USIM Glamour?

16 April 2009

USIM Glamour?


Kelmarin 15 April 2009 (hari lahir anak UF), pagi-pagi lagi dalam pukul 7 masa nak hantar anak ke sekolah dapat satu mesej daripada kawan suruh beli paper Kosmo. Dia kata ada cerita pasal USIM dan UF pun belilah paper tu nak tahu cerita apa. Rupa-rupanya ex-lecturer FSU (iaitu fakulti UF sendiri) "dedahkan" satu "cerita" tentang dirinya yang "disuruh" (ikut kata dia dipaksa) untuk menilai semula keputusan periksa. Walaupun UF tak berada di fakulti masa perkara ni berlaku (sebab cuti belajar), tapi UF tahu cerita ni. Ex-lecturer ni mengajar subjek Law dan UF tidaklah kenal rapat sangat dengan dia, cuma ada bersembang beberapa kali dengannya.

Ada satu hari UF pergi ke INFAD untuk cari bahan, adalah beberapa orang pelajar ada di situ sedang buat kerja untuk INFAD. Seorang pelajar tanya, "Us. apa hukum tak mentaati guru?". UF balas balik, "Ish apa punya soalan ni". Mana boleh seorang pelajar tidak mentaati gurunya, walau macam mana tak suka pun, tetap kena hormat. Lepas tu barulah dieorang buka cerita, ada seorang lecturer FSU ni yang suka kutuk dan memandang rendah kepada mereka. Kiranya dieorang meluahkan perasaan sampai ada yang mengalir air mata penuh perasaan.

UF tanya siapa lecturer tu tapi dieorang taknak beritahu. UF agak mesti lecturer baru sebab lecturer-lecturer lama UF kenal sangat dan tak pernah ada pelajar yang kondem secara negatif. Takpalah kalau dieorang taknak beritahu dan lepas tu UF ada jalankan "siasatan" bertanyakan rakan-rakan fakulti tentang keadaan yang berlaku. Semua tak tahu, tapi petunjuk yang ada terarah kepada seorang lecturer baru wanita yang agak kritis dan sinis (bak kata orang mulut takde insuran). Dia ni sampai berani lawan cakap dengan dekan dalam mesyuarat fakulti dan akan berjumpa secara berdepan dengan sesiapa saja kalau dia tahu orang tu ada "berkata-kata" tentangnya.

Banyaklah cerita pasal lecturer ni dan kemuncaknya sekali bila lepas periksa tahun 2008 semester 2, hanya 4 orang pelajar yang lulus daripada 157 orang pelajar. Mesyuarat penyelarasan gred yang dipengerusikan oleh dekan sendiri telah meminta agar lecturer ni "menilai semula" keputusan yang diberikan. Berlaku silap faham bila dia kata dekan suruh ubah keputusan tu untuk jaga maruah fakulti. UF rasa kalau siapa yang berfikiran waras, boleh faham surat yang dipegang oleh lecturer tu seperti yang tersiar dalam paper Kosmo 15 April 09 samada dia dipaksa atau sebaliknya.

Dia telah forwardkan emelnya kepada ramai pihak termasuk KPT untuk menjustifikasikan tindakannya. Habis banyak pihak kena hentam dengannya dari Dato' NC, Tim. NC, dekan sampailah rakan-rakan fakulti sendiri. Dalam emelnya dia mempersendakan pelajar sebab tidak fasih bahasa Inggeris dan mendabik dada yang anak-anak dia boleh bercakap Inggeris sebab dia cakap bahasa tu dengan anak sejak dalam kandungan lagi. Bagi UF seorang lecturer yang baik, kena terima dan boleh mengajar semua pelajar tidak kira mereka tu bagus atau lemah. Kalau lemah, motivasikan dan ia kena berterusan. Kalaulah mereka gagal kerana lemah dan tak faham bahasa Inggeris dan tak layak untuk diluluskan, UF nak tanya 1 soalan, dalam solat, adakah lecturer tu faham semua makna bacaan dalam solat, jadi apa hukum solatnya itu? Lulus atau gagal?

