20 Disember 2011

Masjid Dan Surau Sebagai Pusat Zakat Setempat

Sekadar idea awal...

Setiap negeri di Malaysia mempunyai pusat kutipan dan agihan zakat masing-masing. Walaupun namanya berbeza, namun fungsi utama pusat zakat tersebut ialah mengutip, seterusnya mengagihkan kepada golongan asnaf lapan. Pentadbiran dan pengurusan zakat di Malaysia semakin hari semakin baik dengan penambahbaikan terhadap institusi, staf, cara kutipan dan agihan dan lain-lain.

Di sesetengah negeri, untuk mendekatkan pusat zakat dengan masyarakat telah diwujudkan pejabat-pejabat zakat di setiap daerah. Malah kebiasaannya dalam bulan Ramadan, amil-amil bertauliah dilantik dan ditugaskan sama ada di pasaraya, pasar malam dan lain-lain. Ia bertujuan memudahkan masyarakat Islam berurusan dengan institusi zakat sama ada bertanyakan maklumat atau membayar zakat itu sendiri.

Namun terkadang ada halangan tertentu kerana pejabat-pejabat zakat di daerah hanya dibuka 5 hari seminggu dan pada waktu pejabat sahaja. Di luar waktu itu masyarakat tidak dapat berurusan dengan pejabat zakat. Oleh itu, bagi meningkatkan lagi fungsi pusat zakat, dicadangkan agar masjid atau surau dijadikan sebagai “pusat zakat setempat”.

“Pusat zakat setempat” bererti masjid atau surau adalah wakil atau ejen kepada pusat zakat negeri. Fungsi masjid atau surau sebagai “pusat zakat setempat” bukan sesuatu yang mustahil ataupun pelik kerana ia telah dilaksanakan di luar negara contohnya Mesir. Malah beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam di negara ini juga dibenarkan untuk mengutip dan mengagihkan zakat sendiri.

Pusat zakat setempat ini boleh berfungsi sebagai tempat kutipan zakat dan tempat agihan zakat. Masjid dan surau adalah tempat yang hampir dengan masyarakat Islam dan mudah didapati di kebanyakan tempat. Mereka yang ingin membayar zakat selain zakat fitrah seperti zakat harta, perniagaan, ternakan dan lain-lain dapat membayarnya di masjid atau surau dengan mudah.

Selama ini imam masjid atau surau hanya dihadkan kepada kutipan zakat fitrah sahaja. Jika masjid atau surau dibenarkan menerima pembayaran zakat lain, sudah pasti kutipan zakat tahunan akan meningkat bagi setiap negeri.

Fungsi sebagai tempat agihan pula dapat dilihat jika ada orang meminta bantuan zakat di kalangan ahli kariah, maka dengan mudah Imam atau AJK masjid atau surau untuk bertindak. Ini kerana mereka lebih mengenali ahli kariah masing-masing dan mengenal pasti dengan cepat sama ada mereka layak atau tidak untuk diberi bantuan zakat.

Dari segi realitinya, memang penduduk setempat akan berjumpa dengan imam masjid atau surau bagi mendapatkan bantuan terutamanya dalam bentuk kewangan. Amalan sekarang ialah imam akan memanjangkan permohonan bantuan tersebut ke pejabat zakat daerah. Pegawai pejabat zakat akan datang melawat untuk memastikan permohonan itu benar-benar perlu dibantu. Jika masjid atau surau diberi kuasa untuk memberi bantuan zakat kepada pemohon yang layak, maka ia menjimatkan masa menunggu pemohon.

Sebagai perintis, cadangan ini mungkin boleh dimulakan dengan masjid negeri dahulu. Kemudian diperluaskan ke masjid-masjid daerah dan seterusnya ke masjid-masjid yang sesuai. Yang penting ialah mekanisme pelaksanaan perlu diperhalusi lagi oleh pusat-pusat zakat negeri. Siri bengkel dan perbincangan juga perlu diadakan untuk mencari kaedah terbaik bagi merealisasikan pusat zakat setempat ini. Manakala latihan kepada nazir, pengerusi, imam atau AJK masjid atau surau juga perlu diberikan untuk memastikan pelaksanaan pusat zakat setempat mencapai objektifnya.

29 November 2011

SEMBANG SANTAI BERSAMA SELEBRITI


Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar akan menganjurkan Pesta Konvokesyen USIM kali Kesembilan 2011 pada 1 hingga 4 Disember 2011.

Sehubungan itu, satu forum sembang santai akan diadakan seperti berikut:

Tajuk   : Hijrah; Jalan Yang Ku Temui
Tarikh  : 1 Disember 2011 (Khamis)
Masa    : 8.15 malam
Tempat  : Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan

Panel 1 : Ustaz Radzi (Bekas Vokalis Kumpulan Melissa)
Panel 2 : Saudara Fadzli (UNIC)
Panel 3 : Dr. Irwan Mohd Subri (Pensyarah FSU)

Semua muslimin muslimat dijemput hadir!!!

13 November 2011

Murabbi vs Murabba

UF dah mengajar 10 tahun lebih di USIM. Walaupun tempoh yang lama, tapi UF takkan mengaku sudah matang dalam mengajar. Masih belajar mengajar dan proses tu takkan berhenti hinngalah mati. Sepanjang tempoh tu UF dah mengajar pelbagai jenis pelajar.

Jenis yang pandai tak ramai, boleh dibilang dengan jari. Yang banyak ialah jenis pertengahan dan yang agak terkebelakang. Yang pandai memanglah senang mengajar sebab senang faham. Yang memerlukan usaha lebih ialah mengajar golongan pertengahan. Manakala yang paling mencabar ialah mengajar golongan ketiga.

Kalau nak ikutkan, dalam hati ni nak "marah" juga golongan kedua dan ketiga sebab "malas", "susah faham" dan lain-lain. Namun bila fikir balik dulu UF tergolong dalam golongan dua setengah (antara golongan kedua dan ketiga: mungkinnnn), membuatkan UF terfikir apa sumbangan yang UF kena buat untuk bantu mereka.

Ramai di kalangan rakan-rakan UF bila dalam meeting atau sembang-sembang sering menyalahkan pelajar itu dan ini. Namun bagi UF "kamu" sebagai seorang pensyarah yang cerdik dan dulunya cemerlang dalam pelajaran, tetapi gagal dalam memotivasikan pelajar. Marahkan UF???? silakan.....

Betullah kebanyakan pelajar sekolah agama yang kemudiannya menjadi pelajar USIM, agak kurang (bukan semua yaaa) dalam serba serbi. Golongan yang cerdik-cerdik mungkin memilih atau terpilih ke program profesional seperti perubatan, undang-undang dan sebagainya. Tinggallah golongan yang kureng sikit untuk dibentuk dalam bidang-bidang yang dikatakan tidak profesional seperti Syariah dan lain-lain.

Sudahlah dilabelkan golongan 2nd class, di"marah" pula oleh pensyarah-pensyarah dalam kelas, lebih tersentotlah motivasi mereka. Memang betul ada antara mereka perlu ditegur, dimarah tetapi bukan dalam bentuk negatif berbentuk penghinaan. UF ada sikit pengalaman dalam beberapa siri bengkel kecemerlangan bagi pelajar-pelajar yang dapat "lulus bersyarat" (LBS). Mereka ni kalau semester depan dapat pointer 2.0 ke bawah juga, boleh dibuang universiti.

Dalam bengkel, mereka menangis-nangis mengenang nasib mereka. Ada yang dah putus semangat nak belajar, nak berhenti dan macam-macam lagi. Namun rakan-rakan pensyarah (dedikasi buat Pn. Dina Supaat) dan UF menaikkan motivasi mereka supaya "sedar diri" dan lakukan perubahan, maka tiada seorang pun daripada mereka yang gagal. Sekarang mereka dah lama bergraduan walaupun sekadar kelas tiga.

Penat memanglah penat, asyik nak motivasi pelajar jaaa. Kenapalah mereka tak boleh fikir sendiri?? Bagi UF, memotivasikan pelajar bukan hanya sekali tetapi berterusan dan tidak boleh putus asa. Bagi UF juga, golongan profesional macam perubatan kalau berjaya menghasilkan pelajar cemerlang tidak menghairankan kerana pelajar tu memang dah cerdik. Bahan mentah dah baik so produk pun baik.  Tapi kalau kita (pensyarah) berjaya hasilkan produk baik daripada bahan mentah "kurang baik", itulah kejayaan yang lebih bermakna.

Sebab itulah pensyarah kena jadi murabbi, bukan sekadar mu'allim atau muhadir.Kalau pensyarah tidak berhenti-henti menyalahkan pelajar (walaupun mungkin boleh atau layak disalahkan), maka jadilah pensyarah murabba.....

05 November 2011

Indahnya Ikut Syariat

 (Pekerja menunaikan Solat Isyak berjemaah)

(Ruang solat dalam kedai Rabbani)

 (Pengawal keselamatan mengimami jemaah kedua)

Selasa hingga Khamis lepas UF ke Bandung, Indonesia.Sekadar pergi bercuti. Antara tempat menarik yang UF pergi ialah pesantren Darul Tauhid. Hebatnya pesantren-pesantren di Indonesia termsuk Darul Tauhid ialah mereka mempunyai kedai, tadika, pusat pengajian (jangka pendek dan panjang) serta hotel sendiri. Kalau di Malaysia pondok atau sekolah agama rakyat yang tidak mendapat bantuan kerajaan kebanyakkannya begitu daif, tetapi tidak di Indonesia.

UF taknak ulas panjang-panjang bab itu. Apa yang lebih menarik dalam lawatan ke Bandung ialah bila UF pergi satu kedai tudung. Nama kedai tu ialah “Rabbani” milik Rabbani Holding. Ia tidak ada kena mengena dengan Rabbani Production. Kedai 2 tingkat itu agak besar dan menjual tudung serta pakaian muslim/ah. Design tudung-tudung di kedai ni memang menarik dan rasanya tak ada atau tidak banyak di Malaysia. Harga pula amat murah jika dibandingkan di Malaysia dan pasti menggiurkan para wanita jika berkunjung ke kedai tu.

Kebetulan bila UF sampai di kedai tu azan Isyak berkumandang. Bila masuk ke dalam kedai, UF lihat kedai lengang tanpa pelanggan dan juga pekerja. Rupa-rupanya para pekerja kedai tu sedang bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah. Tanpa menghiraukan UF dan zaujah, mereka menunaikan solat Isyak di surau yang terdapat dalam kedai tu. Lepas solat dan berzikir baru pekerja datang melayan kami.

Surau tu 1/3 daripada saiz kedai dan UF rasa boleh memuatkan lebih daripada 50 jemaah. Ia pula terbuka tanpa dinding, jadi boleh nampak orang solat. Subhanallah!!! Syariat lebih dijunjung di Bandung. Di Malaysia, bolehkah kita dapat suasana macam ni? Mungkin ada, tapi UF tak pernah lagi jumpa. Semoga Allah memberkati dan merahmati pemilik dan pekerja kedai Rabbani itu. Ya Allah! limpahkanlah rezeki berlipat kali ganda kepada mereka kerana mereka telah menunaikan hakMU ya Allah!!!


31 Oktober 2011

Fiqh Asas (9)

Syarat-Syarat Tayammum

Syarat-syarat tayammum ada 5 perkara:
1)    Ada keuzuran disebabkan musafir atau sakit.
2)    Masuk waktu sembahyang.
3)    Mesti mencari air terlebih dahulu.
4)    Tidak mendapati air selepas mencarinya atau tidak boleh menggunakan air untuk berwuduk kerana sakit.
5)    Mesti menggunakan tanah yang suci lagi berdebu. Sekiranya tanah itu bercampur dengan kapur putih atau pasir maka tidak boleh menggunakannya untuk bertayammum.

Rukun-Rukun Tayammum

Rukun-rukun tayammum ada 4 perkara:
1)    Niat.
2)    Menyapu muka.
3)    Menyapu 2 tangan termasuk siku.
4)    Mengikut tertib.

