30 Mei 2009

2 Cerita

Cerita 1

Lebih kurang 2-3 tahun lepas, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan UF bertanyakan satu masalah. Company tempat dia bekerja telah menganjurkan dinner dan dia telah diamanahkan oleh majikannya untuk menjaga PA System. Keesokan malam pula ada dua pihak lain yang meminjam PA System tersebut iaitu Calsberg dan persatuan Budha (kalau tak silap). Setelah selesai semua program, majikannya memberi bonus yang banyak iaitu RM 900 kepadanya kerana telah menjalankan tugas baik dengan PA System tersebut.

Memandangkan pemuda ini dulunya belajar di sekolah Agama, beliau rasa tidak sedap hati sebab bersyubahat dengan program Calsberg dan program keagamaan Budha walaupun beliau hanya menjaga PA System. Lalu beliau mengambil keputusan duit bonus yang beliau perolehi itu dibahagikan tiga. Beliau hanya mengambil RM 300 sahaja dan RM 600 lagi beliau berikan kepada UF untuk diberikan kepada pihak-pihak yang boleh diberikan duit itu. Jadi beliau hanya mengambil bonus untuk program company dia sahaja dan beliau bertanya adakah tindakannya itu betul.

UF mengiyakan tindakan pemuda ini dan duit RM 600 itu UF serahkan kepada masjid Bandar Baru Nilai (ketika itu UF tinggal di Nilai) melalui imamnya cikgu Azhari. UF beritahu cikgu Azhari, itu adalah duit hasil benda syubuhat dan mestilah digunakan untuk kepentingan awam dan beliau faham.

Bonus yang banyak itu tidak menggelapkan mata pemuda tadi kerana iman dalam hatinya masih mengawal tindakannya. Beliau tahu duit syubuhat tidak akan membawa keberkatan dalam hidupnya, sebab itu beliau sanggup mengorbankan RM 600(satu jumlah yang bukan sedikit) kerana tidak mahu perkara syubuhat melingkari hidupnya. Masih ramaikah lagi pemudaatau pemudi sepertinya? Ini adalah kisah benar dan UF tidak mahu menyebut namanya atas sebab-sebab tertentu dan mendoakan agar Allah Subhanahu Wa Taala agar menetapkan iman pemuda tadi dan membalasnya dengan ganjaran syurga.

Cerita 2

Perkara yang hampir sama berlaku kepada UF siang tadi, apabila dijemput untuk membaca doa dalam satu majlis.Dipendekkan cerita, UF telah diberi sumbangan sebanyak RM 300 atas bacaan doa dalam majlis tersebut. Tapi selepas asar, UF dihubungi oleh seorang ahli jamaah surau dan beliau memberitahu yang tuan majlis telah diketahui akan perangainya yang suka ******* (terpaksa disensorkan). Patutlah 2 orang imam surau mengelak untuk baca doa dan tidak ada ahli jamaah surau yang hadir dalam majlis tersebut kecuali seorang.

UF tak tahu dan tak kenal pun tuan majlis, sebab itu bila dijemput UF pergi. Sekarang ni dah tahu, jadi duit yang UF dapat tadi akan diserahkan kepada kepentingan awam. UF sebolehnya tidak mahu duit syubuhat menjadi santapan diri dan keluarga kerana ia akan menggelapkan hati daripada menerima cahaya iman. UF mohon kepada Allah agar diampunkan dosa di atas keterlanjuran membaca doa dalam majlis yang syubuhat tadi.

Bukanlah tujuan untuk takabbur, sekadar peringatan kepada diri sendiri dan anda sekelian. Untuk apa kita menerimahabuan yang banyak jika ia tidak diredai Allah. Tidak malukah kita mengharapkan diri dimasukkan dalam syurga sedangkan hidup ditemani perkara syubuhat malahan yag lebih teruk dihiasi dengan perkara-perkara yang haram. Astaghfirullah!

25 Mei 2009

usulifaqih.com

UF dah bina satu lagi blog, tapi kali ini yang berbayar. UF beli satu e-book tentang pembelian domain dan hosting, seterusnya membina blog dengan wordpress. Alhamdulillah panduan dalam e-book tu begitu mudah sebab dia ajar satu demi satu. Tapi kalau anda tidak ada pengetahuan langsung tentang komputer dan internet mungkin sukar sikit. E-book tu hanya ajar benda asas saja, yang selebihnya kena selalu terokai barulah dapat.

Kepada anda yang baca blog saya ini, dialu-alukan ke blog baru saya yang lebih ceria sikit (konon-kononnyalah). Namun begitu blog ini akan beroperasi seperti biasa kerana kedua-dua blog ini ada fungsi masing-masing.

Ada hadiah atau kejutan istimewa buat pengunjung blog baru saya tu, kunjungilah blog itu dan nantikan makluman mengenainya.....

24 Mei 2009

Orang Asli

Kelmarin, UF pergi ceramah kat tempat orang asli iaitu di Kg. Kolam Air, Bangkong, Dengkil lebih kurang 20 minit dari rumah. Ceramah bertajuk "Akal Sihat Badan Sihat" ini adalah anjuran E-wanis (sebuah NGO wanita Islam Sepang) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Waliayah Persekutuan & Selangor. Bagi UF, ini pengalaman yang menarik sebab pertama kali masuk ke kampung orang asli untuk berceramah walaupun depan taman tempat UF tinggal juga kampung orang asli.

Asalnya diberi masa 30-45 minit untuk ceramah, tapi bila UF tengok hadirin yang kebanyakannya kaum ibu dah mula berkipas-kipas kerana cuaca panas, UF pun memendekkan ceramah sekitar 25 minit sahaja sebab kesian. Maklumlah ceramah jam 12.15 tengahari, lepas tu bawah khemah tanpa kipas pulak, UF sendiri pun bercerau peluh keluar. Lagi satu yang menariknya yang hadir tu bukan semuanya Islam tapi bercampur-campur dengan yang bukan Islam.

Mudah-mudahan dengan apa yang UF sampaikan kelmarin, sedikit sebanyak dapat meresapi ke dalam sanubari yang bukan Islam untuk menerima hidayah Allah Subhanahu Wa Taala. Amin.

22 Mei 2009

Minyak Zaitun

Pagi Jumaat, UF tonton satu slot dalam Malaysia Hari Ini tentang minyak zaitun dan kelebihannya. Ia disampaikan oleh En. Zaidi Zainal seorang pengguna dan pengkaji minyak zaitun. Menurut beliau dalam satu kajian yang dijalankan oleh pengkaji di Amerika awal 80an, setiap 10 ribu rakyat Amerika, 1 ribu orang akan diserang sakit jantung. Berbanding orang yang tinggal di sebelah Mediteranian, setiap 10 ribu, hanya 50 orang sahaja yang mengidap sakit jantung. Bila dikaji lanjut, rupanya mereka ini mengamalkan minyak zaitun melalui masakan ataupun minuman.

Jadi sejak 80an, pengkaji Amerika mengkaji tentang minyak zaitun dan selepas 20 tahun iaitu pada 2004 terbukti keberkesanan minyak zaitun kepada manusia. Minyak zaitun juga boleh meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan menurunkan kolestrol jahat (LDL). Sophie Lauren tika ditanya apa rahsia awet mudanya, beliau menjawab dia mengamalkan tidak kurang 2 sudu minyak zaitun sehari.

Ini semuanya tidak menghairankan kerana buah zaitun memang tersebut dalam al-Quran al-Karim sama seperti madu lebah, malah Allah Subhanahu Wa Taala bersumpah dengan buah zaitun. Firman Allah Azza Wa Jalla: والتين والزيتون
yang bermaksud, "Dan demi buah Tin dan buah Zaitun" (surah al-Tin ayat 1).

Cuma khasiat madu lebah ataupun minyak zaitun hanya diketahui pada zaman moden ini setelah kajian demi kajian. Akhirnya membawa natijah sebenarnya apa yang disebutkan oleh Allah Taala dalam al-Quran mengenai madu dan buah zaitun adalah benar belaka yang sepatutnya meningkatkan iman kita kepada-Nya sebagai pencipta makhluk. Maha suci Allah!

UF pertama kali makan buah zaitun masa naik flight ALIA (Jordan Airlines) nak ke Mesir tahun 1992 untuk sambung pelajaran peringkat ijazah. Masa makan, dihidangkan lansyun (kepingan daging) dan buah zaitun, first time rasa buah zaitun tu memang tak lalu nak telan. Tak tahu nak gambarkan rasanya macam mana, tapi bila dah biasa makan buah zaitun dah tak rasa apa-apa kecuali sedap. Malah pelajar-pelajar Malaysia di Mesir kadang-kadang makan nasi berulamkan buah zaitun. Memang sedap, kalau tak percaya cuba try test.

