Tolong Lipat Sejadah Nooo

05 Februari 2011

Tolong Lipat Sejadah Nooo

(sumber gambar: klik di sini)

Kelmarin UF kena ganti baca khutbah Jumaat di Surau al-Hijrah Kota Warisan. 2-2 imam iaitu Us. Zairul dan imam Shukran balik kampung. Dah 2-3 kali UF baca khutbah Jumaat kat surau tu (jangan bimbang ada tauliah JAIS maa). Teks khutbah kelmarin tajuknya "Kewajipan Menguruskan Jenazah".

Bukan itu yang UF nak sentuh, tapi respon jemaah surau yang datang solat Jumaat kelmarin tu. Dalam khutbah kedua UF mohon kerjasama daripada jemaah yang datang solat hari ni, tolong lipat sejadah dan gulung tikar selepas solat selesai.

Bantulah AJK surau sama kerana surau adalah milik dan tanggungjawab bersama. Bukan hanya tanggungjawab AJK surau saja. Alhamdulillah lepas solat selesai, UF dapati sejadah-sejadah hampir ke semuanya telah dilipat dan kebanyakan tikar-tikar pun dah digulung.

Ada beberapa point yang UF dapat simpulkan. Pertama, teks khutbah perlu kupas isu semasa dan Alhamdulillah teks yang disediakan oleh JAIS memang banyak menyentuh isu semasa. Lagipun itu yang menjadi piagam JAIS dalam penyediaan teks khutbah. Ia tertera dalam kulit sebelah dalam buku teks (boleh rujuk teks khutbah JAIS).

Bukan setakat isu semasa di Malaysia sahaja, tapi isu semasa tempatan juga perlu dikupas supaya jemaah lebih peka dan prihatin dengan keadaan setempat. Contohnya isu lipat sejadah yang UF war-warkan dan dapat respon positif jemaah. Kadang-kadang Us. Zairul atau imam Shukran menyebut dalam khutbah tentang kedudukan terkini kewangan pembangunan surau. Pernah juga respon daripada seorang dua jemaah yang bersedekah 100 ribu ringgit di samping tabung mingguan Jumaat yang purata kutipan untuk pembangunan antara RM500 hingga RM1000.

Kedua, jemaah yang datang solat kelmarin Alhamdulillah juga segar bugar mendengar khutbah yang disampaikan. Kebetulan pula kelmarin cuti umum. Bila cuti umum selalunya surau al-Hijrah Kota Warisan akan melimpah ruah pada hari Jumaat. Maksud UF para jemaah segar bugar tu ialah mereka respon kepada saranan UF untuk tolong lipat sejadah dan gulung tikar. Kalau pakat dok lena masa khutbah tu, rasanya takkan terlaksana saranan tu.

Alhamdulillah atas segala nikmat Allah Taala untuk kita...

2 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Ustaz baca ikut teks tak bolehlah kutuk kerajaan BN kan? Tak baca doa untuk Lim Guan Eng ke?

tak apa...pilihanraya kampus Usim ni Ustaz jadi Pengarah Puak Pro PR (macam biasa).Ajaklah kader-kader Ustaz tazkirah kat surau luar Usim.

student ust berkata...

Uwwweeekkkk..... jemu dah dengan Tanpa Nama ni. Dah tak ada modal nak kutuk orang la tu. Yang herannya, dia sentiasa rindukan blog ust