Sunat-Sunat Tayammum

Sunat-sunat tayammum ada 3 perkara:
1)    Membaca Bismillah.
2)    Mendahulukan anggota kanan atas anggota kiri.
3)    Berturut-turut.

Perkara Yang Membatalkan Tayammum

Perkara yang membatalkan tayammum ada 3 perkara:
1)    Perkara yang membatalkan wuduk.
2)    Ternampak atau mendapati air sebelum sembahyang.
3)    Murtad.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

04 Oktober 2011

Biar Betul???

UF toleh kanan, nampak wajah budak muda... toleh kiri lihat lelaki yang berumur dan pakcik tua. Dalam hati UF kata, biar betul? Betulkah apa yang dilihat ni.... mimpikah UF? Tapi itulah hakikatnya...

Ya, itulah realitinya penghuni PUSPEN atau Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik atau senang cerita pusat serenti untuk penagih dadah. UF dipanggil untuk membantu dan melatih pelatih PUSPEN Dengkil untuk pertandingan nasyid peringkat Zon Tengah.

Tidak lama dulu pun UF pernah dijemput berceramah di situ. Pertama kali masuk ke PUSPEN memang berdebar. Namun bila masuk ke situ, hati memang sayu melihat begitu ramai anak bangsa "berjaya" menjejakkan kaki ke "universerenti". Tua muda semuanya ada.

Tapi sambutan pelatih masa ceramah hari tu dan juga masa training nasyid amat baik. Mereka begitu hormat kepada UF. Terasa macam mengajar budak-budak pondok dan sebab tu terkadang rasa macam tak percaya yang UF berada dalam PUSPEN. Staf agama PUSPEN pun terharu bila UF dan pembantu UF (Azizi vokalis kumpulan INSTINCT dan Syamil Drummer USIM) bergaul dan melayan pelatih macam rakan baik.

Takda la pula dalam hati UF ni nak pandang hina dan jijik pada pelatih PUSPEN. Sebabnya rasa tanggungjawab dan amanah untuk bantu mereka pulang ke pangkal jalan. Berjaya atau tidak mereka selepas keluar dari PUSPEN bergantung kepada kekuatan dalaman dan pernerimaan keluarga serta masyarakat terhadap mereka.

Pesan UF kepada mereka, kuatkan iman dan azam untuk menjadi hamba Allah yang baik. Walaupun anda telah melakukan kesilapan dalam hidup anda bila terlibat dengan najis dadah, tapi belum terlambat untuk memperbaiki diri bila keluar nanti.

------

PUSPEN Dengkil adalah johan menanti dalam pertandingan nasyid zon tengah dua tahun lepas dan mendapat tempat keempat peringkat kebangsaan. Pertandingan tu akan diadakan pada 19 Oktober 2011 di Tampin, Negeri Sembilan.

Nak dengar lagu yang UF latih mereka, sila lawati www.isla.my

1 Malaysia 1 Ummah

Telah tersohor seantero dunia
Nusantara hinggalah ke Andalusia
Bukan khayalan mahupun fantasia
Gagasan kita 1 Malaysia

Perpaduan rakyat dijulang gagah
Nilai yang buruk harus disanggah
Memantapkan syakhsiah jati diri yang indah
Menuju 1 ummah

Bukannya mudah untuk berjaya
Pasti ada banyak halangannya
Yang penting kita bekerjasama
Berkorban jiwa dan raga

Ingat ingat amanah yang amat berharga
Masa hadapan negara di tangan kita
Jangan jangan khiyanati perjuangan
Kelak kita hilang kebebasan

Lirik & Lagu:
Irwan Mohd Subri

24 September 2011

Memperkasa Pengurusan Fatwa Online Di Malaysia

Kelmarin 23 Sep 2011 artikel tulisan UF keluar dalam Berita Harian. Ia sempena Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam Di Malaysia anjuran Pejabat Penasihat Agama Perdan Menteri dengan kerjasama USIM, Berita Harian dan Tabung Haji. Ia akan diadakan pada 30 Sep hingga 2 Okt 2011 di PWTC.

Berikut adalah artikel (asal) yang diterbitkan itu:

Pengurusan Fatwa di Malaysia telah mengalami transformasi hari demi hari. Ia seiring dengan perkembangan teknologi dewasa ini. Di negara ini, setiap negeri mempunyai jawatankuasa fatwa masing-masing. Manakala di peringkat persekutuan pula terdapat satu jawatankuasa fatwa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Ini menjadikan jumlah jawatankuasa fatwa di Malaysia sebanyak lima belas.

Melihat kepada pengurusan fatwa negeri-negeri, boleh dikatakan semuanya mempunyai laman web rasmi Jabatan Mufti. Kebanyakan laman web Jabatan Mufti negeri-negeri bermula tahun 2000 ke atas seiring dengan penubuhan Jabatan Mufti itu sendiri. Ia disebabkan oleh pemisahan Jabatan Mufti daripada Majlis atau Jabatan Agama Islam negeri-negeri mulai penghujung tahun 90an.

Secara umumnya, laman web Jabatan Mufti negeri-negeri ini memaparkan maklumat-maklumat tertentu. Ia termasuklah bahagian-bahagian di Jabatan Mufti serta fungsinya, maklumat tentang mufti serta pegawai-pegawainya, aktiviti-aktiviti, fatwa-fatwa yang diputuskan oleh jawatankuasa fatwa negeri dan lain-lain.

Perkara ini sangat baik kerana masyarakat Islam dapat mengakses maklumat atau mendapat penjelasan tentang isu-isu tertentu daripada Jabatan Mufti. Ia juga menunjukkan, sebagai badan rasmi kerajaan, Jabatan Mufti juga tidak ketinggalan dari sudut teknologi maklumat.

Terdapat Jabatan Mufti negeri-negeri yang amat baik dalam pengurusan laman web. Ia dapat dilihat dari segi kecantikan dan keceriaan paparan web, pilihan warna yang sesuai, kekerapan mengemaskini maklumat dalam web, susunan menu yang menarik, maklumat yang banyak dan sebagainya.

Namun terdapat juga Jabatan Mufti negeri-negeri yang lemah dalam pengurusan laman web. Kelemahan ini dilihat dari segi laman web yang gagal dicapai, dalam penyelenggaraan berpanjangan, maklumat tidak dikemaskini dengan kerap, tidak cantik atau ceria, kurang maklumat dan sebagainya.

Baik dan lemah pengurusan laman web sesuatu Jabatan Mufti negeri akan mempengaruhi jumlah pengunjung sedikit sebanyak. Contohnya jika laman web sentiasa dikemas kini, pengunjung akan kembali mengunjungi laman web tersebut. Ini kerana mereka mengetahui akan mendapat maklumat baharu jika mereka mengunjungi semula laman web tersebut.

Sebaliknya, jika pengunjung beberapa kali melawati sesuatu laman web Jabatan Mufti dan maklumat tidak dikemaskini, maka mereka tidak akan melawati semula laman web itu. Ia sedikit sebanyak menjejaskan imej Jabatan Mufti negeri tersebut.

Sebagai cadangan, untuk memantapkan kandungan laman web, Jabatan Mufti negeri-negeri perlu memastikan maklumat-maklumat berikut terdapat dalam laman web rasmi jabatan. Antaranya maklumat lengkap mufti sekarang dan mufti-mufti terdahulu, sejarah penubuhan Jabatan Mufti Negeri dan bahagian-bahagian di Jabatan Mufti serta fungsinya. Aktiviti atau program serta gambar juga perlu dimasukkan, begitu juga koleksi fatwa dan keputusan fatwa.

Memandangkan fatwa adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa yang diwartakan dan keputusan fatwa adalah keputusan yang tidak diwartakan, adalah terlebih baik dua kategori ini diasingkan. Ini untuk memudahkan masyarakat mengetahui keputusan mana yang diwartakan dan yang tidak diwartakan. Sesuatu fatwa atau keputusan juga perlu disertakan dengan hujah atau dalil supaya masyarakat lebih yakin menerimanya.

Kekerapan mengemaskini maklumat laman web juga perlu diberi perhatian. Sebaik-baiknya ia dilakukan setiap minggu atau sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jika ia tidak dikemaskini dalam tempoh berbulan-bulan, ia menyerlahkan kelemahan pengurusan Jabatan Mufti terbabit.

Laman web Jabatan Mufti negeri-negeri juga perlu mempunyai pautan kepada semua jabatan mufti negeri lain dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Ini bagi memudahkan masyarakat mengetahui fatwa atau keputusan yang diputuskan oleh Jabatan Mufti negeri lain.

Pengurusan fatwa online perlu dilakukan dengan baik dan cekap. Ini kerana ia mencerminkan imej dan professionalisme sesuatu Jabatan Mufti. Penyaluran dan penyampaian maklumat secara online lebih cepat, senang dan efektif berbanding medium-medium lain. Seharusnya Jabatan Mufti negeri-negeri mengambil berat hal ini, supaya tidak dikatakan ketinggalan zaman.

12 September 2011

Bukit Kepong








Semalam (11 September) TV2 menayangkan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Mungkin meraikan peristiwa 11 September Amerika diserang. Tapi sebenarnya bersempena dengan ceramah Mat Sabu yang mengatakan Mat Indera pejuang kemerdekaan. Bercempera ramai pihak (UMNO dan yang sewaktu dengannya) yang marahkan kenyataan Mat Sabu tu.

UF tak nak ulas pasal Mat Indera, sebab tak tahu kisah sebenar. Lagipun dah ramai yang ulas pasal isu tu. UF nak ulas pasal 1 tulisan yang pernah UF baca pasal filem Bukit Kepong. Kalau tak silap surat pembaca dalam Harakah lama dahulu. Ia bukan tulisan ilmiah tapi hasil pemerhatian penulis dalam beberapa pilihanraya.

Kata penulis (tak ingat nama dia), dalam beberapa pilihanraya umum di zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM, jika filem Bukit Kepong ditanyangkan di TV, itu tandanya pilihanraya umum sudah hampir. UF ingat lagi, tulisan itu ditulis ketika peralihan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi. Penulis "menjangkakan" filem Bulit Kepong juga akan ditayang sebelum pilihanraya 2004, tetapi seingat UF (betulkan jika salah), filem itu tidak ditayangkan menjelang pilihanraya umum 2004.

Jadi teori penulis tentang kaitan filem Bukit Kepong dengan pilihanraya tidak lagi relevan di zaman Tun Abdullah. Ia mungkin benar di zaman Tun Dr. Mahathir hasil pemerhatian penulis. Namun bila semalam (11 September) filem itu ditayangkan semula, adakah itu petanda pilihanraya umum sudah semakin dekat? Apatah lagi isu komunis Mat Sabu sedang rancak dan hangat diperkatakan. Datuk Seri Najib mengamalkan mazhab mana? Mazhab Tun Dr. Mahathir atau mazhab Tun Abdullah? Sama-samalah kita tunggu...

Sedikit lintasan....

50 tahun akan datang, dalam sejarah Malaysia adakah Mat Sabu akan dikenali sebagai "komunis alaf baru"...

Dalam sejarah USIM pula, 50 tahun akan datang adakah UF dikenali sebagai ketua pemberontak??? fuhhhh...

11 September 2011

Fiqh Asas (8)

Sapuan Ke Atas Khuf

Hukum menyapu ke atas 2 khuf adalah harus dengan 3 syarat:

1) Mula memakai kedua-dua khuf itu selepas sempurna bersuci (berwuduk atau mandi wajib).
2) Hendaklah khuf itu menutup tempat basuhan yang wajib di kaki.
3) Hendaklah khuf itu boleh dibuat berjalan dengannya.

Tempoh Sapuan Khuf

Orang bermukim boleh menyapu ke atas khuf selama sehari semalam. Bagi orang musafir pula selama dibolehkan selama 3 hari 3 malam. Tempoh sapuan khuf itu bermula ketika seseorang itu berhadas selepas memakai kedua-duanya. Jikalau dia menyapu khuf ketika dia bermukim kemudian dia bermusafir ataupun dia menyapu khuf ketika dia bermusafir kemudian dia bermukim maka dia mesti mengikut tempoh sapuan orang yang bermukim (iaitu sehari semalam).

