24 Ogos 2010

Bukan Setakat Lim Guan Eng Ja....

Hebat Lim Guan Eng ni sampai ada khatib sebut dan doakan dia dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Kenapa Lim Guan Eng? bukannya Chua Soi Lek presiden MCA? Begitulah kepoh dan kecohnya isu ni sejak minggu lepas.

Kita tengok dulu rukun-rukun khutbah Jumaat. Dalam kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah (bab Solat Jumaat) mazhab Syafi'i, rukun khutbah Jumaat ada lima:
1. Bertahmid kepada Allah (Alhamdulillah).
2. Selawat ke atas nabi.
3. Berwasiat (pesan) tentang taqwa.
4. Membaca ayat al-Quran.
5. Berdoa kepada orang mu'min.

Rukun 1-3 adalah wajib dalam kedua-dua khutbah, manakala rukun 4-5 boleh dilakukan di salah satu khutbah sama ada yang pertama atau yang kedua.

Isu mendoakan kepada raja atau sultan dalam khutbah Jumaat adalah seperti berikut. UF sebutkan nas teks arab daripada kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah (bab Solat Jumaat):

أَأَمَّا الدُّعَاءُ لِلسُّلْطَانِ بِخُصُوصِهِ فَفِي الْمُهَذَّبِ لا يُسْتَحَبُّ لِمَا رُوِيَ عَنْ عَطَاءٍ أَنَّهُ مُحْدَثٌ
وَفِي شَرْحِهِ اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى أَنَّهُ لا كَرْه وَلا يُسْتَحَبُّ، وَالْمُخْتَارُ أَنَّهُ لا بَأْسَ بِهِ إذَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ مُجَازَفَةٌ فِي وَصْفِهِ وَنَحْوِهَا وَيُسْتَحَبُّ بِالاتِّفَاقِ الدُّعَاءُ لأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَوُلاةِ أُمُورِهِمْ بِالصَّلاحِ وَالإِعَانَةِ عَلَى الْحَقِّ وَالْقِيَامِ بِالْعَدْلِ وَنَحْوِ ذَلِكَ، وَلِجُيُوشِ الإِسْلامِ
.
Terjemahannya, "Adapun mendoakan kepada sultan dengan khusus, maka dalam kitab al-Muhazzab ia tidak disunatkan kerana diriwayatkan daripada Ata' bahawa ia perkara yang baru dicipta (dibuat). Dalam Syarah al-Muhazzab pula, ulama mazhab Syafi'i bersepakat bahawa ia (mendoakan sultan) tidak makruh dan tidak pula disunatkan. Namun pendapat yang terpilih ialah tidak mengapa mendoakan sultan sekiranya tidak melampau dalam berdoa dan seumpamanya. Sunat secara sepakat ulama mendoakan kepada pemimpin umat Islam dengan kebaikan, agar membantu kebenaran, melaksanakan keadilan dan seumpamanya. Begitu juga sunat mendoakan kepada tentera-tentera Islam".

Amalan khutbah di Malaysia ialah mendoakan kepada Yang Di Pertuan Agong, sultan, kaum kerabat dan pemimpin umat Islam. Tapi bila nama Lim Guan Eng yang disebut dan didoakan kepadanya oleh seorang khatib Us Zakaria Ahmad di beberapa masjid Pulau Pinang, ia menimbulkan kekecohan. Apatah lagi nama Yang Di Pertuan Agong (ketua Islam di Pulau Pinang) tidak disebut secara khusus.

Us. Zakaria Ahmad menjelaskan isu ni dalam akhbar Utusan Malaysia (bukan Harakah) pada 23 Ogos 2010. Beliau mengaku yang beliau menyebut nama Lim Guan Eng dan beliau mendoakan agar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerima hidayah supaya memeluk Islam. Manakala beliau hanya mendoakan secara umum kepada pemimpin umat Islam dan tidak menyebut secara khusus nama yang Di Pertuan Agong.

Kalau ikut hukum fiqh, jika cukup rukun-rukun khutbah yang disebutkan sebelum ini, maka khutbah Us. Zakaria Ahmad itu adalah sah. Cuma dia melanggar etika pembaca khutbah di Malaysia yang digariskan olah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang iaitu tidak menyebut nama Yang Di Pertuan Agong secara khusus.

Menyebut nama atau berdoa untuk orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat tidak salah. Cuba lihat teks kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah di atas, "tidak mengapa mendoakan sultan sekiranya tidak melampau dalam berdoa". Maksud tidak melampau ialah sekiranya seseorang pemimpin itu memang terkenal dengan kezaliman, lalu khatib memuji-muji dan mendoakan dialah pemimpin yang baik, adil dan sebagainya. Perbuatan ini adalah haram kerana meredai perbuatannya yangz alim ataupun kerana ingin "jek" pemimpin tersebut. Namun kalau khatib mendoakan agar Allah beri hidayah kepada pemimpin yang zalim itu supaya dia insaf, maka tidak mengapa.

