31 Disember 2009

Kenapa NC Baru USIM Daripada Orang Dalam?

Hari Rabu lepas ada perjumpaan antara mantan NC USIM yang pertama, Prof. Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Pusat Pengajian Umum. Perjumpaan ini diadakan atas permintaan beliau sendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu beliau dalam mengasas dan membangunkan USIM selama 10 tahun ini.

Beliau tidak berbicara tentang pencapaian beliau selama mengurus USIM tetapi menekankan cabaran-cabaran mendatang yang bakal dihadapi oleh warga USIM. Beliau menceritakan semasa penubuhan USIM pada peringkat awal, USIM terpaksa bersaing dengan universiti-universiti lain dalam pengambilan pelajar. Dulu selalunya USIM mendapat pelajar-pelajar yang ditolak oleh Universiti lain.

Tambahan pula, pelajar yang ingin masuk ke USIM adalah terdiri daripada aliran sekolah Agama yang diketahui kedaifannya dalam banyak perkara. Ia meliputi pengurusan sekolah, prasarana, silibus dan lain-lain. Jadi USIM terpaksa menerima mereka dan perlu memikirkan bagaimana hendak membimbing pelajar-pelajar ini kerana ada tanggapan bahawa mereka ini adalah kelas 2. Sudah tentu besar cabarannya demi meningkatkan martabat pengajian Islam di Malaysia.

Untuk mengubah keadaan itu di USIM memang sukar, maka perlu diubah keadaan itu sejak daripada sekolah menengah lagi. Sebab itulah beliau dan rakan-rakan lain mencadangkan agar sekolah-sekolah Agama Rakyat didaftarkan dengan kerajaan supaya bantuan kewangan dan guru berkelayakan dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah tersebut. Kerajaan bersetuju dengan cadangan ini, namun terdapat juga pihak-pihak yang membantah dan tidak bersetuju.

Sebenarnya pihak kerajaan sedia mendengar cadangan untuk memartabatkan bidang pengajian Islam di Malaysia. Antaranya ialah pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sama seperti STPM. Dato' Shukor juga menceritakan bahawa Tun Dr. Mahathir dan Pak Lah mantan Perdana Menteri memberi ruang untuk memartabatkan pelajar-pelajar bidang Agama. Tun Dr. Mahathir ketika majlis pecah tanah kampus USIM pernah berkata, jangan ada pihak yang mengkhianati misi dan visi USIM.

Pak Lah ketika ditanya oleh Dato' Shukor apa yang beliau harap bila tibanya 2020. Pak Lah menjawab dia nak Malaysia jadi maju, tapi Dato' Shukor kata apa guna Malaysia maju jika anak-anak yang belajar di sekolah-sekolah Agama ketinggalan dan mundur. Lalu Pak Lah kata, kalau macam tu buatlah apa pun untuk memartabatkan pengajian Islam dan kerajaan akan menyokong.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Dato' Shukor sebut kenapa penggantinya (NC baru USIM) daripada orang dalam juga dan bukan orang luar, sedangkan ura-ura kedengaran penggantinya orang luar. Beliau berkata, amat mengejutkan sebahagian besar ahli jawatankuasa pemilih Naib Canselor berpendapat apa perlunya bidang pengajian Islam dimartabatkan hingga ke peringkat IPT, cukuplah setakat sekolah menengah saja. (UF kata: otak sekular atau dalam bahasa lembutnya otak taghut macam ni la).

Maka beliau berbincang dengan pengerusi USIM iaitu Tan Sri Dr. Yusuf Nor untuk memastikan penggantinya mestilah orang USIM sendiri supaya falsafah penubuhan USIM dapat dihayati dengan baik. Sebab itulah Prof. Dato' D. Muhammad bin Muda (TNC Akademik) naik menggantikannya. Diharapkan beliau meneruskan legasi Dato' Shukor dalam memperjuangkan bidang pengajian Islam walaupun beliau adalah orang ekonomi. Begitulah al-kisahnya....

20 Disember 2009

Catatan 19 Disember & Ceramah Syeikh Yusuf al-Qaradawi

Kelmarin, awal-awal pagi lagi UF dah kena keluar rumah sebab ada perlumbaan Jogathon Hijrah sempena minggu Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Surau al-Hijrah Kota Warisan dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang dipengerusikan oleh UF sendiri. Alhamdulillah hampir 100 peserta yang terdiri daripada penduduk Kota Warisan sendiri dan ada juga perserta luar yang menyertai jogathon ini. Jarak larian lebih kurang 3 km saja untuk semua kategori iaitu bawah 12, bawah 18, bawah 35 dan atas 35 tahun.