Perkara Yang Membatalkan Sapuan Khuf

Terbatal sapuan ke atas khuf disebabkan 3 perkara:

1) Mencabut kedua-duanya.
2) Habis tempoh.
3) Perkara yang mewajibkan mandi.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

10 September 2011

Tauliah... Perlukah?



Isu tauliah kini berbunyi lagi. Terbaru ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dilarang daripada memberi tazkirah, ceramah dan seumpamanya kerana beliau tiada tauliah, kata MAIS. Sebelum ini pun ramai yang didakwa oleh Jabatan Agama Negeri tertentu atas alasan tiada tauliah antaranya mantan mufti Perlis Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Persoalannya adakah tauliah ini bidah yang direka-reka atau ia boleh dan perlu dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah? Sebelum UF menjawab persoalan ini, UF ingin menakalkan kata-kata imam al-Khatib al-Baghdadiyy dalam kitabnya "Kitab al-Faqih Wa al-Mutafaqqih":

ينبغي لإمام المسلمين، أن يتصفّح أحوال المفتين، فمن كان يصلح للفتوى، أقرّه عليها. ومن لم يكن من أهلها منعه منها، وتقدّم إليه بأن لا يتعرّض لها، وأوعده بالعقوبة إن لم ينته عنها، وقد كان الخلفاء من بني أمية ينصبون للفتوى بمكّة في أيّام الموسم قومًا يُعَيِّنُوْنَهُم، ويأمرون بأن لا يُستفتى غيرهم

Yang bermaksud, "Pemerintah umat Islam sepatutnya memeriksa hal ehwal orang yang berfatwa (mufti). Sesiapa yang sesuai berfatwa, maka dia boleh mengiktirafnya. Sesiapa yang bukan ahlinya (tidak layak berfatwa), maka dia boleh menghalang orang itu. Dia (pemerintah) perlu menasihati orang itu supaya tidak berfatwa dan boleh menakutkannya dengan hukuman jika dia masih berdegil. Para khalifah Bani Umayyah pernah melantik segolongan orang sahaja di Mekah pada musim haji (untuk berfatwa) dan mereka memerintahkan supaya tidak ada orang lain selain mereka yang terlantik untuk berfatwa".

Daripada kata-kata al-Khatib al-Baghdadiyy ini, dapat difahami bahawa kerajaan boleh mengenakan syarat-syarat tertentu kepada orang yang ingin berfatwa. Dalam bahasa moden di Malaysia ia dipanggil tauliah. Walaupun kalam di atas berkaitan fatwa tetapi ia boleh diaplikasi terhadap tazkirah, ceramah, khutbah dan lain-lain.

Ini kerana fatwa ialah menyampaikan atau memberitahu hukum hakam islam kepada mereka yang bertanya. Begitulah tazkirah, ceramah, khutbah juga mengajar atau memberitahu hal ehwal agama kepada umat Islam.

Untuk apa tauliah perlu kepada mereka yang ingin menyampaikan Islam?

Sila baca post ini hingga habis sebelum anda membuat apa-apa kesimpulan sendiri.

Antara kepentingan tauliah ialah mengawal orang yang ingin menyampaikan Islam kepada masyarakat. Ia perlu supaya hanya mereka yang benar-benar layak yang mempunyai ilmu sahaja yang melakukannya. Masyarakat kita mudah menerima mereka yang pandai berceramah walaupun latar belakang penceramah itu bukan daripada bidang agama. Bukankah sekarang ini ramai artis-artis yang "bertaubat" lalu dipanggil dengan gelaran "ustaz" dan dijemput berceramah di sana sini?

Bukan menidakkan keupayaan golongan ini menjadi pendakwah setelah bergelumang dengan dunia hiburan, tetapi jika tidak layak bergelar penceramah maka kerajaan boleh menghalangnya daripada menyampaikan kuliah atau ceramah kepada masyarakat. Tindakan ini adalah siyasah syariyyah kerajaan untuk memastikan masyarakat menerima maklumat daripada mereka yang layak sahaja.

Untuk memastikan seseorang itu layak atau tidak berceramah, kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan Malaysia ialah "tauliah". Contohnya di Selangor, seseorang pemohon tauliah akan dipanggil temuduga dan akan melalui ujian bertulis dan lisan.

Dalam ujian bertulis, beberapa soalan yang berkaitan fiqh, akidah dan lain-lain akan ditanya. Begitu juga temuduga lisan di hadapan panel penemuduga, bebeapa soalan termasuk isu-isu semasa akan ditanya. Setelah panel berpuas hati, maka pemohon akan dianugerahkan tauliah untuk tempoh tertentu dan perlu diperbaharui daripada masa ke semasa. (Boleh rujuk kisah UF mohon tauliah di sini)

Tindakan kerajaan dalam mengenakan tauliah kepada penceramah-penceramah di Malaysia ialah menstrukturkan kata-kata imam ak-Khatib al-Baghdadiyy di atas. Maksudnya, dalam isu pentadbiran kerajaan berhak mengenakan syarat tauliah atas dasar siyasah syariyyah seperti mana para khalifah seperti Umar, Usman, Ali dan lain-lain membuat peraturan-pertauran tertentu dalam pentadbiran mereka.

Jika diteliti kata-kata imam ak-Khatib al-Baghdadiyy, orang yang sememangnya layak untuk berfatwa, menyampaikan tazkirah dan ceramah, kenapa dia mesti dilarang daripada berbuat demikian?

To be continued...

10 Ogos 2011

Fiqh Asas (7)

Rukun-Rukun Mandi Wajib

Rukun-rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1) Niat.
2) Menghilangkan najis di badan sekiranya ada.
3) Menyampaikan air kesemua bulu dan kulit.

Sunat-Sunat Mandi Wajib

Sunat-sunat mandi wajib ada 5 perkara:

1) Membaca Bismillah.
2) Berwuduk sebelum mandi.
3) Menggosok tubuh dengan tangan.
4) Berturut-turut.
5) Mendahulukan anggota kanan atas anggota kiri.

Jenis-Jenis Mandi Sunat

Mandi-mandi sunat ada 17 jenis, iaitu:

1) Hari Jumaat.
2) 2 hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha).
3) Meminta hujan.
4) Gerhana bulan.
5) Gerhana matahari.
6) Mandi selepas memandikan mayat.
7) Orang kafir apabila memeluk Islam.
8) Orang gila apabila sedar daripada gilanya.
9) Orang pengsan apabila sedar daripada pengsannya.
10) Hendak berihram.
11) Hendak masuk Mekah.
12) Wukuf di Arafah.
13) Bermalam di Muzdalifah.
14) Melontar 3 jamrah.
15) Untuk tawaf.
16) Untuk sa’i.
17) Masuk Madinah.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

08 Ogos 2011

Terawih Tengah Malam

UF terfikir masa kat surau tadi bila dengar tazkirah. Pentazkirah sebut kita ni bertuah sebab Allah pilih dapat berterawih, tak macam sesetengah daripada kita yang terpaksa bekerja dan sebagainya.

Apa yang UF terfikir tu??? Terawih lewat malam.... khas untuk mereka yang terpaksa bertugas terutamanya yang terlibat dengan syif. Tapi ni untuk mereka yang habis syif tengah malam. Kalau di tempat kerja, mereka boleh buat terawih seperti biasa lagi baguslah.

Tapi mungkin bagi sesetengah tempat kerja yang tak boleh nak tinggalkan kerja, mungkin susah. Alternatifnya, selepas mereka pulang dari tempat kerja (contohnya jam 11 malam), mereka masih ada kesempatan berjemaah terawih di masjid atau surau walaunpun sudah pukul 12 malam.

Ada ka yang nak datang ustaz??? Belum cuba belum tahu... UF yakin di sana masih ramai pekerja-pekerja muslim yang masih menjaga ibadat mereka sebaik mungkin. Mungkin masjid/surau di bandar-bandar besar boleh cuba try test. Kita jangan fikir perkara-perkara yang menghalang, tapi fikir dan usaha untuk mencubanya.

Masa UF di Mesir, UF dapat tahu ada beberapa masjid yang buat terawih dengan bacaan 10 juz semalam. Mereka sembahyang macam biasa selepas Isyak dan akan berehat selepas beberapa ketika. Selepas itu mereka akan sambung sampai ke tengah malam.

Jadi kita boleh ambil konsep ini, tapi bukan nak suruh baca sampai 10 juz semalam. Tapi buat terawih lewat malam untuk mereka yang tidak sempat melakukannya selepas Isyak kerana kerja atau atas faktor-faktor yang lain.

Jadi.... masjid mana yang nak sahut cadangan ini.... Masjid Negara??

23 Julai 2011

Dimashqu (23)

Selepas makan, Rosli membawa aku ke Suq Hamidiyyah yang terletak tidak jauh dari Mazah. Suq Hamidiyyah menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang ke kota Dimashq atau Damascus. Di situ pelbagai barang cenderhati, baju dan pelbagai lagi yang dijual. Tempatnya juga unik, cantik dan besar.

Di situ tidak ada apa yang aku beli, hanya meninjau-ninjau di Suq tu saja. Rosli juga menunjukkan tempat tukar duit (sarrafah/money changer) yang selalu dia tukar. Ia bukanlah money changer berdaftar tapi sebaliknya kedai jual emas. Cuma di situ tukaran wang asing akan dapat lebih sikit berbanding money changer yang rasmi.

Kami tidak berada lama di situ dan kami pulang semula ke rumah penginapanku dengan teksi. Untuk mendapatkan teksi di depan Suq Hamidiyyah pun terpaksa menunggu lama kerana sering penuh. Kami tidak menaiki service kerana ingin pulang cepat.

Sampai di kawasan rumah penginapanku, kami singgah di kedai telekomunikasi untuk membeli simcard. Ia untuk memudahkanku menghubungi sesiapa terutamanya Rosli jika aku ingin bertanyakan sesuatu.

21 Julai 2011

Ish Kalaulah Budak Tu Tak Mai….

Kelmarin 20hb Julai hari yang meletihkan... pagi pukul 7 sudah bergerak menuju ke Gopeng, Perak. Ada tugasan untuk temuduga dan ujian kepada calon Permata Insan di sana. Memandu sendirian dalam keletihan yang belum sudah kerana 18hb Julai, pergi ke Sekolah Tuanku Abd Rahman, Ipoh dan balik pada hari yang sama, juga dengan tujuan yang sama.

Setelah memandu lebih kurang 50 minit, berhenti di Restoran Jejantas Sg. Buluh untuk makan dan minum pagi. Nasi lemak kedai (sebelah Dunkin's Donut) tu memang sedap dan ramai juga orang makan di situ.

Lebih kurang jam 8 pagi, bergerak semula ke destinasi. Mula-mula layan radio tapi rasa boring mendengar, UF mula menyanyi sendiri. Cari ilham buat lagu baru. Dapat juga siapkan mukaddimah 1 lagu. Rasa nak terbitkan lagu munajat tu dalam album zikir yang sedang dirancang. Dah ada 6-7 zikir dan nasyid yang UF cipta sendiri. Insya Allah kalau ada rezki, akan terhasillah album tu. Ada sesiapa nak tolong terbitkan?

Bila menghampiri Tapah, banyak kereta di lorong sebelah menyala-nyalakan lampu tanda ada roadblock di hadapan. UF dah tahu dah sebab dua hari sebelum tu di kawasan tu ada polis dok tahan kereta yang bawa laju. UF maintain bawa 110 ja.... Bagus sungguh...

Tiba-tiba H/P berdering dan mantan anak murid UF yang jaga ujian Permata Pintar UKM di Gopeng tu call. Dia kata calon untuk Program Permata Insan tu tak datang ujian sebab balik kampung melawat datuknya yang sakit. Calon tu sebenarnya seorang ja.