Us. Zakaria Ahmad sudahpun menjelaskan yang beliau berdoa agar Allah bukakan pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam dalam khutbahnya. Adakah itu salah? Kalau UF jadi khatib, bukan setakat nama Lim Guan Eng ja, bahkan UF akan sebut nama Tiger Wood, Arnold Schwarzenegger, Madonna, Karpal Singh, Chua Soi Lek agar Allah berikan hidayah Islam kepada mereka. Ini kerana mereka ada pengikut yang ramai, kalaulah mereka masuk Islam, Insya Allah kalau tak ramai pun, sedikit daripada pengikut mereka ini juga akan masuk Islam. Inilah strategi yang Rasulullah S.A.W buat bila menyampaikan dakwah. Baginda target pemimpin-pemimpin kabilah yang mana kalau pemimpin ini menerima Islam, maka mudahlah rakyatnya juga menerima Islam.

Wallahu A'lam Bi al-Sawab.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amat malang USIM punya pensyarah begini.Memanglah sudut hukum boleh, tapi wajarkah?Ustaz tu pun dah mengaku yang PENDEKATAN DIA SALAH.

1.Kenapa semasa solat Jumaat? buatlah solat hajat khas.PAS banyak ceramah diakhiri doa, buatlah masa tu.

2.kenapa tak boleh masa solat Jumaat? kalau doakan Tiger Wood orang tak rasa sangat. Guan Eng orang politik.Ada sayang dia (sebab dia CM), ada benci dia (roboh gerai melayu).

3.Kalau boleh, kenapa Kelantan tak amalkan solat Jumaat doa Karpal Singh yang asyik kutuk hudud?

4.Kalau anda pun nak buat begitu bila jadi khatib, tidakkah anda nampak,betapa huru-haranya ia akan jadi? Tak bolehkah solat Jumaat sekejap aman damai?

Saya forward kan blog ini kepada NC dan Tan Sri Shukor agar mereka dapat menasihati anda.

Pensyarah USIM.

usulifaqih berkata...

Pensyarah USIM... terima kasih atas komen anda. UF tak terasa hati pun bila di"malang"kan oleh anda. Kalau betullah USIM malang kerana mempunyai pensyarah malang seperti UF, maka malanglah anda kerana mempunyai rakan pensyarah se"USIM" yang malang.

Kita ahli akademik termasuklah UF sering mengatakan yang kita berpaksi kepada ilmiah. Yang mana betul kita kata betul dan yang mana salah kita kata salah. UF bincangkan isu ni dari sudut ilmiah dan itu adalah pandangan UF.

Imam Malik kata, pendapat setiap orang boleh diterima dan boleh ditolak kecuali pendapat tuan kubur ini (sambil beliau menunjukkan ke arah kubur Rasulullah S.A.W).

Isu wajar atau tidak khatib tu sebut nama Lim Guan Eng bergantung kepada persepsi pendengar. Bak kata anda, kalau yang tak suka dia macam orang UMNO dah tentu kata tak wajar dan salah. Kalau penyokong PAKATAN RAKYAT kata takde masalah.

UF nak perbetulkan fakta sikit. LGE melalui Majlis Perbandaran merobohkan gerai Melayu dan gerai Cina yang tidak ikut peraturan. Tapi biasalah dalam Utusan, perkataan "gerai cina" dan "tidak ikut peraturan" tak pula tercatit. Kalau anda nak berilmiah, pastikan adil kepada semua pihak. Yang benar kena kata benar, yang salah kena kata salah.

Dalam sejarah perundangan Islam, qadi Syuraih walaupun seagama dengan Saidina Ali, tapi tidak menyebelahi kepada Saidina Ali bila beliau tidak dapat mengemukakan bukti dalam mahkamah dalam satu pertikaian kes dengan seorang Yahudi.

UF setuju kalau perkara yang mencetuskan huru hara dikalangan masyarakat perlu dielakkan. Cuma kadang-kadang huru hara tu sebab politik atau jahil atau dengki atau busuk hati atau lain-lain faktor. Menjadi tugas alim ulama untuk menjelaskan kekeliruan dan huru hara tersebut. Sama ada orang ramai menerima penjelasan tersebut atau tidak, terpulang kepada masing-masing. Yang masalahnya terkadang orang ramai nak ulama beri penjelasan yang selari dengan kehendak mereka.

Anda nak forwardkan blog ni kepada siapa pun itu hak anda. Dari satu segi bagus juga sebab NC boleh jadi pembaca tetap blog ni. Kalau anda dapat habuan cepat naik pangkat dengan tindakan anda ni, UF ucap tahniah. La akhafu lawmata la'im.

