Teka Teki Fiqh

21 Januari 2011

Teka Teki Fiqh

Kita biasa di ajar bahawa sunat untuk kita mendahulukan anggota kanan daripada yang kiri. Contohnya berwuduk, sunat dahulukan membasuh anggota kanan kemudian baru kiri. Begitu juga memakai baju, sunat juga untuk menyarung sebelah kanan baru sarungkan sebelah kiri pula. Contoh lain ialah masuk ke masjid, memakai kasut dan lain-lain.

Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W
كان يحب التيامن ما استطاع في شأنه كله
Maksudnya, "Bahawa Rasulullah S.A.W amat suka mendahulukan yang kanan selagi termampu dalam semua urusan baginda". Riwayat Abu Daud.

Yang kita tahu satu perkara yang disunatkan mendahulukan aggota kiri daripada yang kanan, ialah ketika masuk ke tandas. Sunat melangkah kaki kiri dulu bila masuk ke tandas dan sunat pula melangkah kaki kanan dulu bila keluar daripada tandas.

Namun ada lagi satu perkara yang "perlu" dan "mesti" mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar? Bahkan boleh dikatakan wajib..... Ketika manakah ia??? Anda ada jawapannya???

Sila berikan jawapan anda dalam ruangan komen. Kepada mereka yang dapat menjawab dengan tepat akan dihadiahkan album ke 2 kumpulan Instinct. First correct answer will win.... Cepat-cepat.... buka dan rujuk kitab-kitab fiqh...

Clue: Siapa biasa belajar di ***** insya Allah tahu... hehe

8 ulasan

Tanpa Nama berkata...

ketip kuku kakiiiiiiiiiiiiiii
nak hadiah!!!!!!!

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

tanpa nama.... wah hebatna jawapan... tahniah anda salah... hehe cuba lagi

Tanpa Nama berkata...

naik bus di mesir

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

tanpa nama.... cuba jelaskan sikit bagi orang faham

Tanpa Nama berkata...

ketika driver naik kete di bahagian driver. di malaysia, bhgian driver seblah kanan so,, nk x nk,,kene naik kete dgn kaki kiri dulu, baru kaki kanan menyusul...
betul x?

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

tanpa nama.... dari satu segi jawapan tu betul tapi "tak wajib".. sebabnya kadang2 orang masuk keta punggung dulu baru dia masuk kaki kiri... hehe... jawapannya yang dikehendaki ialah "wajib" kaki kiri masuk dulu... dan keluar kaki kanan... kalau tak.... padah menanti!

aisehwoman... tanpa nama sebelum ni dah bagi jawapan... tapi tak detail... ehehe

Tanpa Nama berkata...

Ini tak adil. UF dah terperangkap, sebab rupa2nya banyak benda yang wajib masuk kiri dulu, baru kanan. Sekarang, kena bagi hadiah kat semua Tanpa Nama!!! cepat!

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

kat esBi usim nak kena bagi gak ke... mana bole bagi hadiah lagi... jawapan tak complete