Once Upon A Time With Iqra'

06 Julai 2009

Once Upon A Time With Iqra'

Dulu (sekitar 1998-2001) masa UF buat Master di UKM, UF sara hidup dengan mengajar Iqra' dan al-Quran. Idea mengajar tu datang setelah UF berjumpa dengan seorang kawan kepada kawan UF yang juga mengajar Iqra' di sekitar KL. Dia kata elok kalau UF iklankan mengajar Iqra' rumah ke rumah di kawasan Bangi kerana ramai yang mahu, sama ada untuk diri sendiri atau anak-anak mereka. UF rasa semangat nak buat kelas macamtu, apatah lagi UF dah berazam bila sambung master, UF nak berdikari dan tak perlu meminta-minta duit dari mak ayah lagi. Jadi UF buat iklan dan tampal di bus stop dan pasaraya Warta di Bangi. Alhamdulillah, lebih kurang seminggu ada seorang lelaki dewasa call dan kata dia sendiri yang nak mengaji.

Itulah pelanggan pertama UF dan lelaki ni seorang pegawai di KTM. Walaupun dia dah dewasa tapi dia mengaku yang dia tidak lancar baca al-Quran. UF kata kat abang tu, tak apa UF akan bantu dia untuk lancarkan bacaan al-Quran tapidengan syarat kena baca Iqra' dulu jilid 1 daripada mula. UF ajar abang tu lebih kurang setahun lebih dengan bayaranRM 100 sebulan, seminggu 2 kali. UF tak kisah sangat dengan jumlah bayaran, yang penting UF dapat menampung hidup sedikit dan yang paling penting orang yang nak mengaji tu ikhlas nak perbaiki bacaan al-Quran. Alhamdulillah berkat ketekunan abang tu, dalam tempoh setahun lebih tu, daripada seorang yang tak lancar bacaan al-Quran, dia sudah lancar dan dapat membaca al-Quran dengan baik sehingga juz 11 (kalau tak silap). Abang tu tak sempat khatam al-Quran dengan UF sebab dia terpaksa berpindah rumah kerana urusan kerja.

Di samping abang tu, ada seorang kakak (Azizah) call nak mengaji, kali ni untuk anak-anaknya pula. Asalnya kakak ni call kawan UF (sebab kami iklan kelas ni atas nama berdua), tapi kawan UF ada komitmen lain jadi dia serahkan pada UF untuk mengajar budak-budak tu. Namun masa pergi ziarah rumah kakak tu, kami pergi berdua dan kawan UF bagitau pada kak zizah, bukan dia yang akan mengajar anak-anaknya tapi UF. Keluarga kakak ni sebenarnya baru 2 minggu balik dari US dan mempunyai 4 orang anak. Kakak tu minta ajar anak dia 3 orang, tapi masalah besar ialah anak-anaknya tak reti cakap melayu kecuali yang sulung (darjah 2). Memandangkan UF masa tu taklah reti sangat bahasa Inggeris, jadi bayangkan, bagaimana UF mengajar budak-budak tu. Nasiblah si kakak sulung tu bantu translate sikit-sikit, terkadang tu lawak juga masa mengajar tu bila UF ambil masa dok fikir apakah perkataan Inggeris yang sesuai untuk tegur kesalahan bacaan budak-budak tu. Kadang-kadang tu bila susah sangat, UF suruh je kakak yang sulung tu tegur adik-adik dia. Kak zizah bayar RM 200 sebulan untuk mengajar anak-anaknya. Jadi campur dengan duit abang tadi, UF dah dapat RM 300 sebulan hasil mengajar Iqra' dan al-Quran.