Akhir sekali, lecturer tu ambil keputusan untuk tinggalkan USIM pada akhir tahun 2008 lepas. Semua pihak rasa lega bila dia keluar sebab dia seorang ni lain macam sikit. Difahamkan memang perangai dia macam tu dan bermasalah dengan semua tempat yang dia pergi. Ingatkan dia dah tutup "buku", rupanya dendamnya dengan USIM masih belum reda, sebab tulah dia dedahkan dalam Kosmo kelmarin. USIM dah glamour satu Malaysia kelmarin. Apa motifnya, Wallahu A'lam.

23 ulasan

MZ berkata...

assalamualaikum ustaz,

mintak kredit link sket ye kat blog saya sempena comment tentang isu ni.

hehe.

Puteri berkata...

oo..

mnrik nih.

bkn shj dr studnt, mlh lectrr pun ada sbut psl ni.

mknanya xde yg wronglh dgn studnt actually

(klau sy tulis mcm ni utk sbjek 'beliau', knfem failed dh ni, bi rojak)

Farid Din berkata...

Assalamualaikum Ya Ustaz UF.
Kaif hal...??? baguih juga Ustaz punya ulasan nih. Baru orang tau sapa Cik Nor tuh... Syukran Ustaz.

Farid Din.

ayu berkata...

Salam. Ustaz, bila caya baca ulasan ustaz, baru saya faham, apa kes nya. walaupun saya fpqs, tapi saya pandang kes ni sangat kritikal, yella, melibatkan maruah student dan pensyarah. doakan kan pensyarah tu, muda-mudahan, dia cepat sembut dari sakit. ws

shafiedotbiz berkata...

Thanks ustaz atas penjelasan...saya sebagai blogger tegar kat Msia ni dan mempunyai ramai kawan blogger terpggl tuk bersihkan semula nama USIM...masa berita keluar sy dapat satu komen dari rakan blogger sy..dia kata bdk USIM ni mmg x der kualiti ke..sy geram dan ty kenapa..rupanya sbb kes ini..atas penjelasan ustaz maka terjawablah isu ini...bahawa lec itu mmg besmasalah..sdgkan DR Adil yang begitu tegas pun x pernah bersikap demikian malah pelajar syg kat Dr Adil..inikan hanya seorg lecturer yang ntah sy x leh nak bayangkan..sy ada dgr dia sjk dari MMU dah bermasalah..tp sy x berani nak mengiyakan..hy sy menunggu tindakan dari pihak atasan supaya dapat ambil tindakan wajar terhadap ex lec tersebut..untuk pengetahuan ustaz..ramai pelajar meminta sy keluarkan satu artikel tuk bersihkan nama USIM di blog sy..insyaallahsy akan buat nnt..terima kasih atas penjelasan ustaz..sy meminta sedikit ayat ustaz untuk dibuat entry di Blog saya...

Tanpa Nama berkata...

tahukah anda bahawa cara dia amat bermasalah menjerit pelajar di MMU Bukit Beruang, Melaka? Cara dia keluar MMU pun tak sah.Dia hanya menghilang diri dan tiba2 muncul di USIM.Setelah mengetahui dia menjadi pensyarah USIM, pihak MMU beberapa kali minta dia muncul di Labour Court atau datang semula ke MMU selesaikan perletakkan jawatan secara baik, tetapi dia menjerit menengking sesiapa dari MMU yang call dia.

