DIMASHQU (8)

01 Mei 2009

DIMASHQU (8)

Daripada bulan 8, aku telah menunda sampai ke bulan Disember 2005. Aku bercadang akan pergi ke Syria pada 15hb Disember dan telah menempah tiket pada tarikh tersebut untuk aku dan keluarga. Dalam hati hanya teringatkan Syria, ye lah ini pertama kali aku ke negara tersebut. Maklumat kehidupan di sana pun tidak banyak yang aku ketahui melainkan melalui seorang dua sahabat aku yang pernah belajar di sana. Bagi aku ini adalah cabaran yang mesti aku hadapi tidak kiralah susah atau senang, kerana aku sendiri telah memilih untuk menyambung Ph.D aku di Syria.

Sepanjang menunggu tibanya bulan Disember, aku telah membuat persiapan yang agak besar juga. Banyak barang, pakaian, makanan dan keperluan lain yang aku beli untuk diri dan keluarga sebab konon-kononnya aku akan berada di sana selama tiga tahun. Bayangkan aku balik kampung di Pulau Pinang dan mengajak emak aku ke Tanjung Dawai, Kedah untuk membeli ikan bilis tiga kilo, ikan masin dan lain-lain. Punya bersemangat persediaan aku ke Syria sehingga beribu ringgit aku habiskan untuk semua persiapan.

Bersambung....

Tiada ulasan