Kenapa Tak Update?

18 Julai 2010

Kenapa Tak Update?

Ada 2-3 orang pengunjung blog yang bertanyakan kepada UF, kenapa UF tak update blog ni dalam tempoh yang lama. Yeahhh bukan UF taknak update tapi USIM buat polisi blog peribadi kena block sepanjang waktu bekerja. Ia hanya dibenarkan dilayari selepas ja 6 petang.

Bukan sahaja blog peribadi (tapi tak semua blog disekat), facebook, youtube dan laman-laman sosial yang lain turut diblock. Tujuannya untuk menyekat staf USIM dari melayari laman-laman web tersebut ketika waktu bekerja dan meninggalkan tugasan hakiki.

Bila kondem polisi universiti, staf boleh dikenakan tindakan tapi polisi USIM yang dok block blog-blog tertentu memang menyukarkan. Bayang tengoklah, laman Us. Zaharudin.net yang selalu dok tulis pasal muamalat pun boleh kena block. Apa hal? Kot la laman sex takpelah kalau nak disekatpun.

Kadang-kadang lecturer macam UF ni cari bahan atau maklumat nak tulis artikel atau buat paper work melalui internet. Bila dah kena sekat macam ni memang susah sebab terhad. Sapa la nak tunggu sampai pukul 6 lebih kat pejabat semata-mata nak surf internet. Kalau buat polisi pun biarlah tidak menyekat perkembangan ilmu.

Bukan UF takde komputer kat rumah, tapi notebook kat rumah dah pening. Terkadang balik rumah dah penat otak, memang tak larat dah nak on komputer. Tolonglah orang atas, fahamilah keadaan dan raikanlah teknologi yang ada. Kalau didapati ada staf yang asyik melayari laman web dan tak buat kerja, hukumlah dia. Kenapa seorang saja yang berak tengah jalan, habis semua kena cuci?

4 ulasan

Shukor berkata...

Slm ust. Laman kewartawanan Usimkini.blogspot.com pn ditutup. Apakah?

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

Tu lah.... mungkin kita patut cadangkan agar laman web usim sendiri diblock masa office hour

Puteri berkata...

facebook dekat library tak kena blok pulak..
upss
:D

Puteri berkata...

laman berita pun block. nmpk sgt xadil. utusan ok, kosmo ok., harakah xok.

sbb politik?
abes yg len tu..
xpolitik?