Dalam dua tiga bulan mengajar rumah kak zizah, dia offer pula kat UF untuk mengajar Iqra' di tadika miliknya yang baru dibuka di Seksyen 2, Bangi. UF tak fikir panjang terus terima tawaran kak zizah, cuma UF kata UF masih ada course work Master, tak bolehlah mengajar tiap-tiap hari. Jadi UF hanya mengajar di tadika kak zizah 3 hari seminggu, manakala anak-anaknya UF mengajar waktu malam selepas Maghrib. Alhamdulillah, dengan UF mengajar rumah ke rumah di samping tadika kak zizah tu, UF memperolehi pendapatan lebih kurang RM 500-600 sebulan dan dapatlah UF tampung hidup buat Master di UKM.

Setelah itu, UF mengajar lagi satu rumah di Kajang selepas Asar dengan bayaran RM 100. Bila UF dah habis course work Master, UF mengajar Iqra', al-Quran dan bahasa Arab di sekolah rendah kak zizah (dia baru buka sekolah rendah pula "Sri Ayesha Islamic Primary School") setiap hari tapi hanya sebelah pagi sahaja lebih kurang sejam setengah (8.00-9.30 pagi). Oleh kerana UF hanya mengajar part time, jadi UF diberi gaji RM 500. Masa tu campur gaji sekolah rendah dan mengajar Iqra' di rumah-rumah, UF dapat RM 800 sebulan. UF susun jadual masa dengan istiqamah, pagi UF mengajar di sekolah dan habis mengajar jam 9.30 pagi, UF akan terus pergi ke library UKM untuk cari bahan menulis tesis Master sampailah ke petang. Balik sebelum asar, rehat kejap dan solat Asar, UF mengajar Iqra' dan pulang sebelum Maghrib. Lepas tu bersiap-siap pula untuk pergi mengajar di rumah kak zizah dan UF akan solat Maghrib di rumahnya. Begitulah rutin hidup UF masa buat Master di UKM dulu.

Pasaran mengajar Iqra' dan al-Quran rumah ke rumah ni sebenarnya begitu menggalakkan. Yang penting kena sabar dan ikhlas, malah UF pernah jadi bos dan boleh mencari 2-3 orang kawan lain untuk bantu UF mengajar dan UF bagi elaun dengan sedikit komisen untuk UF. Namun sistem mengajar rumah ke rumah ini, agak meletihkan sebab kita terpaksa pergi ke rumah orang setiap malam untuk mengajar dan paling banyak pun kita hanya boleh mengajar 2 buah rumah sahaja seminggu. UF cerita ni bukannya apa sekadar berkongsi pengalaman untuk mahasiswa universiti terutamanya pelajar Master bagaimana menampung hidup masa belajar. Lain orang lain pula pengalamannya.

2 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Ustaz,
saya sebenarnya dah banyak kali juga sarankan kat student2 USIM yg dah grad (khususnya student FPQS)& belum dapat kerja, utk mengajar Quran dari rumah ke rumah ni secara full time. Kalau boleh pakat2 jadi macam 1 company pun ok, sebab kat Nilai ni pun rasanya orang ramai memerlukan juga perkhidmatan seperti ni. tapi agaknya diorang tak nampak caranya. Boleh juga buat under Koperasi kot Ustaz. Koperasi yg managekan tenaga2 pengajar ni. Tadika2 pun banyak sekitar Nilai ni. Belum cuba belum tahu. Tapi utk bantu tegakkan agama Allah, insyaallah Allah pun akan bantu juga utk mudahkan kita. Dugaan pasti ada, tapi macam yg Ustaz kata, yg penting ikhlaskan hati.

Prof Dr. Irwan bin Mohd Subri berkata...

Saya pun banyak kali bagitau kat student pasal hal ni.. tolong buka jalan macam mana nak cari duit sikit tapi takde yang berminat...

Sekarang ni pun saya masih mengajar Iqra' dan al-Quran di rumah dan perlukan pembantu (saya akan bayar).. saya dah minta tolong ustaz2 FPQS tolong iklankan sesiapa yang nak, tapi sampai hari ni takde seorang pun yang respon