05 April 2011

Jawapan Teka Teki Fiqh

Bulan Januari lepas UF ada kemukakan 1 teka teki fiqh. Ia berbunyi perkara apa yang "wajib" didahulukan kaki kiri dan dikemudiankan kaki kanan masa masuk. Masa keluar pula "wajib" didahulukan kaki kanan dan dikemudiankan kaki kiri.

Adala pelbagai jawapan yang diberikan. Ada yang menyimpang, ada yang sipi2 dan ada jawapan yang tepat .... dan pemenangnya ialah Ahmad yang memberikan jawapan jeng jeng jeng .... hehehe .... Jawapannya ialah naik bas dan turun bas yang sedang bergerak di Mesir...

Aduhhhhh ni teka teki fiqh menda ni??? hehe... relaks.... ni teka teki yang memang ada kaitan dengan fiqh dan pada masa yang sama merelakskan minda....

Boleh citer sikit tak ustat awat jawapan diaaa laguuu tuuu????

Emmm.... untuk makluman mereka yang tak pernah pergi Mesir... Bas kat sana tak berhenti sepenuhnya di perhentian untuk kita naik atau turun (untuk orang lelaki ja nooo)... so bila kita nak naik bas tu kita kena kejar, lari dan lompat naik.

Nak melompat naik atas bas tu kena ada teknik iaitu lompat kaki kiri dulu dan barulah naik kaki kanan.... Kalau naik kaki kanan dulu, selalunya akan tersangkut sebelah kaki dan nampak sangat orang tu tak biasa naik bas di Mesir hehehe....

Nak turun bas lagi ngeri kalau silap kaki... nak turun daripada bas yang sedang bergerak di Mesir kena kaki kanan dulu.... kalau turun kaki kiri dulu jawabnya macam Ahmad kata laaaa.... menyungkuq ke tanah la sebab kaki kanan tersadung kaki kiri....

Tapi awas!!!! Anda dilarang keras mempraktikkan turun daripada bas seperti itu ketika bas sedang 80km sejam hehehe....

Bagi wanita pun, tak payah la praktikkan gaya turun macam tu sebab bas di Mesir akan berhenti sepenuhnya bila mereka nak turun....

Begitulah citernya.....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MARI SERTAI MLM TAJAAN PENSYARAH USIM!

SILA CLICK DI SINI.

http://hyelbaine.blogspot.com/2011/03/usim-ini-penipuan-tahap-angau.html

Dr. UsuliFaqih berkata...

Terpulanglah kepada anda sekelian sama ada nak hantar anak atau tidak ke USIM. Hanya kerana seorang dua pensyarah yang buat hal, nak pukul rata semua pensyarah macam tu, tidak adil lah.

Nak tanya 1 soalan je... semua IPT di dunia ni bebas daripada masalah ke? Tak masuk universiti la anak kita...

Tanpa Nama berkata...

MLM lain;oleh kerani,ofis boy atau graduan ekonomi.MLM USIM;oleh DS52 lulusan agama dari Jordan.MLM lain;seminar/ceramah di hotel/dewan.MLM USIM;ceramah waktu kelas di bilik kuliah. MLM lain;sasarannya gaji pekerja gomen/swasta.MLM USIM;sasarannya duit PTPTN pelajar.

puteri berkata...

kenapa "Tanpa Nama"???
memang tiada nama kah?
tunjukkan identiti
berani kerana BENAR.