Beban Cikgu Je Ke?

02 April 2010

Beban Cikgu Je Ke?

Kuala Lumpur 31 Mac - Tim. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran juga berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahawa guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejas tumpuan kepada tugas mengajar...... Ditanya mengenai beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, Muhyiddin berkata, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa. ----> Sumber Utusan Malaysia.

UF nak ulas sikit tentang perkara ini. Sebenarnya para pensyarah seperti UF di IPT juga menanggung beban kerja yang berat. Kerja hakiki pensyarah ialah mengajar, menyelia, menerbitkan penulisan, membuat penyelidikan dan memberi khidmat masyarakat. Namun realiti yang berlaku di universiti seperti USIM, beban pensyarah bukan sahaja yang disebutkan tadi. Malah mereka turut dibeban dengan tugas-tugas sampingan yang lain yang boleh membantutkan kerja hakiki mereka.
Bagaimana negara hendak melahirkan universiti bertaraf penyelidikan jika pensyarah tidak sempat hendak melakukannya. Begitu juga dengan penulisan, bagaimana negara hendak menghasilkan penulisan-penulisan ilmiah yang bermutu jika pensyarah dibeban dengan tugas lain.
Sebagai contoh, jika fakulti hendak menganjurkan seminar, persediaan untuk itu selalunya mengambil masa pensyarah yang banyak. Pensyarah-pensyarah yang terlibat sudah pasti akan menumpukan perhatian kepada urusan dan tugas seminar tersebut. Sebulan sebelum seminar bermula. Itu adalah waktu kritikal yang memerlukan tumpuan penuh daripada AJK (pensyarah) yang terlibat. Ketika itu aktiviti penulisan dan penyelidikan pensyarah akan terhenti.
Terkadang dalam setahun bukan 1 seminar sahaja. Sebagai contoh di FSU, USIM ada seminar kebangsaan/antarabangsa, program diskusi ilmiah dalaman, public lecture dan sebagainya. Kalau purata penyediaan 1 program besar mengambil masa 4 bulan, bila masa pensyarah nak menulis penulisan ilmiah atau menjalakan penyelidikan? Orang yang tidak pernah terlibat dengan penganjuran program besar tidak tahu, betapa masa dan keringat yang dicurahkan oleh AJK yang terlibat. Untuk makluman, yang terlibat semuanya para pensyarah.
UF nak bagi contoh lagi, Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh USIM akhir tahun 2009. Urusetianya ialah FSU dan UF lihat betapa teruknya rakan-rakan pensyarah UF "didera" untuk menjayakannya. Terkadang balik rumah jam 10 malam. Begitu teruk pensyarah mencurahkankan keringat, berapa peratus sahaja yang dapat untuk markah penilaian prestasi?
Sedangkan yang dinilai sebetulnya dan yang tinggi markahnya ialah pengajaran, penulisan dan penyelidikan. Terlibat dengan aktiviti atau universiti hanya dinilai lebih kurang 5% sahaja. Itu baru terlibat dengan aktiviti fakulti, belum dikira aktiviti peringkat universiti. Sebab itulah Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu membuat kajian mengenai beban pensyarah IPT negara.
UF percaya pensyarah-pensyarah yang ada di IPT sememangnya komited untuk menghasilkan penulisan dan penyelidikan ilniah yang bermutu. Namun kekangan dan bebanan tugas yang bukan hakiki telah membantutkan usaha itu. Yang UF sebut tu, hanya 1 contoh sahaja. Banyak lagi contoh-contoh beban tugas bukan hakiki yang terpaksa ditanggung oleh pensyarah. Ini semua membantutkan tugas hakiki para pensyarah.
UF dan rakan-rakan pensyarah lain bukan hanya pandai mengomel sahaja. Kami dah jayakan banyak program-program fakulti dan universiti. Pihak pengurusan tertinggi fakulti dan universiti jangan hanya menuding jari kepada pensyarah mengatakan kami kurang penulisan dan penyelidikan.
Kalau cikgu-cikgu sekolah bakal mendapat perhatian yang sewajarnya, kenapa tidak kami golongan pensyarah??? Kami juga terbeban....

1 ulasan

naseebah (asfal awliya') berkata...

try tengok jadi cikgu..muahahaha... bleh sakit jiwa kalau x jaga perasaan nih....sgt2 kena banyak sabar..keja apa pun ada beban..tapi bila ade yang mengeluh tentang beban cikgu,dh terjun jd cikgu ni baru faham kenapa org ckp ada beban... semuanya salah cikgu kalau tekurang apa2...xsalah kerani..xsalah pelajar..semua nya cikgu yg salah sedangkan itu xsepatutnya jd kerja seorang guru..bila dibebani benda camtu,tugas nak mengajar dan mendidik jadi kelam kabut,kerja cikgu zaman sekarang bukan masuk kul 7 balik kul 1...skang ni masuk kul 7 balik kul 5.30...kalau ditambah dgn kerja kokurikulum,balik kul 7...dahla kebanyakan guru perempuan yang dah kawin,cuba bayangkan dengan penatnya balik dh kul 7 mlm,nak dibuat plak kelas tambahan setiap sabtu ahad,dan juga kerja2 lain disekolah,kursus2 setiap sabtu, kesian suami dan anak2..yang bujang ni takpalah,boleh lg sabar, family pun xdak depan mata,blehla nk saba,yang suami dgn anak tgu kat rumah mcm tunggul tu??? fikir2kan...hehe