Kenapa Aku Serba Kekurangan...?

02 November 2009

Kenapa Aku Serba Kekurangan...?

Seringkali kita merasakan ada banyak kekurangan dalam diri kita yang menyebabkan kita berasa rendah diri. Kenapa aku tidak dapat no. 1 seperti orang lain? Kenapa aku tidak pandai menyanyi seperti orang lain? Kenapa aku tidak pandai main bola seperti orang lain? kenapa... kenapa dan kenapa aku....?

Ya... persoalan-persoalan itu memang pernah menghantui diri UF. Terasa amat kerdil diri ini jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Perasaan cemburu dan sakit hati akan terasa dalam diri bila melihat orang lain "pandai" itu dan "pandai" ini. Apa yang aku pandai buat??? Nak kata pandai ceramah, orang lain lagi hebat berceramah. Nak kata pandai dalam pelajaran, orang lain lagi hebat sampai dapat first class atau mumtaz/jayyid jiddan. Bla Bla Bla....

Tapi bila difikir dan direnung balik, takkanlah diri UF tiada kelebihan langsung. Apakah hanya ada kekurangan dalam diri UF ni. Lama UF "mengkaji" dan "melihat" diri UF yang diciptakan Allah yang Maha Agung. Adakah Allah ciptakan UF untuk berduka mengenang nasib yang penuh kekurangan atau untuk apa?

Hakikat diri UF tak setanding orag lain dalam serba serbi memang tidak boleh dinafikan. Memang hakikatnya UF tak pandai dalam banyak perkara, hanya tahu sikit-sikit sahaja. Ceramah, bolehlah sikit-sikit malah sampai sekarang pun masih belajar berceramah. Sebab tu terkadang ceramah jadi lancar, terkadang pulak lintang pukang (diri sendiri pun boleh tahu). Main bola pun tahu sikit-sikit, bukannya pandai pun cuma dah minat bersukan terutamanya main bola.

Menyanyi pun tahu sikit-sikit, walaupun waktu sekolah dulu selalu jadi wakil ke pertandingan menyanyi. Baru UF tahu yang suara UF tak sesuai jadi penyanyi, tu pun tahu bila UF masuk studio nak rakam album INSTINCT, pemilik studio kata UF tak boleh nyanyi sebab pakai suara hidung (ala ala sengau la tu). Dengar suara sendiri pun rasa malu.

Tapi setelah lama "melihat" diri sendiri dan mengkajinya, barulah UF tahu dan sedar rupanya "kelebihan" diri UF ialah tahu buat semua perkara sikit-sikit. Alhamdulillah, rupanya itulah kelebihan yang Allah anugerahkan untuk UF. Perkara yang asalnya dianggap kekurangan tapi sebenarnya kelebihan bila kita berfikiran positif dalam hidup kita.

Bukan tujuannya UF nak mendabik dada, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Kalau anda di luar sana selalu rasa rendah diri sebab banyak kekurangan, ingatlah pasti ada kelebihan (kalau tak banyak pun, ada sikit) dalam diri anda yang Allah kurniakan. Berbangga dengan diri anda sendiri dan bersyukur dengan kurniaan Allah itu. Sedarlah walaupun seseorang itu berwajah cantik (contohnya) yang dianggap satu kelebihan, tidak semestinya orang itu lebih dalam perkara lain.

Mungkin terkadang ada seorang yang mempunyai kelebihan dalam banyak perkara: cantik, pandai, kaya dan sebagainya, tapi diri kita juga tetap ada kelebihan. Mungkin kelebihan itu belum dapat ditonjolkan kerana kita asyik dikalahkan dengan perasaan serba kurang.

Yang penting ialah kita berfikiran positif dan berpeganglah dengan moto:

"Aku tidak hidup disebabkan pujian orang dan aku tidak mati disebabkan cemuhan orang".

6 ulasan

naseebah (asfal awliya') berkata...

suara hidung..ala ala sengau la tu.. hahahaha..tau takpa...muahahahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

"Aku tidak hidup disebabkan cemuhan orang dan aku tidak mati disebabkan pujian orang".

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

macam pernah dengar je ayat ni...

Ummu Muhammad wa Nur berkata...

Salam, ustaz.. Hm, isu ni la yang tengah bermain dalam fikiran saya. tak nampak apa kelebihan yg ada pd diri ni, macam tak ada aje.. kekurangan tu nampaklah.. hm.

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

najihah... cuba renung dalam diri... ada 1-2 benda yang ada pada diri kita yang takde pada orang lain... cuma kita tak perasan je... kalau puas cari kelebihan diri tapi still tak jumpa gak... so what? kita akan mati? kita akan sakit? kekurangan lah kelebihan kita... sekurang-kurangnya kita tahu diri kekurangan tu tandanya kita insaf dengan keagunagan Allah Taala... so moral of the story... jangan jadikan kekurangan diri benda yang negatif tapi positifkan ia....

Ummu Muhammad wa Nur berkata...

Hm, terima kasih ustaz..
Positifkan kekurangan diri.. Doakan saya..