20 Mei 2009

Kena Samak?

Semalam UF dapat satu mesej daripada seorang kawan bertanyakan satu soalan. Dia tanya kalau kena wabak selesema babi, kena samak tak? Walaupun soalan ni lebih kepada melawak, tapi bagus juga dijawab untuk membuka minda. Sebelum jawab soalan ni, ingat tak dalam satu babak filem Seniman Bujang Lapok lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ketika si Ramli sedang mengendap bilik Cik Salmah lalu dia ditegur oleh seorang pakcik tua.

Untuk cover line si Ramli buat-buat macam menghalau serangga kecil dan kononnya ia hinggap di pipi pakcik tadi. Si Ramli pun menampar serangga di pipi pakcik tu, lalu pakcik tu tanya apa yang ditamparnya. Si Ramli jawab, kutu babi dan pakcik tu kata, Allah! batal air sembahyang aku sambil dia berlalu pergi (mungkin nak pergi ambil wuduk balik kot). Sebenarnya wuduk pakcik tu tak batal pun biarpun memang betul kalau kutu babi hinggap di pipinya. Sama juga kalau sentuh binatang yang memakai nama babi contohnya siput babi dan lain-lain. Malah kalau pakcik tu sentuh babi betul pun tak batal wuduk kerana memegang najis tidak termasuk dalam perkara membatalkan wuduk.

Jadi berbalik kepada soalan asal kita iaitu adakah kena samak kalau dilanda demam selesema babi. Jawapannya tidak perlu, kerana bukannya kita menyentuh najis mughallazah iaitu babi atau anjing. Yang kena samak bila kita sentuh fizikal dengan babi atau anjing seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi S.A.W. Satu masalah lain, jika kita nampak seekor nyamuk gigit babi kemudian nyamuk yang sama gigit kita pula seperti dalam wabak JE tidak lama dahulu, apa hukumnya? Bagi UF, tidak perlu samak juga kerana ia termasuk dalam umum balwa yang sukar kita elakkan. Wallahu A'lam.

18 Mei 2009

No. 4

UF ingatkan pertandingan final nasyid tu akan diadakan 2-3 minggu lagi, rupanya final diadakan pada petang Sabtu juga. Lepas Asar dapat mesej daripada Uszh.Norazlina, dia kata yang bebudak tu dapat no 4 dari 6 pasukan yang bertanding di final. No 1 Sek. Men. Sains Seremban, no 2 SMAP Labu dan no 3 Sek. Men. Dato' Abdul Razak.

Takpalah, walaupun tak menang tapi dapat bagi tentangan yang sengit. Tahun depan boleh cuba lagi tapi vokal dan harmoni kena perbaiki lagi. Sekali lagi tahniah untuk Sek. Men. Desa Cempaka, Nilai.. eh eh sapa la yang ngaja dieorang tu ye...

16 Mei 2009

Masuk Final

Hari ni ada pertandingan nasyid yang bertemakan "Masyarakat Madani Tanpa Dadah" anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di Sekolah Menengah Cempaka, Nilai. Group nasyid sekolah ni, yang UF latih dan menjadi tuan rumah pun turut serta dalam pertandingan ini.


( masa persembahan)

Ini adalah peringkat saringan yang melibatkan 23 buah sekolah di daerah Seremban dan dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. Setiap kumpulan mengandungi 12 atau 11 buah pasukan dan hanya 3 pasukan dari setiap kumpulan layak ke final.


(selepas persembahan)


Sekolah Menengah Cempaka mendapat giliran no. 6 dan UF balik selepas persembahan mereka. Dekat pukul 1 tengahari dapat mesej daripada Uszh. Norazlina yang group UF latih ni berjaya ke peringkat final yang akan diadakan 2-3 minggu lagi, Alhamdulillah.