Tanpa Nama berkata...

ustaz,cikgi nor ni patut kita hantar dia ke fakulti pengajian bahasa utama.hehehe.biar dia ngajar english.xsesuai mengajar law.agaknya masa interview dulu,datuk vc tersilap tgk cv nya lalu hantar ke fsu.

peace

Tanpa Nama berkata...

anyway nama usim dh busuk ke saentero dunia.apa nak buat.kerosakan telah dibuat.walaupun hanya persepi.orang xkan nk dgr kita punya penjelasan.sbb perspepsi mereke dh ade dlm kepala usim kasi markah kesian.

peace,
ulu klang

Tanpa Nama berkata...

kerosakan yg telah dibuat ni susah nk baiki.kenyataan media oleh usim hanya disiarkan dimuka dalam kosmo arini.masa dia burukkan usim disiarkan dimuka hadapan.

bRed berkata...

kemungkinan betul juga dia x sesuai dengan USIM atau bekerja sebagai lecturer di malaysia

tapi saya rasa kalau dia berani beta dekan itu perkara baik.. dan juga kalau dia bersemuka dengan org yg berkata di belakangnya. It shows guts, x tahu pulak kalau it shows honesty. Maybe cuma confrontational sikit. But then again that is probably why dia di law faculty and not bahasa kot.

and about the bahasa, kalau dalam solat, Allah xkan tanya balik kat kita. That's why kita kena faham intipati je. But in law, every detail is important. Itu sebab kita kalah dengan singapore kes batu putih itu hari. So the question is student tue boleh jawab x soalan didalam peperiksaan itu?

tapi saya setuju yg kalau pandai bahasa inggeris, x payah la riak.

MZ berkata...

oh, dia dari MMU.
ingatkan dari UIA.

oooo..

Tanpa Nama berkata...

SALAM ALAIKUM..kite keluarga USIM,kuatkn ukhwahnya??saling berkasih syg kerana ALLAH kn??jd..baca blog manusia ni atau lbh lembutnya HAMBA ALLAH ni punye blog. ”BELIAU” TELAH SAMAKAN USIM NGN GRO??!!ni antara ayt die yg sy copy>>
{{Errr… Pensyarah Nor tu dah kahwin ke? By the way, yang teringin anak-anak dapat ijazah cepat-cepat hantar ke USIM. Sekarang ni borang kemasukan dia mesti laris macam GRO fresh baru tiba dari Russia!}}

#SILA BAGI KOMEN ANDA KEPADA BLOGGER TU…BG DIA TAU…SIAPA ”USIM” ITU??AYUH KITA BERSIHKAN NAMA USIM KEMBALI!!SELAMATKAN INSTITUSI ISLAM!!

ni blog manusia tu http://khayalkhayal.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

ni cerita terbaru... sila buka blog ini untuk maklumat lanjut>> http://bro86.wordpress.com/

Tanpa Nama berkata...

Nor jawab balik USIM. Sila baca

http://mt.m2day.org/2008/content/view/20817/84/#jc_writeComment

mazmi berkata...

Salam,

Setelah membaca beberapa blog dan kisah mengenai ex-pensyarah nie saya dapat membuat andaian bahawa dia nie mungkin mengalami masalah mental atau pun kurang akhlak sebabtu tak tau nak menghormati orang. Seorang pendidik yang baik akan menghormati pelajarnya dan dari situlah pelajar2 akan hormat dan mudah untuk mengikuti kelas2 yang diajarnya....Soasana pembelajaran yang harmoni akan meningkatkan lagi minat pelajar dan memudahkan pelajaran diterima otak kita, saya pun pernah belajar kita akan bertambah tertekan kalau dapat Pensyarah yang terlalu lurus camnie....kalau macam nie nak belajar pun tak boleh la....rasa tertekan jer....

me_speak_no_mandarin berkata...

sebenarnya dia kesunyian tu..tu yg jd mcm ni.kurang kaseh sayang belaian mesra.ha3x.jadi sape2 jejaka teruna yg sudi nk menyunting bunga ditaman larangan silalah berbuat demikian..umahnya di ampang.terus dpt sorang bini dgn anak2 express.3ha

Ilias berkata...

Salam,

Saya bakal menyertai barisan pensyarah USIM tidak lama lagi. Agak terkejut juga apabila membaca KOSMO tentang isu ex pensyarah vs USIM. Hampir2 memikirkan semula tawaran tersebut, tetapi saya kembali kpd iktiqad saya mengapa ingin menjadi pendidik lebih2 di universiti islam. Setelah mencari perincian isu ini terutamanya dari pihak USIM melaui blog2 pelajar n pensyarah barulah saya faham apa yang berlaku sebenarya. Kita semua pernah menjadi pelajar, dan kita bukan belajar dengan 1 pensyarah sahaja. Jika pensyarah A kata kelas saya tak bagus, tak semestinya pensyarah B dan lain2 juga kata tak bagus. Nasihat saya kepada pensyarah tersebut janganlah kerana ingin melepaskan kemarahan anda kepada pengurusan, nasib para pelajar yang bakal grad nanti akan terjejas. Mereka akan mencari peluang pekerjaan di industri dan ditakuti kualitinya ijazahnya dipertikai. Saya yakin pihak pengurusan USIM bukan seperti yang dilemparkan,ini adalah pusat pengajian islam professional, saya rasa mana2 universiti pun akan bertindak secara professional.

We'll see at USIM!

Tanpa Nama berkata...

Encik Elias,terima kasih byk2 kerna memahami keadaan USIM yg sebenarnye.Seronok dgr akn bertmbhnye pensyarah baru kite,,Selamat dtg En.Elias..
baru lps menatap wajah cik nor dlm buletin FSU..sedih mengenangkan apa yg tlh berlaku...huhuh

Ilias berkata...

:). Apa cerita terbaru kat situ? Outsiders tak bole baca Bulletin tu ke ?vid

Tanpa Nama berkata...

ustaz, thanks..saya rasa sayalah salah seorang yang berada dalam INFAD dulu..thanks En Elias. pedulikan kata2 orang, yang penting hanya kami yang tahu situasi sebenar di USIM.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
sy amat terharu dan berterima kasih sangat dengan nasihat yang ustaz berikan pada saya dan rakan2 sms di infad..dan minta maaf dari pihak saya dan rakan2 kerana termenitiskan air mata pada waktu itu..kami amat tertekan... kami memikirkan kembali saranan dan nasihat ustaz..itulah pertama kali kami meluahkan pada seorang lecturer yang kami kenal tapi tidak pernah bercakap....maaf kerana terlalu emosional sebab sblm bkrj di infad kami baru shj di marah, dihina, di tengking dalam kelas lecturer tu pada pagi tu...
sesuatu yang amat menyesakkan dalam hati kerana terpaksa memendam terlalu lama dan akhirnya sy bertanyakan soalan tu pada ustaz......
tapi alkhamdulillah...slps mendengar dan berbual dgn ustaz.kami berasa amat lega..dan nasihat tu memberi kekuatan pada kami untuk terus bersabar dan berusaha mengakhiri satu semester bersama lecturer tu yg kami rasakn terlalu panjang...
dan nasihat tu kami ingat selalu dan natijahnya kami masih mampu bertahan sehingga sem seterusnya..2 sem dia mengajar kami ustaz sehingga dia menyarankan kami agar memakan ubat strees sepertinya...
syukran atas nasihat ustaz...

Ilias berkata...

Terima kasih...saya dah tak sabar nk sertai USIM bulan hadapan. Setiap kali pulang ke Johor mesti saya pandang USIM bila tiba diNilai. Moga Allah akan membantu kita semua dalam usaha memperkasakan lagi nama USIM. Kepada pelajar2 USIM yang akan mencari peluang pekerjaan atau pun latihan industri,jangan risau sangat pasal itu tu pada saya tidak menjejaskan langsung peluang anda, rezeki kita ditangan Allah,mohonlah padaNya...wsalam

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya simpati dengan bekas lecturer ini, berpendidikan tinggi tetapi.................SASAU.