakan mesyuarat agong kali pertama seperti berikut:

Tarikh: 10 Mei 2011
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Kuliah Utama FPQS
Masa: 9.00am-1.00pm

Semua kakitangan akademik USIM dijemput hadir!!!


Perjalanan untuk menubuhkan Persatuan Kakitangan Akademik USIM ni dah lama. Sebelum UF pergi sambung belajar tahun 2005 dulu dah ada perbincangan awal sesama pensyarah untuk menubuhkan satu persatuan yang menjaga kebajikan staf akademik. Namun perbincangan tu hanya tinggal perbincangan tanpa ada tindakan susulan.

Bila UF masuk kerja semula pada tahun 2009, barulah dipanggil berbincang semula untuk menubuhkan persatuan tu. Daripada perbincangan tu UF difahamkan semasa tempoh pergi sambung belajar, dah ada usaha daripada beberapa orang pensyarah ke arah penubuhan persatuan. Tambahan pula pihak pengurusan tertinggi USIM pun dah bagi green light.

Bulan November 2009, telah dibentuk satu jawatankuasa penaja Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM). Presiden penaja ialah Dr. Mohd Radhi Ibrahim dan setiausaha ialah Pn. Rizki Perdani Sawai. UF pula diamanahkan sebagai Tim. Presiden.

Dr. Radhi dan UF merangka perlembagaan PKAUSIM dan kami menyediakan dokumen-dokumen untuk mendaftarkan persatuan dengan pendaftar pertubuhan (ROS). Bulan Ogos 2010 Dr. Radhi dan UF menyerahkan borang pendaftaran di ROS Seremban.

Hanya 31 Mac 2011 kelulusan pendaftaran PKAUSIM diperolehi. Sekarang ni menunggu masa untuk mesyuarat agong. UF harap kakitangan akademik USIM dapat memilih AJK PKAUSIM yang berwibawa untuk mengemudi persatuan. Ini semua kerja sukarela dan perlukan komitmen serta pengorbanan yang tinggi untuk kebajikan dan kepentingan banyak pihak.

Yang penting niat ikhlas..... selamat memilih AJK PKAUSIM!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mintak semua staf akademik tunjukkan sokongan.dah 10 tahun Usim baru nak wujud? Selama ni BKK hanya dikuasai oleh mereka non-akademik. aktivitinya pulak banyak yang non-akademik,hedonisme dan nak suka-suka/seronok.

marilah kita kembalikan kegemilanganIslam di Usim.para pensyarah Usim rata-ratanya dekat dengan Allah kerana memerlukan restuNya ketika menjalani masters/phd.jadi pensyarah tak buat perkara mungkar.siapa yang seronok nak joget? poco-poco? zapin/kugiran/karaoke ni? ini semua staf non-akademik.mereka ingat Usim perlukan Unit Budaya dan terkinja-kinja macam IPTA lain.Di mana Islamnya Usim?

sepatutnya persatuan Akademik adalah yang DOMINAN di sebuah IPTA.