Konsert Solo

17 Ogos 2010

Konsert Solo

Entah mengapa kebelakangan ni, hati amat berhajat nak buat konsert solo. Apa?? Konsert solo??? Sejak UF mula mencipta lagu pada tahun 1993, rasanya dah lebih 30 lagu yang dicipta. Tak pernah pula UF kira berapa banyak lagu yang ada dalam koleksi peribadi. Namun memang dah banyak.

Dulu hajat nak buat album nasyid dah tertunai dengan munculnya kumpulan Instinct. Dalam album pertama kumpulan Instinct yang bertajuk "Kaulah Permata", UF sumbangkan 3 lagu. Ketiga-tiga lagu tu hasil ciptaan UP sepenuhnya, malah UF sendiri yang menyanyikan lagu-lagu tu. 1 trek zikir (ada dimainkan dalam IKIM.FM) dan 2 lagu bertajuk "Itmi'nan" (pernah menduduki carta IKIM.FM) dan lagu arab "Anta Rabbuna". Manakala 3 lagi trek lagu dalam album tu, UF turut sumbangkan suara sebagai suara latar dan harmoni.

Cuma tak tahulah sama ada hajat kali ini boleh tercapai ataupun tidak. Rasanya kalau nak dapatkan penonton, tak ada masalah kot. Anak-anak murid UF di USIM ni pun dah lebih 400 orang. Mungkin dieorang teruja nak tengok ustaz dieorang menyanyi dalam konsert solo (konon-kononnya lah).

Tapi banyak benda jugak nak kena fikir... bajet... masa... training... backup musician dan macam-macam lagilah... Entahlah... kalau tak tercapai pun hasrat ni, sekurang-kurangnya niat baik tu dah dapat pahala (Insya Allah)...

4 ulasan

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz..konsert SOLO??insyaAllah ustaz dapat wt konsert solo....nati jgn lupe bgtaw ea....kami sokong dari blkng....

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

haaa dah ada peminat sorang peminat.. tapi nanti dtg konsert jgn dok blkg pentas lak... sebab selalu org dtg tgk konsert duduk depan pentas

Tanpa Nama berkata...

SALm UTZ...TERUSKN NIAT MURNi 2,NNTI JNGAN LUPA plak bagitau,tkut trlepas,tp buat la show kat USIM dlu...tngu komen dlu

syera mohd berkata...

wah..xsangka ustaz pakar wat lagu!
teruskan dakwah ustaz tu..xramai ada bakat mcm ustaz..heh