15 Februari 2009

DIMASHQU (5)

Aku mendapat e-mel daripada Dr. Tawfiq yang dia telah menerima semua sijil dan dokumen aku yang dikirimkan kepadanya. Dia berjanji akan membantu menguruskan pendaftaran aku di University of Damascus. Aku rasa lega sedikit kerana proses awal telah berjaya dan sekarang aku hanya perlu menunggu.

Sehari demi sehari aku menunggu jawapan penerimaan permohonan aku. Beberapa kali aku mengutuskan e-mel kepada Dr. Tawfiq bertanyakan perkembangan tersebut, namun dia hanya memberitahu dalam proses. Sedikit sebanyak perkara ini merisaukan aku, kerana kalau dibandingkan permohonan masuk universiti di UK ataupun di Jordan, tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Ada 2-3 orang sahabat aku yang memohon ke UK telahpun mendapat jawapan dalam masa sebulan dua.
Sudah 6 bulan berlalu, tapi tiada tanda yang permohonan aku ke University of Damascus diterima. Kalau ditakdirkan aku tidak mendapat tempat di University of Damascus, bermakna peluang untuk aku menyambung pelajaran tahun ini (2005) akan tertangguh sebab aku hanya membuat satu permohonan di situ sahaja. Hendak buat permohonan ke Universiti lain termasuk tempatan akan memakan masa juga.
Bersambung....

Tiada ulasan: