05 April 2009

PPSMI

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah lama diperdebatkan sejak ia mula diperkenalkan 6 tahun lalu, UF tak berniat nak ulas panjang sebab dah ramai yang ulas tentang isu tu. Cuma UF nak ulas hasil keputusan anak UF sendiri yang bersekolah dalam darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang. Berikut adalah keputusan ujian bulanan yang diperolehinya baru-baru ini:

1. Bahasa Malaysia (Pemahaman) : 96
2. Bahasa Melayu 2 (Penulisan) : 96
3. Bahasa Arab : 92
4. English : 99
5. Pendidikan Islam : 88
6. Science : 76
7. Mathematics : 70

Cuba lihat keputusan Science dan Mathematics (yang diajar dalam bahasa Inggeris) hanya lingkungan 70an berbanding subjek-subjek lain. Malah subjek English sendiri anak UF dapat markah hampir penuh iaitu 99. Sebab apa ia berlaku?

UF bagi analisis mudah, iaitu anak UF tidak memahami dan keliru dalam 2 subjek (Science dan Mathematics), sebab UF sendiri lihat kertas soalan 2 subjek tu dan dapati memang kalau anak-anak yang tidak didedahkan dengan bahasa Inggeris di rumah (termasuk anak UF), maka sukar untuk menjawab dengan betul yang menjejaskan peluang mendapat markah penuh. UF akui di rumah memang bercakap bahasa Melayu, cuma sedikit-sedikit berlatih bercakap Inggeris dengan anak sekarang ni.

Tapi persoalannya kenapa pula, subjek English anak UF dapat 99 markah. Jawapannya sebab soalan senang dan berlainan dengan soalan-soalan Science dan Mathematics yang mengelirukan dengan istilah-istilah yang tidak biasa digunakan dalam pertuturan harian.

Jadi, kepada semua! anda faham tak apa yang cuba UF sampaikan?

Tiada ulasan: