30 Januari 2010

Tamsil

Semester kali ni UF kena mengajar Fiqh al-Munakahat. Untuk tutorial UF dok fikir apalah nak isi atau nak ajar sebab UF tak berminat suruh pelajar hanya mengulang balik apa yang dipelajari dalam kuliah. Alhamdulillah dapatlah satu idea iaitu "tamsil" atau lakonan. Jadi UF bagi beberapa tajuk untuk pelajar dan setiap tajuk akan dilakonkan oleh 2 pelakon utama yang berkaitan dengan Fiqh al-Munakahat.

2 pelakon utama ni boleh minta bantuan pelakon-pelakon tambahan tapi markah hanya diberikan kepada mereka berdua sahaja. Sebelum bermulanya lakonan untuk kelas tutorial ni, UF bimbang juga takut-takut pelajar tak reti nak laksanakan sistem lakonan ni. Namun rupanya mereka begitu kreatif "melakonkan" tajuk pertama yang diberi iaitu al-Khitbah (pertunangan). Semua lakonan dijayakan dalam bahasa arab. Kita saksikan lakonan hebat mereka:

DRAMA 1

Babak 1: Kelihatan si jejaka sedang "mengayat" si dara. Beginilah lebih kurang dialog mereka:


الرجل: أنا أحبك وأريد أن أتزوجك
المرآة: م م م.. ما زلت أدرس في الجامعة، ولكن هل أنت تحبني بالتأكيد؟
الرجل: نعم أنا أحبك جدا
المرآة: إذًا اذهب إلى بيتي لتخطبني

Babak 2: Si jejaka pergi ke rumah si dara berjumpa dengan "bakal" bapa mertua.


الرجل: السلام عليكم يا عمي
أبو المرآة: وعليكم السلام
الرجل: هل يمكن أن أدخل، عندي حاجة كبيرة
أبو المرآة: نعم تفضل

Babak 3: Si jejaka menyampaikan hajat di hati.


أبو المرآة: قلت بأن لديك حاجة، ما هي؟
الرجل: في الحقيقة يا عمي، أنا أحب بنتك وأريد أن أتزوجها، فهل تأذن به؟
أبو المرأة: ليس عندي مانع ولكن أنا سأسألها أولا
Babak 4: (Maaf tiada gambar). Si ayah bertanyakan kepada anaknya sama ada bersetuju menerima lelaki tadi. Si anak bersetuju dan si jejaka pun memberikan sebentuk cincin tanda pertunangan mereka.

Babak 5: Emak menyarungkan cincin pertunangan ke jari anak perempuannya. TAMAT.


DRAMA 2
Mengisahkan seorang "janda" yang kematian suami dan anak perempuannya.

Si anak diminati oleh seorang jejaka (dilakonkan oleh si baju hijau). Kelihatan si "jejaka" memberi hadiah kepada aweknya. Si pakwe kata akan pergi ke rumah untuk meminangnya dan si awek pun suka.

Kelihatan si pakwe bersama rombongan meminang datang ke rumah si awek. Beginilah dialognya lebih kurang:


الأم: ما الحاجة التي تحملكم إلى بيتي؟
وكيل الرجل: عندنا حاجة لنقتطف الزهرة في بستانك
الأم: جيدا، عندي زهرة واحدة فقط في بستاني وهي بنتي، إذًا أنتم تريدون أن تخطبوا بنتي؟
وكيل الرجل: لا أنت أخطأت. نحن نريد أن نخطبك أنت وليست بنتك
الأم: هااااااااا هل أنت متأكد؟
الرجل: نعم يا عمتي، في أول الأمر أنا أحب بنتك، ولكن عندما رأيتك، وقعت في حبك وأريد أن أتزوجك بدلا من بنتك
الأم: إذًا أنا أوافق لأنني ثيبة

Fuhhh... ingatkan nak meminang anak, rupa-rupanya pi meminang si emak... ala-ala iklan dafi dengan amani la tu.... hehehe

UF bagi kredit la untuk para pelajar yang melakonkan drama-drama hebat ni... tahniah

20 Januari 2010

DIMASHQU (18)

Setelah selesai solat Jumaat aku berjalan-jalan di sekitar kawasan masjid untuk mengetahui apa yang ada di situ. Nampaknya terdapat kedai-kedai runcit, kedai menjual ayam, kedai sayur-sayuran dan sebagainya. Jadi senanglah nanti kalau nak beli keperluan dapur kerana banyak kedai di situ. Aku berjalan lagi ke jalan besar meninjau apa yang ada di sana. Kelihatan ada kedai roti dan 2-3 buah kedai makanan dan minuman.

Bila sampai ke sebuah kedai minuman, aku tertarik dengan sejenis minuman berwarna putih yang diletakkan dalam balang besar. Tanpa bertanya apa-apa aku terus memesan segelas air putih itu untuk menghilangkan dahaga. Sangka aku itu ialah air "Sobia" (air kelapa bercampur susu seperti di Mesir), namun bila aku mula meneguk minuman itu aku tergelak sendirian dalam hati. Bukannya air Sobia tetapi susu masam (yogurt) dan terpaksalah aku menelannya sampai habis dalam keadaan terpaksa.

Selesai minum, aku pun pulang menuju ke rumah dan aku berkira-kira selepas solat Asar nanti aku akan keluar bersama isteriku untuk membeli sedikit makanan dan barang dapur. Bila kedengaran azan, aku pergi ke masjid untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Kemudian aku pulang ke rumah dan mengajak isteri dan anakku untuk ke kedai membeli sedikit barang. Walaupun ada kedai runcit berhampiran dengan rumah aku, tetapi kedai itu agak kecil dan aku lihat tidak banyak barangan yang dijual.

Aku mengajak isteriku untuk ke kedai lain yang terletak di bahagian depan masjid. Di situ aku dan isteri melihat-lihat dulu barang-barang yang ada. Anak aku awal-awal lagi dah minta untuk dibelikan gul-gula dan makanan ringan. Kami membeli barang makanan seperti beras, gula, sardin, megi, biskut kering dan sebagainya. Kami tidak membeli banyak barang, cukup sekadar untuk sehari dua dulu.

Ketika inilah aku pertama kali berinteraksi dengan orang arab Syria. Kedengaran bahasa arab pasar di sini memang berlainan sama sekali dengan bahasa pasar di Mesir. Ada beberapa istilah yang langsung aku tidak fahami, begitu juga bila aku bertanya jumlah harga barang yang aku beli, aku mengambil masa untuk memahami apa yang tuan kedai itu kata. Namun aku mula belajar beberapa istilah bahasa pasar arab Syria. Setelah itu kami pun pulang ke rumah.

Bersambung...

18 Januari 2010

Di Persimpangan...

Terpaku di dua persimpangan,
Ke kanan atau ke kiri,
Yang pasti ia membuatku keliru,
Ke kanan ku merana,
Ke kiri ku tersiksa,
Yang terperangkap hanyalah aku,
Seringkali nafsu memujuk,
Memberontak agar menapak,
Tangga pelangi yang rapuh,
Pantas aku menyedar,
Aku takkan tewas mengalah,
Kerana masih ada tersangkut,
Iman yang tipis di poket jiwa.

17 Januari 2010

Bila Dah Ada Bakat (Part 1)

Dulu memang UF minat menyanyi dan masa sekolah rendah, UF selalu mewakili sekolah ke pertandingan nyanyian. Yang paling UF ingat ialah dapat mewakili daerah Kulim (Kedah) ke pertandingan nyanyian lagu-lagu Sudirman di Alor Star (tahun 1987 atau 1988). Walaupun tak menang tapi dapat berjumpa dengan Allahyarham Sudirman kerana dia sendiri yang menyampaikan hadiah dan dapat juga autograf dia yang berbentuk muka orang.

Bila masuk sekolah agama aktiviti nyanyian dah berkurangan, ye lah sebab dah kena hafal al-Quran takkan nak menyanyi lagi. Di Ma'had agama tu ada kumpulan nasyid (Sautul Abrar) tapi UF tak terpilih pun untuk menganggotainya. UF tak kisah pun.

