Ulasan Bengkel Lilin

03 September 2009

Ulasan Bengkel Lilin

Pembentangan pada hari tersebut dimulakan oleh En. Ann Wan Seng yang menyentuh mengenai adat orang cina dalam pengurusanmayat orang cina. Beliau membahaskan 3 aspek penting iaitu:
1. Adat kematian orang cina.
2. Upacara Pengkebumian orang cina.
3. Pantang larang kematian orang cina.

Persoalan yang timbul dan ada kaitan dengan pembincangan bertitik tolak dari tindakan YB Dato' Sri Nizar Jamaluddinyang memegang lilin dan memakai baju warna hitam dalam satu majlis yang dikatakan sempena memperingati kematianTeoh Beng Hock. Menurut En. Ann Wan Seng, penggunaan lilin bukanlah upacara agama orang cina, malah ia lebih kepada adat dan lilin bukanlah unsur terpenting dalam urusan kematian orang cina berbanding colok.

Dari segi pakaian pula, selalunya anak si mati akan memakai baju warna hitam, cucu akan memakai baju biru, cicit akan memakai baju hijau dan menantu akan memakai baju putih. Namun ia bukanlah wajib kerana ia lebih kepada adat sahaja kerana terkadang ada suku kaum cina yang memakai serba putih.

Pembentangan kedua pula oleh Us. Zaharuddin Mohamad (Pegawai Syariah ISRA) yang menyentuh mengenai hukum Vigil (menyalakanlilin). Menurut beliau, tujuan nyalaan lilin dapat dibahagaikan kepada 4 tujuan:
1. Pemujaan.
2. Berkabung.
3. Kepercayaan kepada kuasa tertentu.
4. Simbolik.

Hukum bagi tindakan pertama, ke dua dan ke tiga adalah haram kerana ia memupunyai unsur mensyirikkan Allah Taala, manakalahukum bagi tindakan ke empat dikategorikan sebagai syubuhat yang seeloknya ditinggalkan oleh umat Islam kerana ia tidakmemberi apa-apa manfaat. Menurut beliau lagi bukan semua adat diterima atau ditolak seratus peratus oleh Syariat, adatyang bertepatan dengan prinsip Syarak maka ia diterima. Adat yang menyalahi prinsip Syarak, maka ia ditolak.

Beliau menambah bahawa beliau pernah bersembang dengan Prof. Wu (Prof. bagi pengajian bahasa Melayu di sebuah universiti China)yang berpendapat bahawa lilin adalah upacara agama dalam kematian orang cina. Namun ini dijawab oleh En. Ann Wan Sengbahawa adat orang cina di Malaysia berbeza dengan adat orang cina di China. YB Nizar juga sebenarnya ketika memegang lilin dan memakai baju hitam itu bukannya berada dalam majlis upacara kematian tetapi berada dalam sebuah majlis lainiaitu menuntut pembubaran DUN Perak. Jadi tidak timbul isu terlibat dalam upacara keagamaan kematian orang cina.

Bengkel ini sedikit sebanyak membuka minda untuk memahami adat orang cina dalam menguruskan sesuatu kematian dan En. Ann Wan Sengsendiri telah menulis mengenai beberapa adat orang cina yang merangkumi pelbagai aspek dalam sebuah bukunya.

1 ulasan

HambaAllah berkata...

Saya sebagai orang yang tak arif tentang agama tetap tidak bersetuju pihak kita menegakkan perbuatan YB Nizar. Walaupun saya menyokong PR pada PRU yang lalu, tetapi yang salah tetap salah. Sebagai pemimpin PAS dan juga orang Islam, perkara shubhat (lebih2 lagi yang boleh mendatangkan salah faham) sepatutnya TIDAK dilakukan. Pada saya, yang salah tetap salah tak kira siapa.