23 April 2009

Imam Bangla dan Indon

Hari ni ada beberapa cerita menarik yang berlaku.

Pukul 8.30 pagi dapat call dari ustazah Norazlina, guru Sek. Men. Cempaka, Nilai minta tolong buatkan lagu untuk sekolah sebab ada pertandingan 16 Mei nanti. Tema "Masyarakat Madani Tanpa Dadah", hmmm... mula-mula termenung jugak, tapi dah minat punya pasal, UF ok ja. Tahun 2007 dulu pun UF dah pernah buat lagu dan train budak-budak sekolah tu masuk pertandingan nasyid peringkat saringan Negeri Sembilan (dapat no. 4).

Pukul 10 pagi ada "pihak" jemput tolong baca Yasin, UF sebenarnya ganti U. Zairul dan imam Syukran sebab dieorang kerja. UF tak tahupun siapa yang jemput, cuma bila U. Zairul minta tolong, UF pergi ja. Rupa-rupanya "Pilot Construction" company yang bina gedung Giant (berhampiran ERL Salak Tinggi) buat majlis solat hajat, bacaan Yasin dan tahlil. Gedung ni akan suply barang Giant untuk zon selatan. Yang seronoknya, semua makmum (lebih kurang 50 orang) terdiri daripada para pekerja Indon dan Bangla kecuali 2 orang (penyelia mereka). Sebelum baca Yasin, UF pesan, kerja... kerja jugak tapi jangan tinggal solat.. barulah kerja dan hidup diredai Allah... UF tengok ada yang angguk... entahlah faham ke tak.. hehe...

Pukul 1 pulak, pergi Book Fair dengan Man J... bukan beli buku pun saja pi jalan-jalan sambil tengok buku... dah berbingai biji mata dengan buku ni... ye lah dok tulis tesis Ph.D ni dah beratus kitab punya dok belek... dalam pukul 4 balik dan singgah kat Restoran Saba' (kedai arab) di Cyberjaya pekena "thokmiyyah" dan "Syai ni'na'".

20 April 2009

Penjelasan Tn Guru. Nik Abdul Aziz

Semalam UF pergi mendengar ceramah Tn. Guru Nik Abd Aziz di Markaz PAS Taman Melewar. Dah 4-5 tahun UF tak pergi ke situ untuk dengar ceramah, tapi bila ada kawan-kawan ajak pergi, UF ikut ja. Malam tu ceramah disampaikan oleh saudara Ann Wang Seng (SU MACMA), YB Nga Kor Meng (MP Taiping) dan Tn. Guru Nik Abd Aziz.

UF pergi sebab nak dengar sendiri ulasan Tn Guru berkenaan isu YB Nga Kor Meng yang baca ayat al-Quran dalam satu ceramah politik masa PRK Bukit Gantang. UF rasa hadirin semalam mungkin agak kecewa kerana Tn. Guru hanya berceramah lebih kurang 13 minit sahaja kerana masih sakit gigi akibat dicabut Dr. Bagi UF walaupun sangat singkat penjelasan beliau, tapi cukup padat.

Tn. Guru dalam ceramahnya menyebut, bangsa (tak kira bangsa apa pun) bukannya ancaman kepada Islam, tapi fahaman yang salah tu sebenarnya yang menjadi ancaman. Di Malaysia, dimomokkan yang Cina anti Melayu, Melayu anti India, India anti Melayu dan sebaliknya, namun kalau disemai dakwah Islam dengan betul, semua pihak termasuk bukan Islam boleh menerima seperti keadaan sekarang yang memperlihatkan orang Cina dan India tidak lagi takut dengan PAS.

Seterusnya Tn. Guru mengulas isu YB Nga Kor Meng membaca al-Quran. Kata Tn. Guru kalau baca sirah Rasulullah S.A.W, baginda mengutuskan surat kepada raja-raja mengajak mereka supaya menerima Islam. Kepala surat itu dimulakan dengan ayat al-Quran iaitu:
تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا
(surah Al Imran ayat 64) dan diakhiri dengan ayat:
وَالسَّلامُ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى
(surah Taha ayat 47). Rasionalnya bila Nabi tulis ayat al-Quran dalam surat baginda, tujuannya nak bagi raja-raja yang bukan Islam tu baca. Kata Tn. Guru, takkan baginda nak kata: "aku tulis ayat ni tapi mu jange baco". Jadi logik tak logik? Moralnya kalau orang bukan Islam nak baca al-Quran tidak salah, apatah lagi untuk tujuan mempelajarinya, mudah-mudahan dapat menerima hidayah Allah Taala.

18 April 2009

Nik Nurmadihah

Hari Sabtu 18 April 2009, UF diberi penghormatan untuk menjadi pengacara majlis "Motivasi bersama Nik Nurmadihah (Pelajar terbaik SPM 2008 - 20A)" yang diadakan di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. Walaupun majlis bermula lewat sejam (jam 10am) dari yang dijadualkan, orang ramai dan pelajar sekolah setia menunggu untuk melihat dengan mata kepala dan mendengar dengan telinga sendiri motivasi yang disampaikan oleh beliau. Beliau datang dengan ditemani oleh ayahnya sendiri.

Sememangnya Nik Nurmadihah insan yang diberi keistimewaan khas oleh Allah Taala dengan kecerdikan walaupun berasal dari keluarga yang kurang mampu. Namun dengan kejayaan yang dia dapat itu, membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuknya dan keluarga. Di samping kecerdikan yang dimilikinya, dia juga petah bercakap yang mampu menarik perhatian hadirin (lebih kurang 300 orang) yang hadir.

Kata Nik Nurmadihah, rahsia kejayaannya hanya terangkum dalam dua faktor, iaitu:
1. Hablun Minallah (hubungan dengan Alah).
- Jaga Solat.
- Baca al-Quran.
- Tutup aurat.
- Jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
2. Hablun Minannas (hubungan dengan manusia).
- Ibu bapa.
- Guru.
- Sayangi mereka.
- Mohon restu mereka.
Senjata utama yang menjadi motivasinya ialah doa kepada Allah Taala dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Tumpuan dan fokus mesti diberi perhatian yang serius ketika belajar dan jangan menangguh sebarang kerja. Beliau mengungkap satu kata-kata indah: "Usaha tanpa tawakkal sombong, tawakkal tanpa usaha kosong". Majlis diakhiri dengan hadirin dan pelajar berebut mendapatkan tandatangan Nik Nurmadihah dan buku catatan hidupnya dengan harga RM23.

Selamat menyambung belajar buat Nik Nurmadihah di Universiti Jash, Irbid, Jordan. Moga Allah memberkati perjalanan hidupmu!

(Buku Nik Nurmadihah)

(Tandatangan Nik Nurmadihah untuk UF)

17 April 2009

USIM Jawab Balik

(NAIB Canselor USIM, Dr. Abdul Shukor Husin menyifatkan laporan Kosmo! bertarikh 15 April telah menjejaskan reputasi institusi pendidikan berkenaan)




Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tidak menawarkan jalan pintas dan layanan istimewa kepada mana-mana pelajarnya untuk lulus peperiksaan dengan amalan ‘markah kasihan’, malah kesemua mereka perlu berjaya dengan usaha sendiri. Bagi Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Abdul Shukor Husin, dasar universiti itu sudah jelas melalui pelaksanaan prosedur Penggredan, Pemarkahan dan Pengeluaran Keputusan Peperiksaan.

Katanya, setiap keputusan peperiksaan akan dibentang dan diteliti dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah (JPPS) peringkat fakulti dan seterusnya dirujuk kepada Senat Universiti untuk perakuan. “Kita juga ada panel luar yang memantau sistem akademik dan peperiksaan di USIM.

“Pensijilan MS ISO 9001:2000 yang telah diperoleh sejak 11 November 2004 dan perolehan sijil buat kali kedua pada 8 Januari 2008 oleh pihak Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) membuktikan USIM ada prosedur jelas dan telus terhadap sistem pendidikannya,’’ jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas yang diadakan di Bangunan Canselori, USIM di sini semalam bagi mengulas laporan Kosmo! pada 15 April lalu mengenai dakwaan seorang pensyarah universiti itu ‘dipaksa’ meletakkan jawatan kerana hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang.

Pensyarah itu yang hanya dikenali sebagai Nor mendedahkan, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti memberikan ‘markah kasihan’.


Dipetik dari:

http://www.kosmo.com.my/

16 April 2009

USIM Glamour?


Kelmarin 15 April 2009 (hari lahir anak UF), pagi-pagi lagi dalam pukul 7 masa nak hantar anak ke sekolah dapat satu mesej daripada kawan suruh beli paper Kosmo. Dia kata ada cerita pasal USIM dan UF pun belilah paper tu nak tahu cerita apa. Rupa-rupanya ex-lecturer FSU (iaitu fakulti UF sendiri) "dedahkan" satu "cerita" tentang dirinya yang "disuruh" (ikut kata dia dipaksa) untuk menilai semula keputusan periksa. Walaupun UF tak berada di fakulti masa perkara ni berlaku (sebab cuti belajar), tapi UF tahu cerita ni. Ex-lecturer ni mengajar subjek Law dan UF tidaklah kenal rapat sangat dengan dia, cuma ada bersembang beberapa kali dengannya.

Ada satu hari UF pergi ke INFAD untuk cari bahan, adalah beberapa orang pelajar ada di situ sedang buat kerja untuk INFAD. Seorang pelajar tanya, "Us. apa hukum tak mentaati guru?". UF balas balik, "Ish apa punya soalan ni". Mana boleh seorang pelajar tidak mentaati gurunya, walau macam mana tak suka pun, tetap kena hormat. Lepas tu barulah dieorang buka cerita, ada seorang lecturer FSU ni yang suka kutuk dan memandang rendah kepada mereka. Kiranya dieorang meluahkan perasaan sampai ada yang mengalir air mata penuh perasaan.

UF tanya siapa lecturer tu tapi dieorang taknak beritahu. UF agak mesti lecturer baru sebab lecturer-lecturer lama UF kenal sangat dan tak pernah ada pelajar yang kondem secara negatif. Takpalah kalau dieorang taknak beritahu dan lepas tu UF ada jalankan "siasatan" bertanyakan rakan-rakan fakulti tentang keadaan yang berlaku. Semua tak tahu, tapi petunjuk yang ada terarah kepada seorang lecturer baru wanita yang agak kritis dan sinis (bak kata orang mulut takde insuran). Dia ni sampai berani lawan cakap dengan dekan dalam mesyuarat fakulti dan akan berjumpa secara berdepan dengan sesiapa saja kalau dia tahu orang tu ada "berkata-kata" tentangnya.

Banyaklah cerita pasal lecturer ni dan kemuncaknya sekali bila lepas periksa tahun 2008 semester 2, hanya 4 orang pelajar yang lulus daripada 157 orang pelajar. Mesyuarat penyelarasan gred yang dipengerusikan oleh dekan sendiri telah meminta agar lecturer ni "menilai semula" keputusan yang diberikan. Berlaku silap faham bila dia kata dekan suruh ubah keputusan tu untuk jaga maruah fakulti. UF rasa kalau siapa yang berfikiran waras, boleh faham surat yang dipegang oleh lecturer tu seperti yang tersiar dalam paper Kosmo 15 April 09 samada dia dipaksa atau sebaliknya.

Dia telah forwardkan emelnya kepada ramai pihak termasuk KPT untuk menjustifikasikan tindakannya. Habis banyak pihak kena hentam dengannya dari Dato' NC, Tim. NC, dekan sampailah rakan-rakan fakulti sendiri. Dalam emelnya dia mempersendakan pelajar sebab tidak fasih bahasa Inggeris dan mendabik dada yang anak-anak dia boleh bercakap Inggeris sebab dia cakap bahasa tu dengan anak sejak dalam kandungan lagi. Bagi UF seorang lecturer yang baik, kena terima dan boleh mengajar semua pelajar tidak kira mereka tu bagus atau lemah. Kalau lemah, motivasikan dan ia kena berterusan. Kalaulah mereka gagal kerana lemah dan tak faham bahasa Inggeris dan tak layak untuk diluluskan, UF nak tanya 1 soalan, dalam solat, adakah lecturer tu faham semua makna bacaan dalam solat, jadi apa hukum solatnya itu? Lulus atau gagal?

Akhir sekali, lecturer tu ambil keputusan untuk tinggalkan USIM pada akhir tahun 2008 lepas. Semua pihak rasa lega bila dia keluar sebab dia seorang ni lain macam sikit. Difahamkan memang perangai dia macam tu dan bermasalah dengan semua tempat yang dia pergi. Ingatkan dia dah tutup "buku", rupanya dendamnya dengan USIM masih belum reda, sebab tulah dia dedahkan dalam Kosmo kelmarin. USIM dah glamour satu Malaysia kelmarin. Apa motifnya, Wallahu A'lam.

05 April 2009

PPSMI

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah lama diperdebatkan sejak ia mula diperkenalkan 6 tahun lalu, UF tak berniat nak ulas panjang sebab dah ramai yang ulas tentang isu tu. Cuma UF nak ulas hasil keputusan anak UF sendiri yang bersekolah dalam darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang. Berikut adalah keputusan ujian bulanan yang diperolehinya baru-baru ini:

1. Bahasa Malaysia (Pemahaman) : 96
2. Bahasa Melayu 2 (Penulisan) : 96
3. Bahasa Arab : 92
4. English : 99
5. Pendidikan Islam : 88
6. Science : 76
7. Mathematics : 70

Cuba lihat keputusan Science dan Mathematics (yang diajar dalam bahasa Inggeris) hanya lingkungan 70an berbanding subjek-subjek lain. Malah subjek English sendiri anak UF dapat markah hampir penuh iaitu 99. Sebab apa ia berlaku?

UF bagi analisis mudah, iaitu anak UF tidak memahami dan keliru dalam 2 subjek (Science dan Mathematics), sebab UF sendiri lihat kertas soalan 2 subjek tu dan dapati memang kalau anak-anak yang tidak didedahkan dengan bahasa Inggeris di rumah (termasuk anak UF), maka sukar untuk menjawab dengan betul yang menjejaskan peluang mendapat markah penuh. UF akui di rumah memang bercakap bahasa Melayu, cuma sedikit-sedikit berlatih bercakap Inggeris dengan anak sekarang ni.

Tapi persoalannya kenapa pula, subjek English anak UF dapat 99 markah. Jawapannya sebab soalan senang dan berlainan dengan soalan-soalan Science dan Mathematics yang mengelirukan dengan istilah-istilah yang tidak biasa digunakan dalam pertuturan harian.

Jadi, kepada semua! anda faham tak apa yang cuba UF sampaikan?