Bila dapat sambung belajar di Universiti al-Azhar dan Raya Aidil Fitri yang pertama di rantauan, pelajar-pelajar Pulau Pinang buat satu majlis. Dibentuklah satu kumpulan nasyid yang diketuai oleh Rosli Osman (Allahyarham). Rosli minta UF jadi vokalis namun disebabkan tak dapat menguasai lagu yang dia bagi, UF diturunkan pangkat main gendang je. Dari situlah UF mula terlibat dalam dunia hiburan kesenian Islam.

UF bersama Allahyarham Rosli ditempatkan di cawangan Universiti al-Azhar yang bernama Damanhur, lebih kurang 2 setengah jam dari Kaherah. Di Damanhur kami berdua dan rakan-rakan yang lain membentuk satu kumpulan nasyid yang bernama Thaurah (Revolusi) dan selalu membuat persembahan sempena majlis-majlis yang dianjurkan oleh persatuan pelajar. Vokalis utamanya ialah Rosli sendiri dan UF pemain gendang utama kumpulan tu.

Kelebihan Allah yarham Rosli ni ialah dia boleh cipta lagu dan kesemua lagu-lagu ciptaannya memang sedap didengar. Tahun 1993 kumpulan Thaurah yang mewakili Damanhur masuk pertandingan nasyid sempena bulan kemerdekaan dan Alhamdulillah dapat no. 4 dan persembahan terbaik.

Setelah Rosli berkahwin dan berpindah ke Mansurah tempat isterinya belajar, dia bagi amanah kepada UF untuk mengetuai kumpulan Thaurah. Masa kami bersama-sama, dia bagi semangat dan petua macam mana nak cipta lagu. Dialah mentor UF dalam penciptaan lagu dan lagu pertama yang UF cipta hasil dorongannya ialah lagu berentak boria.

Segala puji hanya kepadaMu Tuhan,
Selawat dan salam untuk Rasul junjungan,
Kami dari Thaurah ingin mempersembahkan,
Di samping itu mari kita renungkan.

Inilah rangkap pertama dari lagu pertama yang UF cipta tu. Seterusnya dari situ lagu demi lagu UF cipta dan setiap kali kami masuk pertandingan nasyid atau ada majlis di Damanhur, kumpulan Thaurah akan membuat persembahan dengan mendendangkan lagu ciptaan UF dan rakan-rakan yang lain. Tahun 1994 Thaurah menyertai pertandingannasyid anjuran PMRAM sempena bulan kemerdekaan dan kami berjaya naik setapak (no.3) dan berjaya mempertahankan persembahan terbaik dengan mempertaruhkan lagu ciptaan UF yang bertajuk "Penantian Yang Pasti".

Pasti kembali bersinar lagi,
Bak sang suria memancar sinarnya,
Pasti kembali di saat ini,
Islam kembali memerintah dunia.

Diari hitam ibarat mawar,
Kembangnya tiada layu melanda,
Agar ia mekar dan segar,
Perlu disirami dengan mujahadah.

Sejarah membuktikan keadilan Islam,
Membawa rahmat ke seluruh alam,
Biar berjuta tangan menghalang,
Namun sinarnya tidakkan hilang,
Pudarnya kini umpama gerhana,
Hanya sementara,
Esok untuk Islam 2 x
Islam kan gemilang.

Ini lagu ciptaan UF yang dapat no. 3 dalam pertandingan tu, namun sebenarnya lagu ni ada 4 rangkap cuma UF sendiri dah terlupa rangkap ke 4 tu.

Pendek kata sepanjang UF berada di Mesir selama 6 tahun UF memang selalu terlibat dengan persembahan atau pertandingan nasyid sama ada dengan kumpulan Thaurah atau Sinar Mutiara (Pulau Pinang). Dah berpuluh lagu yang UF cipta tetapi hanya tersimpan sebagai koleksi peribadi UF sahaja. Antara persembahan besar yang pernah UF terlibat bila Kumpulan al-Saff jemput UF sebagai pemain gendang latar dalam satu persembahan di Asrama Melayu di Abbasiah (kalau tak silap tahun 1996) sempena pelancaran album kumpulan itu.

