Hari Jumaat Yang Puas

13 Februari 2009

Hari Jumaat Yang Puas

Awal pagi Jumaat tadi, macam biasa UF pergi hantar anak ke sekolah, sebelum balik rumah beli kuih dan teh tarik kat gerai yang biasa UF beli dan sarapan pagi kat rumah. Pukul 8.30 janji dengan Man J nak pergi JAKIM sebab nak ambil bahan daripada Ustzh. Safina untuk tesis UF. Sampai kat JAKIM Ustzh. Safina tak ada sebab ada bengkel, tapi nasib baik dia dah tinggalkan bahan tu untuk UF ambil.

Dalam 9.30 pagi kami balik tapi Man J ajak pergi ke USIM sebab ada meeting kontijen sukan fakulti 1 (tahun ni UF tak dapat main bola sebab lutut injured). Habis meeting dalam 11.45 UF terus balik untuk ambil anak di sekolah. Dalam 12.30 zaujah UF balik dari dialisis, UF terus pergi ke Bangi untuk solat Jumaat di Masjid al-Hasanah BBB. Dah 10 tahun lebih UF tak solat Jumaat di sana sejak habis MA dulu.

Habis solat Jumaat, UF pergi makan dan collect balik cd Instinct yang diletakkan di sebuah gerai menjual cd, daripada 10 keping yang diletakkan setahun yang lalu dan yang laku hanya 2. Lepas tu UF pergi pulak ke Warta BBB juga nak collect cd di kedai muzik yang terletak dalam Warta. Adalah laku 2 keping cd jugak dan Alhamdulillah itu rezki Instinct walaupun tak banyak. Dalam 3.30 UF pergi ke maktabah UKM untuk cari bahan bagi tesis Ph.D UF.

UF rasa hari ni cukup puas sebab 4 jam (sampai 7.30 malam), UF menelaah bahan-bahan rujukan yang dicari. Kebetulan pula bahan-bahan tu ada di maktabah UKM yang UF tak dapat cari di maktabah UIA. Kalau di UIA tu kadang-kadang bahan orang pinjam sebab maktabah dia antara yang paling baik sekali di Malaysia (pada pandangan UF la). Bila dah 7.30 UF pun balik dan solat jemaah Maghrib di Masjid UKM.

Tiada ulasan