Aduhhh.... lepas tu UF cakap, takpalah UF akan patah balik je lah. UF dok cari susur keluar untuk patah balik, lepas tu tengok-tengok susur keluar Gopeng. Dah alang-alang sampai Gopeng, UF terus ke sekolah tempat ujian tu dijalankan sebab dah dekat dengan tol Gopeng.

Bersembang sikit dengan anak murid UF dan pegawai JPN Perak, jam 11.45 Uf bertolak pulang ke Kota Warisan.

Memang ujian betul.... Alhamdulillah....

10 Julai 2011

PI Sabah

(Bersama Cikgu Imran, Pegawai JPN Sabah)


5 Julai lepas UF pergi ke Sabah atas urusan temuduga dan ujian USIM-1 Untuk program Permata Insan 2011. Masa dapat tahu UF dijadualkan ke Sabah, memang UF taida bantahan langsung sebab memang tak pernah ke Sabah. Tempat yang UF kena pergi ialah Sandakan dan Tawau.

Bertolak dari KLIA jam 8 pagi dan sampai lebih kurang 10.30 pagi. Dari airport Sandakan terus check in hotel di pekan. Pekan Sandakan taklah besar, 10 minit pusing dah habis. Tengahari tu pusing pekan cari kedai makan tapi jadi mushkil sebab ada beberapa kedai yang pekerjanya pakai kepiah dan tudung tapi kedainya kedai Cina. UF hanya makan di kedai mamak ja.

Petang tu hanya rehat di hotel. Sebalah malam ingat nak tengok-tengok kedai di pekan tu tapi rupanya kedai semua tutup. Kedai makan pun banyak yang tutup, so UF makan KFC je la. Nasbib baiklah bawa notebook, dapat juga menulis sedikit sebanyak.

Rabu pagi 6 Julai, UF ke Sekolah Kebangsaan Taman Rimba untuk temuduga pelajar dan ibu bapa. Sepatutnya ada 3 calon untuk ujian Permata Insan tapi yang datang hanya 2 orang. Calon-calon ni bersama berbelas pelajar lagi menduduki ujian UKM-2 iaitu ujian untuk program Permata Pintar di bawah kendalian UKM. Calon-calon Permata Insan kendalian USIM pun perlu ambil ujian UKM-2 ni sebab ia adalah ujian IQ.

Ujian UKM-2 selama 3 jam, dan habis ujian tu UF suruh 2 orang calon Permata Insan pergi makan dulu dan 12.30 mereka perlu mengambil ujian bertulis tentang pengetahuan agama selama 1 jam. Selepas tu UF temuduga pelajar pula untuk mengetahui tahap bacaan al-Quran mereka.

Habis sekitar jam 1.45 petang, UF balik ke hotel dan petang tu berehat ja. 2 malam di pekan Sandakan yang sunyi memang mati kutu. Malam kedua tu pun UF menulis dengan notebook yang dibawa.

Khamis 7 Julai, pukul 7.30 UF dah bertolak ke airport untuk ke Tawau. Flight pukul 9 pagi dengan pesawat MASwing. Sebelum naik tu macam-macam bermain di kepala sebab tak pernah naik kapal terbang kecil. Bila dah naik tu ok ja dan perjalanan hanya lebih kurang 30 minit.

Sampai di airport Tawau, UF terus naik teksi ke Sekolah Kebangsaan Taman Tawau. Agak jauh juga perjalanan ke sekolah tu dari airport, lebih setengah jam. Sampai di sekolah UF terus temuduga ibu pelajar. Di situ calon Permata Insan hanya seorang sahaja.

Selesai jam 1.45, UF dibawa oleh Cikgu Sappe (Pegawai PPD Tawau) untuk makan di sebuah restoran Tom Yam. Kemudian UF check in hotel di pekan. Pekan Tawau memang besar berbanding Sandakan. Selepas letak beg dalam bilik, UF jalan kaki ke pasar Gantung yang terletak dalam 200-300 meter dari hotel. Pasar tu selalu orang beli baju, kerongsang, barangan kraf dan lain-lain.

Dah beli apa yang dibeli, UF pulang semula ke hotel. Jam 5 petang Cikgu Sappe telefon tanya kalai UF nak pi pasar untuk beli apa-apa di sana. Ingatkan jauh, rupanya dalam 5 minit ja dari hotel. Kat situ UF beli ikan keropok dan amblang yang terkenal di Sabah. Lepas tu kami pi minum teh Madras di restoran mamak sebelah pejabat PPD Tawau.

Malam tu kami pi makan di kedai makan yang terkenal dengan nama "Abu Sayyaf". Cikgu Sappe dah booking siap-siap makanan sebelah petang tu. Bila kami sampai terus dihidang makanan. Kedai tu memang terkenal dan pelanggannya pun ramai. Boleh dikatakan kalau ada tetamu semenanjung datang, akan dibawa makan di kedai tu.

Kami tempah ikan merah masak 3 rasa, sup ketam, sayur kailan dan udang goreng tepung. 4 orang makan baru RM55, murah bukan?

Jumaat 8 Julai, Cikgu Azrin (Pegawai PPD Tawau) janji nak hantar UF ke airport sebab dia akan ke Kunak, jalan sama ke airport. Tapi malam tu hujan lebat dan ribut. So rumahnya banjir dan dia tak dapat hantar UF. Selepas sarapan jam 8 pagi, UF ke airport dengan van hotel.

10.30 pagi UF naik kapal terbang direct dari Tawau ke LCCT. Alhamdulillah perjalanan 2-3 hari di Sandakan dan Tawau banyak pengalaman baru.

(Cikgu Sappe & Cikgu Azrin, Pegawai PPD Tawau)

(Bersama tulang ikan di kedai makan Abu Sayyaf)

Share/Save/Bookmark

27 Jun 2011

Apa Itu Kajian Kes (Case Study)?




“Kajian Kes” adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. Pelbagai displin ilmu telah menggunakan “Kajian Kes” termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan (http://www. vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/ casestudies/).

Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan “Kajian Kes” sebagai “satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran”. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, “Kajian Kes” ialah satu “metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran”.

Metode kajian ini digunakan secara meluas dalam bidang perundangan dan perubatan. The University of Chicago Department of Sociology, di Amerika Syarikat, telah mempelopori “Kajian Kes” diawal abad 1900 sehingga 1935. Malangnya, terdapat segelintir cendekiawan mempersoalkan aspek kebolehpercayaan (reliability) metod ini berdasarkan penggunaan satu sampel sahaja atau sampel bersaiz kecil dan ketidakmampuan dapatan kajian untuk digeneralisasikan kepada umum.

Selepas 1935, penggunaan “Kajian Kes” semakin berkurangan kerana peralihan dunia penyelidikan kepada kaedah kuantitatif. Walaubagaimanapun, kekangan yang terdapat pada metod kuantitatif, menukar lensa dunia penyelidikan kepada bentuk “Kajian Kes” pada tahun 1965 (Tellis, 1997: 3). Sehingga hari ini, Harvard University adalah universiti tersohor dalam menggunakan kajian kes sebagai wadah utama pembelajaran. Terkini, pelajaran Sains, Pendidikan, ICT, Ekonomi, Perniagaan dan Pemasaran mempunyai banyak laman web yang menawarkan sampel-sampel kajian kes untuk dimuat-turun secara percuma bagi tujuan pedagogi dan endragogi.

Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk:
- Masalah/Keputusan (Problem/Decision).
- Penilaian (Appraisal).
- Sejarah (Case Histories).
- Catatan Industri (Industry Notes).
- Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases).

Setiap bentuk kajian kes mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis berdasarkan kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran.

“Kajian kes” tidak lari dari skop dan metodologi kajian-kajian lain. Ia berbentuk deskriptif dan tertakluk kepada unsur-unsur kesahan dan kebolehpercayaan (validity and reliability) sebagaimana kesemua metod kajian yang lain. “Kajian Kes” sebagai wadah pembelajaran menghuraikan suatu teori dalam jangkamasa yang pendek, tetapi diolah dengan cara yang menarik dan tersendiri untuk menepati suasana kuliah yang lazimnya mengambil masa tidak lebih dari dua jam.

Para pelajar bertanggungjawab sepenuhnya dalam mencerakinkan kes yang diberi dan mencari pendekatan terbaik untuk mendapatkan penyelesaian win-win-win. Proses pembudayaan ilmu (Ad-Tadayyun) secara kajian kes akan memperkasakan pembentukan kognitif (pengetahuan), afektif (keperibadian) dan psikomotor (kemahiran) individu (Muhamad Muda, 2003: 3).

Tujuan asas penggunaan metode kes sebagai strategi pengajaran ialah bertujuan untuk “memindahkan tanggungjawab belajar daripada guru, kepada pelajar yang memainkan peranan dan hasilnya ia dapat menukar penyerapan pasif ke arah pembangunan aktif”. Melalui perbincangan kes secara teliti, pelajar dapat mengenal pasti punca masalah, mengenali pembuat keputusan dan agendanya dan menjadi peka terhadap keadaan persekitaran yang menyumbang kearah keputusan yang diambil dalam kes tersebut.

Pelajar juga didorong untuk membuat keputusan berdasarkan analisa mereka sendiri dan mengaplikasi pengetahuan mereka tentang teori-teori masalah tersebut. Di samping itu juga, pelajar mampu menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit dengan cara mengenalpasti dan menganalisa faktor-faktor penting, mampu mencambahkan idea, menyelaraskan idea dengan fakta sebenar dan menggabungkan idea tersebut secara kreatif.

Perbincangan kes juga dapat membantu para pelajar untuk menghadapi masalah yang timbul dalam situasi dan krisis dunia yang sebenar dengan fakta kes yang digarap berdasarkan simulasi keadaan sebenar (contohnya situasi bilik kuliah, dewan, mahkamah atau hospital). Dengan demikian, melalui pendedahan terhadap kajian kes, para pelajar berpeluang untuk mengasah tahap profesionalisme mereka melalui cabaran, keperitan dan pengalaman sebenar dan liputan dari dapatan kajian orang lain.

Kelebihan metode kajian kes adalah para pelajar didedahkan kepada realiti hidup yang benar-benar berlaku, yang mungkin tidak pernah dan tidak akan mereka alami di luar kuliah. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang tertarik untuk mengkaji kesan kemiskinan kepada pencapaian akademik pelajar sekolah menengah secara keseluruhannya, dapat mengakses dan menganalisa maklumat daripada sekolah-sekolah yang berbeza di Perlis, Kedah, Sabah dan Sarawak tanpa perlu meninggalkan bilik kuliah.

Metode kajian kes juga menggabungkan idea individu dan idea ahli-ahli kumpulan di mana para pelajar saling bergantung dan belajar daripada satu sama lain. Idea-idea yang dicerna akan dikupas bersama melalui perdebatan dan pertikaian ahli-ahli kumpulan dan dilontarkan semula untuk dimurnikan bersama. Kesimpulannya, para pelajar mampu berdikari dan mempunyai kemahiran untuk merumus soalan sekaligus meningkatkan pemahaman proses pembelajaran mereka (http://writing.colostate.edu/references/research /casestudy/com2a3.cfm).

Kes yang baik mempunyai unsur pengajaran yang boleh dipelajari daripada masalah yang timbul, adanya masalah atau keputusan yang perlu diselesaikan, terdapat pembuat keputusan, fakta kes lengkap dan jelas dan diolah berdasarkan konvensyen penulisan kes serta menarik perhatian pelajar untuk melibatkan diri dalam perbincangan kes itu (Muhamad Muda 2003: 7). Kes-kes yang baik juga mempunyai ciri-ciri berikut; cerita yang baik, terkini, ada dialog, mewujudkan empati terhadap watak utama, relevan kepada pembaca, memenuhi fungsi pengajaran dan bersifat umum (http://www.vanderbilt.edu/ cft/resources/gleanings/casestudies/).

Kajian Kes (Case Study) Dalam Bidang Pengajian Islam

UF telah menyiapkan satu “Kajian Kes” yang bertajuk “Pencegahan SARS” (Irwan(a) 2003: 1-9) beserta Panduan Mengajar (Teaching Guide) kes ini (Irwan(b) 2003: 1-6). Kajian kes ini boleh digunakan sebagai sampel atau bahan pengajaran di dalam bilik-bilik kuliah dan tutorial. Ia bukan sahaja sesuai digunakan dalam bidang pengajian Islam, bahkan ia juga sesuai untuk bidang ekonomi, pengurusan, perubatan dan yang berkaitan dengannya.

UF telah membahagikan Kajian Kes “Pencegahan SARS” ini kepada lima bahagian iaitu mukaddimah, fakta, kronologi, kesan dan tindakan lanjut yang sewajarnya diambil. Penulis telah menyediakan maklumat yang mencukupi sebagai asas kepada pelajar untuk memahami perkara yang perlu dibincangkan. Untuk bahan pengajaran subjek Usul Fiqh, penulis memfokuskan konsep Siyasah Syar’iyyah yang berpaksikan Maslahah Syar’iyyah dalam langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menangani masalah wabak SARS yang melanda negara awal tahun 2003.

Para pelajar perlu membincangkan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menangani wabak SARS, samada ia menepati Maslahah Syar’iyyah ataupun tidak dan seterusnya perlu menyokong dakwaannya itu dengan dalil-dalil nas ataupun kaedah-kaedah fiqh.

Sebagai contoh, antara langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam menghadapi SARS ialah pembekuan visa perjalanan bagi pelawat dari negara-negara yang terjejas teruk akibat SARS. Dari satu sudut, sekatan ini dapat mengawal kemasukan pesakit SARS dari menyebarkan virus itu kepada masyarakat Malaysia. Namun dari sudut yang lain, sekatan itu menghalang para pelabur masuk ke Malaysia yang mungkin akan menjejaskan ekonomi negara dan akan menjejaskan sektor pelancongan akibat tiada pelancong yang dibenarkan masuk daripada negara-negara yang dijangkit SARS.

Contoh kedua ialah kuarantin ke atas individu yang disyaki dijangkiti SARS sekurang-kurangnya sepuluh hari. Pesakit yang dikuarantin akan diasingkan di tempat khas dan tidak dibenarkan bergaul dengan pesakit-pesakit biasa atau pelawat kerana virus SARS mudah berjangkit. Dalam isu kuarantin ini para pelajar dihadapkan dengan dua situasi iaitu, sekiranya individu itu dikuarantin, ia dianggap mengongkong hak individu, tetapi kalau dia dibiarkan tanpa kawalan, berkemungkinan virus SARS akan merebak kepada orang lain. Di sini para pelajar akan memberi pandangan masing-masing berkenaan isu ini berdasarkan dalil-dalil nas dan kaedah-kaedah fiqh untuk merealisasikan Maslahah Syar’iyyah dalam langkah pencegahan yang diambil.

Pendekatan “one way traffic” yang diamalkan selama ini oleh kebanyakan pengajar subjek Usul Fiqh bersifat “spoon feeding”. Kebanyakan pelajar sukar memahami dan cepat lupa apa yang dipelajarinya dalam kelas. Metode begini juga tidak membangunkan pemikiran kritis para pelajar. Berbanding metode “Kajian Kes” yang lebih bersifat kendiri pelajar dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Ia dapat menarik minat para pelajar untuk turut serta dalam perbincangan kes yang dibentangkan. Hasilnya pelajar dapat memahami pelajaran dengan lebih efektif kerana mampu menggabungkan teori dan praktikal sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia sebenar. Ini kerana Kajian Kes amat berguna dalam menggalakkan perbincangan mengenai cara terbaik dan strategi penyelesaian masalah-masalah (http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci54625 6,00.html).

Bentuk pengajaran “Kajian Kes” lebih sesuai jika jumlah pelajar adalah kecil dan kerusi-meja di susun atur bulat supaya setiap pelajar dapat berhujah dengan bernas mengikut simulasi keadaan kes tersebut. Pelajar diberi peluang untuk mengutarakan pandangan masing-masing dan pensyarah hanya perlu bertindak sebagai fasilitator. Di akhir sesi, tiada resolusi yang dianggap benar atau salah. Para pelajar dianggap telah memainkan peranan masing-masing dengan jayanya sekiranya mereka dapat mengaplikasikan teori yang sepatutnya digunapakai semasa perbincangan kes tersebut.

Kejayaan metod kajian kes ini bergantung kepada cara pembelajaran mahasiswa di institusi pembelajaran terbabit. Menurut kajian Victoria Salin pada tahun 2001, mahasiswa boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama, “Dependent learner”, “Collaborative learner” dan “Independent learner”. Kumpulan pertama akan bertindak pasif dan menanti arahan, kumpulan kedua akan melibatkan diri secara aktif didalam perbincangan dan kumpulan ketiga akan cuba untuk mengubahsuai kandungan dan struktur kes semasa perbincangan. Fasilitator perlu bijak mengenalpasti kategori pelajar dan menggunakan pendekatan yang bersesuaian.

Yin (1994: 75) pula mencadangkan agar mahasiswa digalakkan memahami pendekatan kaedah kajian kes itu sendiri dengan penekanan terhadap aspek-aspek berikut:
- Membincangkan sinopsis kes (mengenalpasti objektif dan isu utama kajian).
- Melakukan Kajian Lapangan.
- Soalan-soalan (soalan spesifik yang perlu dikenalpasti oleh penulis kajian kes).
- Cara menulis laporan akhir Kajian Kes (format kes, konvensyen penulisan kes).

Para penulis “Kajian Kes” perlu melengkapi “Kajian Kes”nya dengan satu set Panduan Mengajar (Teaching Guide) yang mengandungi sinopsis, objektif, kumpulan sasaran berserta panduan terperinci pengendalian kes tersebut, termasuk strategi memimpin kes, soalan dan penyelesaian. Panduan Mengajar ini hanya diberikan kepada pengajar atau fasilitator yang menngendalikan kelas dan tidak diberikan kepada para pelajar. Ini untuk memudahkan pengajar atau fasilitator yang menggunakan kes itu dalam pengajarannya.

Pengajaran yang menggunakan metode “Kajian Kes” dapat mengubah suasana bilik kuliah daripada keadaan muram kepada keadaan yang ceria dengan adanya “brain storming” di kalangan para pelajar. Di samping dapat melatih mereka berinteraksi, berkomunikasi, berdebat dan melahirkan pendapat, mereka juga akan berasa bangga kerana diberi peluang bertindak sebagai penyelesai masalah. Sewajarnya pengajar menghargai pendapat mereka dan tidak menghentam mereka jika pendapat mereka salah, kerana tujuan “Kajian Kes” bukanlah untuk mencari siapa benar dan siapa salah.

BIBLIOGRAFI

Irwan Mohd Subri. 2001. Metode Ahl al-Ra’y dan Ahl al-Hadith Dalam Mengistinbatkan Hukum Dan Pengaruhnya Terhadap Imam-mam Empat Mazhab. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Irwan Mohd Subri et al (a). 2003. Pencegahan SARS. Kajian Kes. Universiti Sains Islam Malaysia.

Irwan Mohd Subri et al (b). 2003. Pencegahan SARS. Panduan Mengajar. Universiti Sains Islam Malaysia.

Muhamad Muda. 2003. Apa Itu Kajian Kes? Kertas Kerja. Dibentangkan di Bengkel Penyelidikan dan Penulisan Kes Siri I. Universiti Sains Islam Malaysia. 5-6 Mac.

Muhammad Ismail Ibrahim. 1978. A’immah al-Madhahib al-Arbacah: Abu Hanifah, Malik, al-Shaficiyy, Ibnu Hanbal. t.tp: Dar al-Fikr al-cArabiyy.

Surjit Singh & Osman Md. Zain. t.th. The Case Method And Types Of Cases. Artikel.

Tellis, W. 1997. Introduction to case studies. The Qualitative Report [On-line serial], 3(2). Available: http://www.nova.edu/ssss/QR/QR3-2/tellis1.html

Yin, R. 1994. Case study research: Design and methods. ed.2. Beverly Hills, CA: Sage Publishing.

Fast Guide to Case Studies. 2003. http://whatis.techtarget.com/definition/0,,sid9_gci 546256,00. html.

Case Studies. 2003. http://www.vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/casestudies/. Vanderbilt University.

Case Studies. 2003. http://writing.colostate.edu/references/research/casestudy/com2a3. cfm.



Untuk mendapatkan e-book kajian kes (Case Study) berserta panduan mengajar (Teaching Guide), sila klik gambar berikut:

21 Jun 2011

Bengkel Perbincangan Pakar Mut Ijtihad

1 Julai 2011
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia


8.00am – 8.30am : Pendaftaran Peserta

8.30am – 9.15am : Pembentangan Kertas Kerja 1
Tajuk: "Mut Ijtihad: Teori dan Konsep"
Oleh: Dr. Irwan bin Mohd Subri

9.15am – 10.00am : Pembentangan Kertas Kerja 2
Tajuk: "Pengisian Mut Ijtihad"
Oleh: Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid

10.00am – 10.15am : Rehat/ Kudapan

10.15am – 11.30am : Sesi Sumbang Saran "Mut Ijtihad"

11.45am : Makan Tengahari

12.30pm : Bersurai


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Dr. Irwan bin Mohd Subri
Pengarah bengkel
013-3543594
Emel: irwan@usim.edu.my

15 Jun 2011

International Conference on Humanities 2011


Hari ini UF bentang kertas kerja dalam International Conference on Humanities 2011 yang diadakan di Royalpark Hotel, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Seminar selama 3 hari bermula 14-16 Jun 2011 dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Pulau Pinang.

Kertas kerja UF bertajuk "Nilai Kemanusiaan Dalam Sistem Agihan Zakat: Kajian Ke Atas Pelaksanaan Agihan Zakat Untuk Ibn Al-Sabil" ditulis bersama oleh Dr. Hasanah Abd Khafidz, Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian ilmu Kemanusiaan, USM.

Abstrak

Ayat qat'i al-thubut dan qat'i al-dilalah dalam Surah al-Tawbah menjelaskan bahawa dana zakat hendaklah diagihkan kepada lapan golongan sahaja, iaitu fakir, miskin, para amil, mualaf, fi al-riqab, orang yang berhutang, fi sabilillah dan ibn al-sabil. Ketentuan ini tidak dapat disangkal lagi mempunyai impak yang besar dalam masyarakat sama ada yang berbentuk ekonomi, pengurusan, pembangunan sosial, dakwah dan juga kemanusiaan. Kertas kerja ini akan membincangkan asnaf ibn al-sabil dengan memberikan fokus kepada nilai kemanusiaan yang wujud dalam sistem agihan zakat untuk asnaf tersebut. Kajian juga akan membincangkan tentang pelaksanaan agihan zakat untuk asnaf ibn al-sabil untuk mengetengahkan bentuk-bentuk agihan yang dahulu pernah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W, begitu juga yang terdapat dalam sumber tekstual fiqh Islam. Seterusnya kertas kerja ini akan membincangkan bentuk-bentuk agihan untuk asnaf ibn al-sabil pada masa sekarang dengan menekankan nilai kemanusiaan dalam setiap agihan selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak nas dan maqasid al-syariah.

Kata kunci: zakat, ibn al-sabil, kemanusiaan, agihan, asnaf
Bidang: Pengajian Islam (Zakat)

03 Jun 2011

Khutbah 3 Jun 2011- Kecemerlangan siri 2

إن الحَمْدَ للهِ نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فهو المهتد، ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا، ونشهد ألا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طب القلوب ودوائها، وعافية الأبدان وشفائها، ونور الأبصار وضيائها، وعلى آله وصبحه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تموتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ


Pencinta-Pencinta Allah Yang Berbahagia!

Pada hari yang mulia ini, khatib memulakan pesanan kepada diri sendiri dan kepada sidang jamaah sekelian agar kita terus serta memantapkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

Jika selama ini taqwa kita hanya di peringkat sarjana muda, maka perlulah kita menyambung lagi hingga ke peringkat sarjana bahkan ditingkatkan lagi hingga ke peringkat doktor falsafah. Barulah dikatakan ada peningkatan dalam taqwa kita sebagai hamba Allah S.W.T. Mimbar pada hari ini akan menyambung lagi perbincangan tentang “kecemerlangan” dalam siri yang kedua.

Sidang jamaah yang dirahmati Allah!

Khatib mengucapkan “Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum” kepada para pelajar program tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia yang baru mendaftarkan diri pada 1 Jun 2011 yang lalu. Tahniah kerana memilih diri anda untuk bersama-sama USIM yang tersohor seantero utara, selatan, timur mahupun barat.

Sekadar sepintas lalu, program Tamhidi (Matrikulasi, Asasi atau Pra-Universiti) bertujuan untuk menyediakan para pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama pelbagai program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Islam Malaysia.

Program ini adalah untuk menepati misi, visi, wawasan dan objektif penubuhan USIM yang ada, iaitu menerusi penekanan kepada aspek pemartabatan Pendidikan Islam, membina kesepaduan antara teori dan amali, melahirkan ilmuan Islam dan juga mengembalikan tradisi keilmuan Islam bersesuaian dengan persekitran teknologi terkini.

Tetamu-Tetamu al-Rahman Yang Mulia!

Setelah berada di USIM selama tiga hari, khatib ingin bertanya, adakah anda masih ingatkan ibu dan ayah? Adakah anda rindu kepada mereka? Jika jawapannya ya, maka anda pelajar yang bijak. Ini kerana dengan kasih sayang, susah payah merekalah anda berada di sini. Sudah tentulah anda perlu menjamin penat lelah mereka dengan langkah dan azam yang padu demi kecemerlangan diri yang sudahpun bermula.

Namun sebaliknya, jika baru tiga hari anda sudah tidak ingatkan ibu dan ayah, maka anda pelajar yang bermasalah. Anda adalah anak derhaka kerana mana mungkin seorang anak melupakan ibu dan ayahnya. Menjadi amanah kepada khatib untuk menyedarkan anda tentang tanggungjawab sebenar anda berada di USIM yang bernilai di bandar Nilai.

Firman Allah Taala:


{يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ}


Yang bermaksud, “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”. Surah al-Mujadalah 11.

Pengajian di universiti tidaklah sama dengan gaya pengajian di sekolah-sekolah menengah. Walaupun tujuannya sama iaitu untuk mendapatkan ilmu, namun bentuk dan kaedah mendapatkan ilmu berbeza sama sekali. Jika anda masih menerapkan “style” pembelajaran seperti di sekolah menengah, sudah pasti anda akan menghadapi kesukaran.

Khatib hanya ingin menyentuh perkara ini secara umum dan tidak berhajat untuk memperincikannya. Anda pasti akan melalui pengalaman berlainan apabila belajar di universiti. Berbahagia dan beruntunglah mereka yang belajar daripada pengalaman itu. Rugi dan malanglah mereka yang langsung tidak sedar mereka ini berada di menara gading.

Ashab al-Fadilah Hafizakumullah!

Apa yang khatib ingin lontarkan bicara pada tika dan saat ini ialah perkara-perkara asas yang sering diabaikan oleh kebanyakan pelajar. Perkara-perkara asas inilah sebenarnya ramuan mujarab kepada seseorang pelajar untuk menggapai bukan hanya 1 kejayaan, bahkan ribuan kecemerlangan.

Renungilah kata-kata hikmah Imam al-Shafie Rahimahullah yang tidak goyah dek genpa bumi, yang tidak hanyut dek tsunami:


أخي لن تنال العلمَ إلا بستةٍ، سأُنْبِيْكَ عن تفصيلِها ببيانٍ: ذكاءٍ وحِرصٍ واجتهادٍ وبُلْغَةٍ وصُحْبَةِ أستاذٍ وطولِ زمانٍ


Yang bermaksud, “Saudaraku! Engkau tidak akan mencapai ilmu kecuali dengan 6 perkara. Aku akan beritahu kepadamu tentangnya dengan terperinci. Cerdik, haloba, kesungguhan, kecukupan belanja, mendampingi guru dan masa yang panjang”.

Cerdik, bukan bererti orang yang bagus keputusan peperiksaan sahaja yang layak belajar. Bahkan semua orang dikurniakan kepandaian oleh Allah S.W.T. Tahap kepandaian sahaja yang berbeza. Sebagai analogi, jika anda tahu enjin anda tidak boleh diisi dengan minyak RON95, maka anda perlu menggunakan RON97 walaupun ia mahal sedikit. Maksudnya perlu ada usaha dan tenaga lebih untuk mendapatkan ilmu. Pandai dan cerdik boleh diusaha, yang penting ada kemahuan.

Haloba, bererti jangan hanya berpada dengan ilmu yang sedikit. Sentiasalah tamak dalam menambah ilmu kerana ia tamak yang memenuhi piawaian halal. Anda kenal Mokhtar Dahari? Beliau penyerang bola sepak terbaik pernah dilahirkan oleh Malaysia. Dikatakan beliau sentiasa haloba dalam menajamkan skil permainan. Datang awal ke tempat latihan dan selepas latihan tamatpun beliau masih berlatih sendirian. Layaklah beliau digelar "supermokh" dan kalau anda tidak haloba sebegitu dalam pelajaran, anda hanya layak digelar "supper student".

Kesungguhan, menuntut anda serius dalam pengajian. Jika tiada kesungguhan, anda hanya akan bertepuk tangan kepada kejayaan orang lain. Sedangkan diri anda tiada siapa yang perasan kewujudannya. Kesungguhan menuntut pengorbanan yang jitu dan jangan hanya bijak mencipta alasan tapi bijak mencipta peluang dan penyelesaian.

Kecukupan belanja, dalam konteks pengajian di IPT Malaysia, anda tidak perlu bimbang kerana ada institusi yang boleh membiayai pengajian sama ada secara biasiswa atau pinjaman. Yang penting gunakan biasiswa atau pinjaman itu untuk kegiatan ilmu seperti membeli buku-buku nota atau rujukan. Jangan pula setiap bulan bertukar handphone atau habiskan kredit ber"sms" dengan makwe atau pakwe kerana jelas ia tiada faedahnya.

Mendampingi guru, perkara yang jarang-jarang berlaku di IPT tempatan. Di USIM, kita mempunyai ramai pensyarah yang berkemahiran pada skala tinggi dalam pelbagai bidang. Ambillah kesempatan bertalaqqi dengan mereka sama ada secara individu atau berkelompok. Tanamkan azam selama 4-5 tahun berada di USIM, anda dapat khatam satu dua kitab kerana selepas bergraduan nanti, peluang ini tidak akan ada lagi.

Masa yang panjang, bererti kegiatan mencari ilmu tidak ada istilah "sudah tamat belajar". Long life learning menjadi budaya semua universiti sekarang ini. Di tahap individu seperti anda, jangan mengharap dalam tempoh 4 tahun, anda sudah layak digelar pakar dalam bidang. Ia memerlukan tempoh yang lama seperti yang dihikmah oleh kata-kata berikut:


اطلبوا العلم من المهد إلى اللحد


Yang bermaksud, "Tuntutlah ilmu daripada buaian hinggalah ke liang lahad".

Hamba Allah Yang Budiman!

Ingat! Ada lagi perkara yang paling penting daripada yang disebutkan. Resipi berikut tidak pernah didedahkan oleh Chef Wan ataupun Chef Ismail. Tidak pula kedengaran ia diakademikkan di Oxford mahupun Harvard. Tidak pula dibuat filem oleh pengarah Ahmad Nisfu atau penerbit David Teoh.

Ia dipetuakan oleh seorang guru yang bukan seorang professor, tidak bergelar Dato’ atau Tan Sri. Namanya tidaklah glamour seperti artis, tapi itulah Wakic guru kepada Imam al-Shafie. Imam al-Shafie Rahimahullah menceritakan:


شَكَوْتُ إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي فَأرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ المعَاصي وَأخْبَرَنِي بأَنَّ العِلْمَ نُورٌ ونورُ الله لا يُهْدَى لِلْعَاصِيْ


Yang bermaksud, “Aku mengadu kepada guruku Wakic tentang hafalanku yang lemah. Lalu beliau menasihatiku untuk meninggalkan maksiat. Beliau juga memberitahu bahawa ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat”.

Subhanallah! Jika bukan cahaya Allah Azza Wa Jalla yang kita dapat, cahaya siapakah yang menerangi kita? Apakah cahaya ngangkung, ceplos dan Pontianak Harum Sundal Malam yang menemani kita?

Ya! Cahaya gelap itulah yang melingkari kita, lantaran banyaknya maksiat yang kita lakukan tidak kira siang, tidak kira malam. Merabailah kita ke hulu ke hilir kehairanan kenapa kita sukar memahami apa yang dipelajari dalam bilik-bilik kuliah. Ku ingatkan silap makan pizza hut, rupanya banyaknya aku punya maksiat!



أيها الطلبة الأعزاء رحمكم الله

كم من طالب يفوق سعيُه ويُجيد دراستَه وتمتاز نتيجتُه في الامتحان، ولكن أخلاقه خاليةٌ، وآدابه فارغةٌ. لو أنتم طلاب في الجامعة الإسلامية، وتدرسون العلوم الدينية، ولكم أخلاقكم أخلاق شيطانية، فيا خسارة مُؤلِمة



وتدبروا قول الحكمة الآتي: ليس الجمالُ بِثِيَابٍ تُزَيّنُكَ، إن الجمالَ جمالُ العلمِ والأدبِ. هذا يعني أنت جميل ليس بسبب الثوب الذي تلبَسُه، فإنه جمال ظاهريٌّ، ولكن أهم الجمال الذي ينظره الله سبحانه وتعالى وكذلك الناس هو أخلاقك وآدابك


وهذا أيضا ما أكّد به رسولُنا المصطفى في حديثه {عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ}، رواه البيهقي


وعَنْ سَعْدِ بْنِ هِشَامِ بْنِ عَامِرٍ قَالَ: أَتَيْتُ عَائِشَةَ فَقُلْتُ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَخْبِرِينِي بِخُلُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ، أَمَا تَقْرَأُ الْقُرْآنَ قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ {وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ}، قُلْتُ فَإِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَتَبَتَّلَ، قَالَتْ لا تَفْعَلْ أَمَا تَقْرَأُ {لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ} فَقَدْ تَزَوَّجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ وُلِدَ لَهُ}، رواه أحمد


نعم، صدقتِ يا أمَّ المؤمنين عائشة، لقد وجدنا رسولَنا وحبيبَنا على خلق عظيم وأنه صلى الله عليه وسلم لأَحْسَنُ أُسْوَةٍ لنا. اللهم ارزقنا متابعة نبيك في أخلاقه حتى نزداد هدانا كما قلت في محكم كتابك ﴿إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
.

10 Mei 2011

Wacana Sumpah dan Qazaf

Tarikh: 14 Mei 2011
Jam: 8.30 pagi hingga 12.00 tgh hari.
Hari: Sabtu
Tempat: Masjid Bandar Baru Salak Tinggi

Aturcara
8.30 - 10 pagi : Pembentang 1
Tajuk: Sumpah dan Qazaf menurut Islam
Oleh: Dr. Zulkefli Mohamad al-Bakri
Ahli Majlis fatwa N9 dan Trengganu, mantan pensyarah USIM, Panel forum RTM, TV3, TV9)

10.00 - 10.30 - minum pagi

10.30 - 12.00 tgh hari: Pembentang 2
Tajuk: Fitnah dan Qazaf dari perspektif pengamal undang-undang.
Oleh: Tuan Hanifa Maidin
Peguam

Anjuran
Persatuan Ulama Malaysia dan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi.

