Orang Asli

24 Mei 2009

Orang Asli

Kelmarin, UF pergi ceramah kat tempat orang asli iaitu di Kg. Kolam Air, Bangkong, Dengkil lebih kurang 20 minit dari rumah. Ceramah bertajuk "Akal Sihat Badan Sihat" ini adalah anjuran E-wanis (sebuah NGO wanita Islam Sepang) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Waliayah Persekutuan & Selangor. Bagi UF, ini pengalaman yang menarik sebab pertama kali masuk ke kampung orang asli untuk berceramah walaupun depan taman tempat UF tinggal juga kampung orang asli.

Asalnya diberi masa 30-45 minit untuk ceramah, tapi bila UF tengok hadirin yang kebanyakannya kaum ibu dah mula berkipas-kipas kerana cuaca panas, UF pun memendekkan ceramah sekitar 25 minit sahaja sebab kesian. Maklumlah ceramah jam 12.15 tengahari, lepas tu bawah khemah tanpa kipas pulak, UF sendiri pun bercerau peluh keluar. Lagi satu yang menariknya yang hadir tu bukan semuanya Islam tapi bercampur-campur dengan yang bukan Islam.

Mudah-mudahan dengan apa yang UF sampaikan kelmarin, sedikit sebanyak dapat meresapi ke dalam sanubari yang bukan Islam untuk menerima hidayah Allah Subhanahu Wa Taala. Amin.

Tiada ulasan