11 Mei 2009

Salam Keretapi

Kelmarin UF diziarahi oleh 2 orang jamaah Tabligh di rumah sekitar jam 11.30 pagi sebab kebetulan jamaah Tabligh buat program di Surau al-Hijrah Kota Warisan. Kami bertaaruf serta berbual dan kebetulan yang seorang ni (Us. Nazmi) berasal dari Terengganu dan kenal dengan beberapa orang sahabat UF di Damanhur, Mesir sebab mereka satu sekolah (SMUZA). Dah lama bersembang, Us. Nazmi ni pun kemukakan satu soalan, iaitu apa pandangan UF terhadap salam keretapi yang diamalkan di Surau al-Hijrah Kota Warisan setiap kali lepas solat fardu.

Salam keretapi yang dimaksudkan ialah semua jamaah bersalam sesama sendiri dalam bentuk bulatan sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Tak semua surau atau masjid yang mengamalkan salam keretapi ni, jadi Us. Nazmi ingin bermuzakarah dengan UF berkenaan isu tersebut. UF kata, walaupun mungkin Nabi tak pernah buat macamni, ia tdak bererti perkara tu tidak boleh. Pada setiap masa dan tempat akan muncul uruf/adat baru yang tidak ada pada zaman Nabi S.A.W.

Persoalan sama ada uruf/adat baru itu boleh diamalkan atau tidak, maka perlu merujuk kepada prinsip Syarak. Jika ia tidak bercanggah dengan prinsip Syarak maka ia dibolehkan walaupun uruf/adat itu tidak wujud pada zaman Nabi. Sebaliknya pula jika uruf/adat baru didapati berlawanan dengan prinsip Syarak (seperti uruf/adat baru bersalaman dengan wanita bukan mahram), maka ia sudah tentu tidak dibenarkan dalam Syarak. Tugas untuk menentukan ia boleh atau tidak diserahkan kepada ulama yang arif dalam bidang Syariah.

Berbalik kepada salam keretapi tu, ia tidak bercanggah dengan prinsip utama Syarak. Ia lebih merapatkan silaturrahim sesama penduduk yang bersolat jamaah di surau. Walaupun dalam sesetengah kitab mengatakan yang bersalam tangan ni hanya disunatkan jika sudah lama tidak berjumpa, namun keadaan ini perlu disesuaikan dengan keadaan semasa. Tambahan lagi sambil berjalan bersalaman sesama jamaah, mereka berselawat ke atas Nabi. Tidakkah 1 selawat ke atas Nabi akan dibalas oleh Allah 10 kali selawat (rahmat) kepada kita seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis?

Selepas penjelasan isu ini, Us. Nazmi nampak macam berpuas hati dan dia akan sampaikan pula kepada mana-mana pihak yang bertanyakan soalan ini. Kami sama-sama bersetuju perlunya usaha megembalikan masyarakat kepada ajaran Sunnah Nabi Muhammad S.A.W melalui peranan mansing-masing.

10 Mei 2009

Akibat Tak Faham Bahasa Inggeris?

UF terima satu e-mel dari seorang kawan yang attachkan satu gambar ni. Gambar yang "menarik" ni tak perlu diulas panjang-panjang. Anda boleh lihat sendiri....

01 Mei 2009

DIMASHQU (8)

Daripada bulan 8, aku telah menunda sampai ke bulan Disember 2005. Aku bercadang akan pergi ke Syria pada 15hb Disember dan telah menempah tiket pada tarikh tersebut untuk aku dan keluarga. Dalam hati hanya teringatkan Syria, ye lah ini pertama kali aku ke negara tersebut. Maklumat kehidupan di sana pun tidak banyak yang aku ketahui melainkan melalui seorang dua sahabat aku yang pernah belajar di sana. Bagi aku ini adalah cabaran yang mesti aku hadapi tidak kiralah susah atau senang, kerana aku sendiri telah memilih untuk menyambung Ph.D aku di Syria.

Sepanjang menunggu tibanya bulan Disember, aku telah membuat persiapan yang agak besar juga. Banyak barang, pakaian, makanan dan keperluan lain yang aku beli untuk diri dan keluarga sebab konon-kononnya aku akan berada di sana selama tiga tahun. Bayangkan aku balik kampung di Pulau Pinang dan mengajak emak aku ke Tanjung Dawai, Kedah untuk membeli ikan bilis tiga kilo, ikan masin dan lain-lain. Punya bersemangat persediaan aku ke Syria sehingga beribu ringgit aku habiskan untuk semua persiapan.

Bersambung....