Anda tidak setuju dengan pendapat UF itu hak anda juga, tapi biar kita semua bersikap profesional. Berhujah, berbahas secara akademik dan ilmiah. UF tidak memaksa mana-mana pihak termasuk pelajar USIM untuk menerima pendapat UF. Juga tidak UF katakan hanya pendapat UF sahaja yang betul. Kita semarakkan dunia akademik di USIM dengan ilmiah yang sihat, bukannya hanya "yes man" atau "no man".

Oh ya, kita di USIM dah tubuhkan Persatuan Kakitangan Akademik. Harap anda dapat bersama-sama untuk kita gerakkan persatuan ni untuk kebaikan bersama dan mengelakkan apa-apa yang malang.

Tanpa Nama berkata...

dari jawapan anda...ada 2 faktor yang perlu dilihat;

1.sudut ilmiah...ini 100% umat Islam setuju sebut nama LGE tak salah.Malah bekas PM Tun Mahathir pun katakan hari ini,dari sisi Islam, tak salah perbuatan khatib tu, tapi BUKAN BUDAYA nak doakan cina dalam solat Jumaat.

2.Anda secara peribadi sememangnya penyokong Khalifah Lim Guan Eng.

Anda nampaknya sangat-sangat menyokong mendoakan LGE dalam khutbah Jumaat? Pastinya ibubapa anda sendiri akan terkejut jika mengetahuinya.

jadi baguslah blog turut diketahui oleh KPT khasnya Timbalan Menteri KPT sendiri yang ambil berat tentang pensyarah berpolitik.

saya bukan orang UMNO tetapi tidak suka solat Jumaat jadi medan politik.

p/s-saya banyak membantu staf USIM dan terlibat dalam mendapat mesin heomodialisis yang isteri anda gunakan sekarang.

anuar berkata...

askm ust.
relax aaa. serangn pribadi & ugut2 ni biasak bila kt nak bg pdpt. kurang2nya, ust open minded, brani kluarkn analisa ilmiah dan x sembunyai2 tanpa nama or pakai nickname.
mcm ni br lah serius, bkn baling batu pastu main nyorok2.
us pnya pdpt siap bawa pdgn fuqahak lgi.

er... musykil gak..kalo xleh sebut nama lge sbb plitik (politikkan masjid & khutbah jmaat), blh x sbut nama org bkn plitik dlm khutbah? mcm siti norhaliza ke heheee, dia pn rmai pminat tmsuk sy :D

anuar berkata...

"tapi BUKAN BUDAYA nak doakan cina dalam solat Jumaat"
tanpa nama mcm racist. agaknye sbb kt usim mlayu je ramai. cina pn rmai yg islam apeee

Hero kg Selamat berkata...

saya pon tk suka tgok org politikkan masjid walaopun nabi bpolitik di masjid... aduh berdosa ke saya ustaz, sebab bukan setakat tak ikut sunnah nabi, malah menentang sunnah.

ustaz, agaknya paling baik jgn sebut nama sapa2 dalam solat kecuali Allah dan nabi.
x ssuai sebut nama madonna masa kutbah. seksi bbenor. kalo maradona xpe lagi. xde la hilang fokus jemaah

tahniah kalo blog ustaz ni menteri2 baca, best la ustaz. saya nak buat ucapan sikit boleh tak?

slamat hari raya, maaf zahir batin ye tan sri. bagus la sbb izinkn pnsyarah masuk politik. moga2 lepas ni dewan parlimen n rakyat lebih murni dgn hujah2 ilmiah n lengkap ngan data2 tepat, bukan mcm skrg, maluuuu tgok

khaidir berkata...

kata negara demokrasi.. baru terbitkan pendapat sedikit dah menyalak-nyalak.. kadang-kadang kelihatan Islam itu dimusnahkan oleh ummatnya sendiri, bukannya dari musuh Islam.. na'uzu billah

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz..menarik pendapat ustaz..
ustaz memg the bez..penadapt ustaz x goyah,,walupun puting beliung melanda..setuju.kite mbri pndangan dr sudut ilmiah...yang benar dikatakan benar dan yang slah dikatakan salah..:)

usulifaqih berkata...

Berbahas, berdiskusi, berdebat, berilmiah biarlah dengan penuh adab. Takkan hina diri jika pendapat kita tak diterima. Takkan tersampai tangan menggapai bulan biarpun pendapat kita diterima semua orang.

Tanpa Nama berkata...

yang benar tetap benar dan yang salah pasti salah, harap UF teruskan bercakap yg benar, mudah2han semua kakitangan dan penuntut usim dapat ilmu dan maklumatyang benar...untuk makluman, NC USIM orang kuat politik.terima kasih atas pandangan UF yang diterima dengan berlapang dada.