Dijemput semua hadir.

07 Mei 2011

Fiqh Asas (6)

Perkara Yang Membatalkan Wuduk

Perkara yang membatalkan wuduk ada 6 perkara:

1) Apa yang keluar daripada kemaluan depan dan belakang.
2) Tidur dalam keadaan tidak tetap papan punggung.
3) Hilang akal disebabkan mabuk atau sakit.
4) Sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa berlapik.
5) Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.
6) Menyentuh sekitar lubang dubur.

Perkara Yang Mewajibkan Mandi

Perkara yang mewajibkan mandi ada 6 perkara. 3 daripadanya berlaku pada lelaki dan wanita, iaitu:

1) Berlaku persetubuhan.
2) Keluar air mani.
3) Mati.

Dan 3 lagi hanya khusus kepada kaum wanita, iaitu:

1) Haid.
2) Nifas.
3) Melahirkan anak.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

06 Mei 2011

Teks Khutbah (USIM 6 Mei 2011)

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ، القائلِ في محكم تنـزيله (يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ)، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ … فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ




Sidang jamaah yang dirahmati Allah!
Pada hari sayyid al-Ayyam ini, khatib berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang jamaah sekelian agar kita terus serta memantapkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Baja ketaqwaan itu melalui perlaksanaan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Mudah-mudahan dengan itu, kita mendapat lindungan dan keredaan Allah di dunia mahupun di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk "kecemerlangan bermula di sini".

Muslimin yang disayangi Allah!
Universiti Sains Islam Malaysia merupakan universiti yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini. Antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan Negara.

USIM menjulang falsafah "Paduan antara Ilmu Naqli dan Aqli serta budi pekerti yang mulia adalah teras utama membentuk generasi cemerlang dan masyarakat berilmu". Manakala misinya pula untuk menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

Apa yang uniknya USIM ialah ia merupakan saluran bagi pelajar-pelajar aliran agama di sekolah-sekolah menengah agama untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat pendidikan tinggi di Malaysia. Dalam erti kata lain, untuk meneruskan pengajian di USIM, seseorang pelajar perlu mempunyai kelayakan tertentu dalam bahasa arab dan agama kerana pembelajaran dan pengajaran di sini dijalankan dalam bahasa Arab dan Inggeris.

Justeru antara stake holders atau pemegang taruh terpenting di USIM ini ialah mahasiswa dan mahasiswinya. Dengan harapan yang menggunung, diharapkan mereka yang belajar di USIM dapat menjadi pelapis generasi mujtahidin ulung yang silam dalam pelbagai bidang pengajian.
Sekadar memberikan contoh, nama-nama seperti imam al-Syafie, imam al-Ghazali, Sibawaih, Ibnu Sina dan lain-lain lagi merupakan ulama hebat yang meninggalkan legasi ilmu kepada kita. Ilmu-ilmu yang mencakupi pelbagai bidang memperlihatkan kegigihan dan sumbangan tidak ternilai para ulama silam dalam meningkatkan thaqafah atau pengetahuan masyarakat.

Oleh sebab itu kehadiran USIM di persada pendidikan tinggi negara, menyahut seruan firman Allah Azza Wa Jalla dalam surah al-Alaq ayat 1-5:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Yang bermaskud, "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya".

Dengan semangat ayat di atas, USIM bertekad mencipta mutu pendidikan terutamanya yang berteraskan pendidikan Islam. Ini demi merealisasikan hasrat untuk melahirkan generasi baru imam al-Syafie dan yang sealim dengannya.

Tetamu Allah yang bertaqwa!
Pelajar yang menjadi komponen terpenting dalam proses pembentukan pendidikan ini perlu bersedia untuk diproses ke arah kecemerlangan. Justeru, dalam tempoh 4-5 tahun keberadaan anda di USIM, anda perlu memahami konsep fiqh al-Awlawiyyat atau fiqh keutamaan. Yang dimaksudkan dengan fiqh al-Awlawiyyat di sini ialah anda perlu tahu keutamaan pengetahuan dan tindakan anda di USIM.

Keutamaan pengetahuan anda ialah untuk menguasai ilmu dalam bidang pengajian anda. Sebagai contoh, jika anda pelajar program pengajian Quran dan Sunnah, maka keutamaannya ialah menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ulum al-Quran dan al-Sunnah. Jika anda pelajar program pengajian fiqh dan fatwa, maka keutamaannya ialah menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan Fiqh dan Usul yang melayakkan anda menjadi seorang mujtahid. Begitulah juga dalam bidang-bidang yang lain.

Keutamaan tindakan pula ialah anda bijak memilih aktiviti yang bermanfaat selama anda berada di USIM. Melibatkan diri dengan persatuan ataupun kelab serta menjayakan program-program anjuran fakulti mahupun universiti dapat meningkatkan kemahiran dan komunikasi anda. Ia pasti berguna setelah anda bergraduasi dan menempuh alam pekerjaan yang mencabar.

Antara ilmu dan aktiviti juga ada fiqh al-Awlawiyyat. Dalam hal ini yang lebih patut diutamakan ialah ilmu kerana ia perkara pokok. Jangan silap faham dengan kenyataan ini. Khatib tidak menyatakan bahawa ilmu sahaja yang penting. Khatib menyatakan ilmu penting dan aktiviti ko-kurikulum juga penting, tapi ilmu lebih penting dan aktiviti ko-kurikulum sebagai pelengkap.

Maksudnya, jika anda hanya mementingkan aktiviti ko-kurikulum dan mengabaikan pelajaran di kuliah yang menjadi teras keutamaan, maka amat rugilah anda.

Namun yang zahir kelihatan pada realiti, impian murni sejernih air di kali rupanya debu dihujung kaki. Fiqh al-Awlawiyyat yang perlu ditatang, tarku al-Awlawiyyat pula yang digalang. Masakan tidak, ramai pelajar yang tidak endah dengan tanggungjawab yang sepatutnya digalas. Ramai juga yang mengutamakan perkara ranting daripada perkara pokok.

Jika anda mahir menggelecek bola dan menjadi striker pasukan bolasepak USIM di sukan MASUM, anda sepatutnya mahir "menggelecek" ikrab-ikrab nahu dan saraf. Jika badan dan jari jemari anda lemah gemalai mahir menari makyung dan zapin, anda sepatutnya mahir menggemalaikan akhlak dan tasauf. Jika anda mahir suara harmoni, second voice, third voice ataupun bass, anda sepatutnya mahir melunakkan suara untuk bertarannum. Jika anda mahir menangkis tumbukan lawan dalam silat, tae kwon do mahupun karate do, anda sepatutnya mahir menangkis tuduhan dan syubuhat orientalis terhadap Islam.

Bukan bererti anda tidak boleh bermain bola, tidak boleh bernasyid, tidak boleh bersilat, tapi keutamaan mana yang perlu didahulukan. Bukan menangis kerana tidak dapat mewakili USIM dalam mana-mana pertandingan bola atau nyanyian, tapi anda patut menangis teresak-esak kerana tidak mengenal nama-nama kitab turath, tunggang langgang dalam bacaan teks arab, tidak tahu facil mafcul, tajwid lintang pukang dan sebagainya.

USIM tidak mahu pelajarnya bila bergraduan hanya pandai menyanyi semata-mata. Kumpulan Instinct, Interaksee, One Soul, Azra memang sering mengharumkan nama USIM di persada seni tanahair. Kita mahu mereka ini dapat juga mengajar seni vokal kepada orang lain, bukan untuk masuk ke Akademi Fantasia tapi menghargai kurniaan dan nikmat suara dalam mengajak manusia mengingati Allah melalui lagu.

Kita juga mahu graduan USIM bukan sahaja tahu makan maggi, tapi graduan FST contohnya mampu menghasilkan maggi yang halal dan berkhasiat menurut syarak. Kita bukan sahaja mahu mengeluarkan graduan perubatan tapi bakal-bakal doktor ini dapat merujuk kitab-kitab turath apabila berlaku permasalahan berkaitan hukum hakam dalam isu perubatan.

Sidang jamaah yang berbahagia!
Khatib mengomel bukan bererti benci, jauh sekali menghina dan mengeji, tapi ingin memasak motivasi, mencari damai abadi, legasi al-Syafie dan al-Ghazali. Renungilah firman Rabb al-Izzati:


(وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ)
Yang bermaksud, "Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman". Surah al-Dhariyat ayat 55.

Ini kerana khatib menyedari potensi yang bersemi dalam diri anda. Anda boleh menjejak langkah tinggalan ilmuan terdahulu. Anda juga mampu menjadi graduan holistik dengan sifat unggul al-Abrar seperti yang ditarget oleh USIM.

Anda masih ada masa untuk berubah. Gunakan kesempatan yang tersisa untuk bergerak ke arah kecemerlangan diri. Namun awas, jika anda masih leka dibuai mimpi lama, tajuk khutbah pada hari ini yang bertajuk "kecemerlangan bermula di sini" akan berubah menjadi "kehancuran bermula di sini".






أيها الطلبة الأعزاء رحمكم الله
بأيديكم أمانة عظيمة، وبأيديكم مسؤولية كبيرة، فلا تخونوا هذه الأمانة والمسؤولية. نحن المحاضرون، نتمنى أن تكونوا في وعي عال عن سبب وجودكم في هذه الجامعة، ونحن أيضا مستعدون في مساعدتكم دائما في كل أحوال وأوقات.
عملنا هو أن نرشدَ وننيرَ لكم الطريق، فأنتم عابروه وسالكوه. فالاختيار لكم، إن أحسنتم أحسنتم لأنفسكم، وإن أسأتم فلأنفسكم أيضا وليس للآخرين.

قال الله تعالى في محكم كتابه (إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ) سورة الرعد الأية 11.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
.

01 Mei 2011

PKAUSIM

Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) akan mengadakan mesyuarat agong kali pertama seperti berikut:

Tarikh: 10 Mei 2011
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Kuliah Utama FPQS
Masa: 9.00am-1.00pm

Semua kakitangan akademik USIM dijemput hadir!!!


Perjalanan untuk menubuhkan Persatuan Kakitangan Akademik USIM ni dah lama. Sebelum UF pergi sambung belajar tahun 2005 dulu dah ada perbincangan awal sesama pensyarah untuk menubuhkan satu persatuan yang menjaga kebajikan staf akademik. Namun perbincangan tu hanya tinggal perbincangan tanpa ada tindakan susulan.

Bila UF masuk kerja semula pada tahun 2009, barulah dipanggil berbincang semula untuk menubuhkan persatuan tu. Daripada perbincangan tu UF difahamkan semasa tempoh pergi sambung belajar, dah ada usaha daripada beberapa orang pensyarah ke arah penubuhan persatuan. Tambahan pula pihak pengurusan tertinggi USIM pun dah bagi green light.

Bulan November 2009, telah dibentuk satu jawatankuasa penaja Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM). Presiden penaja ialah Dr. Mohd Radhi Ibrahim dan setiausaha ialah Pn. Rizki Perdani Sawai. UF pula diamanahkan sebagai Tim. Presiden.

Dr. Radhi dan UF merangka perlembagaan PKAUSIM dan kami menyediakan dokumen-dokumen untuk mendaftarkan persatuan dengan pendaftar pertubuhan (ROS). Bulan Ogos 2010 Dr. Radhi dan UF menyerahkan borang pendaftaran di ROS Seremban.

Hanya 31 Mac 2011 kelulusan pendaftaran PKAUSIM diperolehi. Sekarang ni menunggu masa untuk mesyuarat agong. UF harap kakitangan akademik USIM dapat memilih AJK PKAUSIM yang berwibawa untuk mengemudi persatuan. Ini semua kerja sukarela dan perlukan komitmen serta pengorbanan yang tinggi untuk kebajikan dan kepentingan banyak pihak.

Yang penting niat ikhlas..... selamat memilih AJK PKAUSIM!!!

15 April 2011

Al-Salam Alaykum

Tadi masa pi amik anak kat sekolah, layan dengar ceramah di radio Kedah.FM. Ustaz tu dok ceramah pasal "salam". Antara intipati ceramahnya ialah pasal galakan Islam terhadap budaya memberi salam.

Antara adabnya ialah orang berdiri bagi salam kepada orang yang duduk. Kumpulan yang sedikit bagi salam kepada kumpulan yang banyak. Orang muda bagi salam kepada orang tua. Anak murid bagi salam kepada guru dan begitulah seterusnya. Pendek kata memberi salam ini menyahut seruan dalam sebuah hadis nabi "أفشوا السلام" yang bermaksud "sebarkanlah salam".

UF teringat masa mengaji di Mesir dulu pasal bagi salam. Ada seorang kawan orang arab Mesir datang ke rumah. Sebenarnya dia bukan kawan UF tapi kawan kepada kawan UF. Arab yang bernama Mimi (orang laki nooo) ni ajak kawan UF berhari raya korban di kampung dia. Kawan UF tak dapat pergi lalu Mimi ajak UF.

UF fikir bagus juga sebab boleh rasa macam mana menyambut hari raya di kampung arab. Perjalanan ke kampung dia ambil masa lebih kurang sejam lebih juga naik keretapi. UF pun dah tak ingat apa nama tempat tu.

Yang UF nak cerita bukan pasal hari raya di kampung Mimi tu, tapi pasal budaya bagi salam di situ. Subhanallah, UF tak pernah tengok budaya bagi salam sesama penduduk macam di kampung Mimi tu. Bayang tengok, masa Mimi bawa UF jalan-jalan sekitar kampung dia, setiap kali terserempak dengan orang kampung, mereka saling memberi/menjawab salam. Baik yang muda mahupun yang tua.

Dalam hati UF ni, Masya Allah tenang hati tengok satu budaya Islam terserlah dikampung tu. Kalaulah budaya tu dapat dipraktikkan di Malaysia, Alhamdulillah. Namun perangai kita ni (termasuk lah UF sendiri), kita hanya bagi salam kepada orang yang kita kenal saja. Orang yang kita tak kenal, jarang sangat atau tidak langsung kita bagi salam. Ye lah takut orang kata buang tabiat, sedangkan itu satu perbuatan yang baik.

Mungkin lepas ni kita suburkan budaya bagi salam sesama muslimin dan muslimat.

Al-Salam Alaykum Warahmatullah Wabarakatuh...

13 April 2011

E-Book Dah 100 Lebih



E-book percuma tentang 3 amalan asas yang menjadi amalan UF telah didownload lebih daripada 100 dah. Mudah-mudahan dengan amalan tersebut, mereka yang mengdownloadnya dapat beroleh kebaikan daripadanya.

Seperti yang pernah UF bagitau dalam post terdahulu dan juga dalam mukaddimah E-book tersebut, natijah yang baik daripada amalan tersebut tidak semestinya akan dapat serta merta. Yang penting sejauh mana keyakinan kita dengan ayat-ayat al-Quran dan kuasa Allah S.W.T.

Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat Astaghfirullah...

Bagi anda yang ingin mendapat E-book percuma tu boleh lawati: http://www.usulifaqih.com/

12 April 2011

Permata Baru




Tarikh 8 April 2011 (Jumaat) jam 9.31 pagi, UF dianugerahkan oleh Allah seorang putera yang comel (usulifaqih Jr.). Due date memang 8hb pun. Minggu terakhir kandungan dr timbang berat baby 3.8kg dan dr suruh masuk wad 7hb.

UF sampai dari LCCT petang Khamis tu ke Airport Penang terus ke Hospital Besar Pulau Pinang bersama zaujah. Ikut perancangan awal nak induce pagi Jumaat dan beranak normal. Bila sampai hospital dan buat pemeriksaan semuanya nampak ok. Lepas Maghrib UF balik rumah di Tekun, USM sambil berdebar menanti hari esok. Maklumlah nak sambut baby baru dan yang bestnya hospital Penang membenarkan suami menemani isteri bersalin.

Pagi 8hb lepas hantar anak-anak ke sekolah, UF dapat panggilan daripada hospital bagitau yang zaujah UF perlu dibedah. Sebabnya masa air ketuban keluar, ia dah bercampur warna hijau. Dr. kata tu tanda baby dah berak dan bahaya kalau dia termakan najis sendiri dan zaujah UF perlu dibedah segera. Dengan kalutnya UF pergi ke hospital dan bila sampai sana parking pula penuh. Terpaksa parking kereta jauh sikit dari wad bersalin.

UF sampai lebih kurang jam 9.30 pagi dan terus ke dewan bedah. Hajat asal nak temankan zaujah bersalin secara normal tapi terpaksa kena bedah pula. Takpalah yang penting ibu dan anak selamat. Di dewan bedah tu UF bertanyakan kepada nurse yang ada kat situ. Dia kata baby dah keluar dan dr. tengah uruskan jahitan zaujah. Alhamdulillah semuanya selamat. UF tanya macam mana saya nak azankan anak dan nurse tu kata tunggu si ibu dan anak keluar sekali nanti.

Selepas tunggu lebih kurang setengah jam, zaujah UF ditolak keluar dari dewan bedah. Dia dalam keadaan sedar tak sedar akibat bius. Kemudian baru anak UF ditolak keluar. Seronok sangat dapat tengok anak dan zaujah selamat. Sebelum UF azan dan iqamatkan anak, nurse menunjukkan dulu keadaan anak dan jantinanya. Lepas tu UF azankan ditelinga kanan dan iqamatkan di telinga kiri anak. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang amat bernilai ini. Syukran ya zaujati kerana mengandungkan dan melahirkan anak untuk UF.

Emmm nampaknya kena buat lagu la jawabnya.....

05 April 2011

Jawapan Teka Teki Fiqh

Bulan Januari lepas UF ada kemukakan 1 teka teki fiqh. Ia berbunyi perkara apa yang "wajib" didahulukan kaki kiri dan dikemudiankan kaki kanan masa masuk. Masa keluar pula "wajib" didahulukan kaki kanan dan dikemudiankan kaki kiri.

Adala pelbagai jawapan yang diberikan. Ada yang menyimpang, ada yang sipi2 dan ada jawapan yang tepat .... dan pemenangnya ialah Ahmad yang memberikan jawapan jeng jeng jeng .... hehehe .... Jawapannya ialah naik bas dan turun bas yang sedang bergerak di Mesir...

Aduhhhhh ni teka teki fiqh menda ni??? hehe... relaks.... ni teka teki yang memang ada kaitan dengan fiqh dan pada masa yang sama merelakskan minda....

Boleh citer sikit tak ustat awat jawapan diaaa laguuu tuuu????

Emmm.... untuk makluman mereka yang tak pernah pergi Mesir... Bas kat sana tak berhenti sepenuhnya di perhentian untuk kita naik atau turun (untuk orang lelaki ja nooo)... so bila kita nak naik bas tu kita kena kejar, lari dan lompat naik.

Nak melompat naik atas bas tu kena ada teknik iaitu lompat kaki kiri dulu dan barulah naik kaki kanan.... Kalau naik kaki kanan dulu, selalunya akan tersangkut sebelah kaki dan nampak sangat orang tu tak biasa naik bas di Mesir hehehe....

Nak turun bas lagi ngeri kalau silap kaki... nak turun daripada bas yang sedang bergerak di Mesir kena kaki kanan dulu.... kalau turun kaki kiri dulu jawabnya macam Ahmad kata laaaa.... menyungkuq ke tanah la sebab kaki kanan tersadung kaki kiri....

Tapi awas!!!! Anda dilarang keras mempraktikkan turun daripada bas seperti itu ketika bas sedang 80km sejam hehehe....

Bagi wanita pun, tak payah la praktikkan gaya turun macam tu sebab bas di Mesir akan berhenti sepenuhnya bila mereka nak turun....

Begitulah citernya.....

05 Mac 2011

Lagu Baru

Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang minta UF tolong buat lagu untuk pertandingan nasyid. Pertandingan ni anjuran Kemneterian Pelajaran. Dah lama gak tak cipta lagu baru. Nak 2 lagu, yang pertama irama tradisional dan yang kedua moden.

Tema tahun ni “Akidah Kukuh Akhlak Terpuji”. Irama tradisional ni mencabar sikit sebab perlu ada elemen tarannum tilawah al-Quran. UF pun bukan terer sangat pasal lagu tarannum al-Quran ni. Dulu pernah belajar gak bacaan tarannum tapi sempat belajar lagu “Bayati” je. Ngaji tak habis……

Emmm setelah berhempas pulas memikirkan lagu yang berirama tarannum, terhasillah sebuah lagu baru ciptaan UF. Lagu tu bertajuk “Kerna Akidah” sempena tema pertandingan nasyid kementerian bagi tahun ni. Entahlah ada elemen tarannum atau tak hehe…

Kalau anda nak dengar lagu tu sila ke Islamy. Selamat mendengar!

Klik banner di bawah:

15 Februari 2011

Isla.my: Laman Sosial Islam Dilancarkan!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Di keheningan subuh 12 Rabiul Awal yang merupakan detik mawlid al-Rasul s.a.w. yang penuh keberkatan ini…… Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah s.w.t. laman www.Isla.my (lebih mudah ditulis dengan satu perkataan, iaitu ‘Islamy’ yang berbunyi ‘islami’) telah dapat disiapkan.

Sempena dengan detik kelahiran baginda Rasulullah s.a.w., maka saya dengan rendah hati ingin menjemput para pembaca sekelian untuk menjadi ahli Islamy dan seterusnya menjemput keluarga dan kenalan untuk sama-sama berinteraksi di Islamy.

Islamy merupakan sebuah laman sosial yang direncanakan untuk menjadi alternatif laman sosial konvensional seperti Facebook dan Myspace. Melalui laman sosial ini, para ahli boleh berinteraksi, berhubung, berbual, menulis blog, menulis di forum, menggunakan perkhidmatan gambar, audio & video dan lain-lain lagi.

Menggunakan nama domain yang berakhir dengan .my bagi menggambarkan identiti Malaysia, Islamy diharapkan dapat memenuhi kehendak umat Islam Malaysia (khususnya) yang mahukan alternatif Facebook.

Sambil memikul tugas berat ini, Islamy berusaha untuk menjadikan laman sosial sebagai satu medium dakwah santai masa kini yang lebih mudah diterima oleh golongan remaja dan belia.

Terdapat banyak cabaran yang telah dilalui sepanjang menubuhkan dan menyiapkan laman sosial ini. Cabaran yang telah diatasi biarkan sahaja berlalu. Cabaran seterusnya ialah menjadikan Islamy mudah diterima dan sentiasa dekat di hati umat Islam serantau terutama golongan berusia 13-30 tahun. Bukan mudah untuk membawa mesej dakwah Rasulullah s.a.w. untuk masyarakat awam.

Untuk itu, saya sangat mengharapkan agar para pembaca sekelian dapat memberikan sokongan kepada Islamy dan memberikan sumbangan idea, ilham, artikel, ceramah, tazkirah dll yang diharapkan dapat juga menjadi saham kita di akhirat kelak. Antara bentuk sumbangan yang tidak ternilai juga ialah sekiranya para pembaca dapat menjadi ahli Islamy dan menjemput keluarga dan rakan taulan yang kini masih berfacebook dsb.

Pada awalnya, saya hanya menjemput beberapa orang sahaja untuk menguji laman ini, tetapi entah macamana, walaupun belum diwar-warkan, dalam masa beberapa hari sahaja keahlian Islamy telah meningkat melebihi 200 orang.

Saya memerlukan ramai sukarelawan & dermawan untuk meneruskan perjuangan di Islamy. Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi editor, moderator, designer, marketer, programer dll sila hubungi saya. Saya tidak mampu memberi imbuhan besar-besaran. Hanya doa yang dapat diberikan semoga sedikit sumbangan kepada agama Islam tercinta akan dihitung sebagai besar di sisi Allah s.w.t.

Klik banner di bawah: