Once Upon A Time In Egypt... Cerdik ke?

23 Februari 2009

Once Upon A Time In Egypt... Cerdik ke?

Bila UF teringat benda ni, memang nyesal tak sudah tapi apa boleh buat kesilapan diri sendiri. UF tak ingat tarikhnya sebab dah lama berlaku tapi dalam tahun 1995. Cerita dia macam ni...

Masa UF ngaji kat Mesir dulu... bila balik ke Kaherah (UF dok di Damanhur > dalam 2 jam setengah ke Kaherah), UF selalu lepak di rumah Us. Radhi Penang. Dia ni orang lama Penang di Mesir dan antara orang kuat Us. Nuruddin al-Marbu al-Banjari al-Makki, tuan guru Indonesia yang ngajar kitab di sana dan ramai pelajar Malaysia yang ikut kelas dia. Oleh kerana Us. Radhi ni dia ada kereta (Volkswagen), jadi dialah yang dok pi jemput dan hantar balik Us. Nuruddin. Satu hari Us. Radhi ajak UF menemani Us. Nuruddin untuk berjumpa dengan ulama tersohor Mesir iaitu Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Tanpa fikir panjang UF setuju sebab bukan senang nak jumpa Syeikh Sya'rawi.

Dengan kereta US. Radhi tu, mula-mula kami bertiga pergi ke Giza (berhampiran dengan Pyramid) sebab dapat maklumat yang Syeikh Sya'rawi menginap di sebuah hotel di situ. Namun bila sampai di hotel kami dimaklumkan yang Syeikh Sya'rawi dah pun check out. Lalu kami pun terus ke rumah (atau tempat rehat) Syeikh Sya'rawi di Sayyidah Zainab. Alhamdulillah sampai je di situ, Syeikh Sya'rawi memang ada dan sedang berehat di anjung rumahnya sambil dikawal oleh ahli keluarganya (mungkin).

Jadi kami bertiga pun minta izin untuk berjumpa dengan Syeikh Sya'rawi dan dibenarkan tetapi tak boleh lama. Sejurus dibenarkan, Us. Nuruddin terus berjumpa dengan Syeikh Sya'rawi, bersalam dan menghadiahkan beberapa naskhah kitab karangannya kepada Syeikh. Kami berdua pula disebabkan teruja dapat menatap wajah Syeikh Sya'rawi depan mata, dok kalut nak tangkap gambar dengan Syeikh, tetiba kamera pulak buat hal (masa tu kamera digital tak dak lagi). Us. Nuruddin tengah rancak berbual atau bertanya kepada Syeikh dan kami pulak dok bergelut membaiki kamera.

Sedang kami dok proses kamera, Syeikh Sya'rawi bangun dan masuk ke dalam rumahnya kerana waktu Asar dah pun hampir masuk. UF dan Us. Radhi tercengang dan saling pandang sama sendiri. Menyesal tak sudah kerana tidak sempat bersalam dan mencium tangan ulama besar macam Syeikh Sya'rawi padahal dia dah ada di depan mata kami.

Ya Allah... satu peristiwa yang tak dapat UF lupakan sampai hari ini kerana peluang sebegitu tidak boleh diperolehi lagi. Cerdik ke?

Tiada ulasan