07 Januari 2010

Kenduri Kesyukuran


Semalam UF dijemput untuk menghadiri kenduri kesyukuran sempena kemenangan USIM dalam pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 12-13 Disember tahun lepas. UF tak sempat nak tulis post tentang kemenangan tersebut. Alhamdulillah perserta-perserta USIM menyapu bersih tiga kategori iaitu penghujah terbaik, hujahan bertulis terbaik dan johan keseluruhan.
Terasa bangga sebab UF jadi jurulatih dan pengiring mereka dalam pertandingan tersebut. Walaupun kemenangan USIM dipertikai banyak pihak kerana kata mereka USIM bias sebab USIM sendiri yang jadi penganjur, tapi sebenarnya para hakim bukan terdiri daripada staf USIM. Para hakim semuanya orang luar iaitu hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Rendah Syariah dan dipantau oleh Persataun peguam Syarie Malaysia.
Takpelah, biasalah adat pertandingan menang kita seronok, kalah kita tak puas hati dan pertikai sana sini. Apa-apa pun UF ucap tahniah kepada semua mooters yang berjaya tempoh hati dan timbalah pengalaman ini untuk masa akan datang.

04 Januari 2010

Artikel di Berita Harian

Hari ni artikel tulisan UF keluar di Berita Harian yang bertajuk "Pelajar Syariah Perlu Nilai Tambah Baru". Sebenarnya UF hantar hari Jumaat lagi tapi pengarang minta UF hantar gambar sekali, itu yang baru keluar artikel tu hari ni. Artikel ni digarap dari projek penyelidikan FRGS yang sedang dipohon oleh UF. Projek ini sudah melepasi peringkat USIM dan sedang mendapat kelulusan KPT (doakan UF dapat projek ni).

UF nak cadangkan supaya diwujudkan 1 subjek yang dipanggil "Mut Ijtihad (al-Ijtihad al-Suriyy)" yang diadaptasi daripada subjek "Moot Court" dalam bidang undang-undang. Untuk memhami apa itu Mut Ijtihad, anda bolehlah baca artikel tersebut untuk gambaran awal.

01 Januari 2010

DIMASHQU (17)

Kami akhirnya sampai di satu kawasan yang bernama Sina'ah. Bangunan (Imarah) di situ sama saja di Mesir iaitu bangunan 3-4 tingkat macam rumah flet. Rumah penginapan aku terletak di tingkat bawah sekali (Ardiah) di sebuah lorong kecil. Setelah membayar tambang pengangkutan sebanyak 400 Lira, kami mengangkut beg-beg ke dalam rumah. Alhamdulillah nampaknya rumah ni besar juga, ada 2 bilik dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

Salah satu bilik ada katil kecil dan almari, manakala satu bilik lagi tu memang besar sungguh tapi dijadikan bilik ruangan tamu. Tidak ada katil di situ, yang ada cuma tilam sofa di lantai yang diletakkan di sekeliling bilik seperti yang kita tonton dalam filem-filem arab. Rosli dan Aminuddin duduk sekejap bersembang dengan aku tentang kehidupan di Syria sebelum mereka minta izin untuk pulang memandangkan waktu Jumaat hampir tiba. Tapi Rosli kata dia akan datang semula selepas Asar nanti.

Setelah mereka pulang aku dan isteri mengeluarkan barang-barang daripada beg terutamanya barang makanan. Selepas itu aku ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat yang pertama di Syria. Cuaca hari itu memang sejuk kerana baru lepas hujan dan jalan-jalan di sekitar rumah hingga ke masjid kelihatan sedikit becak. Masjid dengan rumah penginapan aku tidaklah jauh lebih kurang 200-300 meter saja.

Aku masih ingat lagi antara isi khutbah pada hari itu ialah khatib berdoa agar Allah turunkan hujan. Dalam hati aku berkata biar betul khatib ni, cuaca sejuk yang amat sangat macam ni pun minta hujan turun lagi. Selalunya di Mesir dulu, hujan hanya turun pada musim sejuk dan bila hujan turun kesejukan akan bertambah sejuk lagi.

Bersambung...