Larian bermula lebih kurang jam 7.45 pagi setelah worm up sikit. Tempat mula dan akhir ialah depan Surau al-Hijrah. Masa mula-mula tu pakat lari laju, tapi bila sampai 200-300 meter ramai yang dah pancit sebab tak biasa lari hehe... tapi semua semangat nak habiskan juga walaupun dengan berjalan kaki. Sepanjang jogathon ini berlangsung, ia dibantu oleh beberapa orang petugas yang memang orang-orang kuat Kota Warisan kalau ada apa-apa program. Pihak PDRM juga turut membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta.

Jam 9 am diadakan majlis Pelancaran dan Perasmian Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang disempurnakan oleh Tuan Hj Yunus Khasib, Pengarah Perancangan Pembangunan, Merangkap Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Sepang. Upacara penyampaian hadiah Jogathon Hijrah turut diadakan dalam majlis ini. Alhamduillah program pada pagi kelmarin mendapat sambutan yang baik daripada penduduk Kota Warisan, sama ada program jogathon mahupun majlis pelancaran dan perasmian PeBT zon Kota Warisan. Diucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan ke dua-dua program tersebut.

Selepas selesai 2 program itu, UF membantu pihak surau menyiapkan persiapan untuk majlis Forum Perdana Hijrah yang akan diadakan pada sebelah malamnya. Pihak surau dengan kerjasama Rukun Tetangga Megah Villa Apartment juga turut memasak bubur lambuk dan bubur Asyura secara bergotong royong. Forum dipengerusikan oleh Us. Fauzi Mustafa (Moderator al-Kulliah TV3) dan ahli panelnya terdiri daripada Us. Hasan Mahmud al-Hafiz dan Us. Ahmad Dasuki Abd Rani. Walaupun UF penat membantu tetapi sayangnya malam tu UF tak dapat menghadiri program forum tu sebab UF nak pergi Masjid Shah Alam untuk mendengar ceramah Syeikh Yusuf al-Qaradawi.

UF nak pergi sangat dengar ceramah Syeikh al-Qaradawi sebab tak pernah jumpa dengan syeikh secara berdepan. Kalau dengan Syeikh al-Buti dan Syeikh Wahbah al-Zuhaili dah banyak kali dah jumpa. UF bertolak dari rumah lebih kurang jam 6.50 petang dengan seorang kawan. Semasa kami sampai di Masjid Shah Alam majlis ceramah baru bermula, kelihatan tempat parking penuh dengan kereta. Masuk saja ke dalam masjid, UF dapati orang ramai memenuhi ruang solat di atas untuk mendengar ceramah Syeikh al-Qaradawi.

UF merapati sebelah kanan tempat syeikh berceramah namun tempat itu pun sudah dipenuhi dengan orang ramai. UF hanya boleh melihat syeikh dari jauh saja dari sisi sebelah kanan. Takpelah, sekurang-kurangnya dapat lihat wajah seorang syeikh dan ulama yang tersohor di dunia Islam. Ceramah syeikh semalam menyentuh mengenai Hijrah dan pengajarannya untuk umat Islam dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu, cuma UF tak pasti siapa yang menjadi penterjemahnya.

Terlintas dalam fikiran UF, Syeikh Yusuf al-Qaradawi ada tauliah ke bagi ceramah kat Masjid Shah Alam semalam tu? JAIS tidak ambil tindakan ke? Dr. Asri tentu tersenyum dengan soalan ni....

08 Disember 2009

DIMASHQU (16)

Melihat 2 orang pelajar itu, hati aku terdetik takkan 2 orang saja yang datang jemput aku namun cepat-cepat aku menepis tanggapan negatif itu. Mungkin seolah-olah memahami isi hati aku, Rosli memberitahu yang pelajar-pelajar lain kebetulan pada pagi itu ada mesyuarat agong Persatuan Pelajar Malaysia Syria, jadi hanya dia dan Aminuddin saja yang datang menjemputku dan keluarga. Aku dan keluarga minta izin untuk menunaikan hajat terlebih dahulu sebelum kami beredar dari lapangan terbang itu.

Setelah itu Rosli keluar mencari kenderaan untuk kami ke tempat penginapan kami nanti. Katanya lebih murah cari kenderaan di lapangan terbang berbanding menyewa kenderaan dari kawasan tempat penginapan. Rosli dapat menyewa sebuah Pajero dan cukup-cukup untuk kami berlima dan beg-beg aku yang sebanyak 8 buah itu.

Perjalanan dari lapangan terbang ke rumah penginapan itu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Tidak banyak sangat perumahan sepanjang perjalanan dan kelihatan suasananya lebih kurang di Mesir. Aku kembali teringat ketika pertama kali sampai di Mesir juga pada bulan 12 ketika musim sejuk juga. Tidak ada juga bangunan-bangunan hebat macam di Malaysia sepanjang perjalanan kerana ia melalui kawasan seperti ladang atau kawasan lapang, tetapi bukanlah padang pasir yang kering kontang.

Terasa dingin musim sejuk itu ke seluruh tubuh, sudah lama (hampir 10 tahun) tidak merasai suasana sejuk macam itu sejak aku tinggalkan bumi Mesir dahulu. Bila sampai satu kawasan kenderaan yang aku naiki memasuki satu kawasan perumahan kampung kerana melalui jalan pintas ke rumah penginapan. Lagi sekali aku terbayang Mesir kerana gaya rumah-rumahnya memang serupa di Mesir.

Bersambung...

01 Disember 2009

Bulan Tengah Naik (BTN)

Seminggu dua ni dalam paper dok main isu BTN (Biro Tata Negara). Selangor dan Pulau Pinang dah melarang kakitangan awamnya dan pelajar dari mengikuti BTN kerana ia lebih kepada brainwash otak supaya ikut kerajaan BN. UF pun dah 3 kali ikut kursus BTN ni, pertama kali di Mesir tahun 1996 selepas tamat belajar di Universiti al-Azhar. Kali ke 2 kalau tak silap dalam tahun 2001, BTN untuk pensyarah dan guru. Kali ke 3 pula tahun 2005 iaitu kursus BTN khas untuk pelajar tajaan kerajaan yang akan ke luar negara.

Yang pertama tu UF tak berapa nak ingat sangat sebab dah lama, cuma masa tu Anwar Ibrahim belum dipecat daripada kerajaan. Antara penceramah BTN di Mesir masa tu ialah Dr. Muhd Nor Manuty dan Syeikh Azmi (bekas mufti Penang) dan mereka ni terkenal dengan ABIM.

Apa yang UF nak sebut ni terpulang pada pembaca sekelian, betulkah BTN ni alat untuk peras otak peserta supaya ikut kerajaan BN atau tidak. Dalam BTN kedua yang UF ingat salah seorang penceramahnya ialah Musa Hasan (masa ni dia belum jadi KPN lagi). Dengan bersungguhnya dia cerita yang memang Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat pemandunya dulu sebab dialah (Musa) yang jadi pegawai penyiasat. Ditunjukkan juga video kes Sauk tentang kekejaman yang dilakukan oleh golongan al-Ma'unah yang merampas senjata dari sebuah kem tentera dulu dan membunuh polis.

Ceramah tentang suasana politik Malaysia daripada dahulu sampai sekarang memang menu wajib dalam BTN. Natijah dan moral of the story ialah sokonglah kerajaan BN kerana hanya BN yang mampu pimpin negara. PAS nak pimpin negara? hahaha.... kalau PAS menang semua kawasan yang dipertandingkan (Pilihanraya 1998) pun, belum boleh bentuk kerajaan.

Yang UF ingat sangat ialah BTN yang ke 3. Sebab menu memburuk-burukkan Anwar Ibrahim juga adalah wajib dalam BTN (tanyala sapa yang pi BTN), ejen Amerika, tak reti urus kewangan negara, kaki seks liwat dan sebagainya. Pendek kata kalau sapa yang atas pagar tak ada pendirian memang akan percaya.

Lagi satu, PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) memang dicop sebagai persatuan pelajar di luar negara yang anti kerajaan. UF bangun lepas tu pertikai penceramah kenapa PMRAM dicop sebagai anti kerajaan. UF terangkan macam mana pelajar Malaysia di Mesir lebih cenderung dengan pemimpin pembangkang daripada pemimpin kerajaan.

Lihat saja Tuan Guru Nik Abdul Aziz (MB Kelantan), walaupun dia MB tapi bila pergi Mesir dia hanya duduk di rumah anak dia. Senang berjumpa dengan semua pelajar dan ceramah dia terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Mesir. Berbanding pemimpin kerajaan (contohnya PM masa tu Tun Mahathir), dahlah duduk di hotel, nak jumpa pun payah. Pastu bila ada perjumpaan hanya jemput sekelompok kecil pelajar saja. Tapi rasanya kalau open untuk semua pun, sapa nak pergi? fikirlah sendiri...

Sapa yang kena masuk BTN untuk ke luar negara, ada soalan bocor ni untuk satu LDK. Anda diminta oleh syarikat anda untuk anjur program motivasi dan ada 3 pilihan:
1. Syarikat milik bumiputra yang baru dan tidak ada pengalaman, tetapi syarikat ni sokong kerajaan UMNO/BN.
2. Syarikat milik bumiputra juga dan berpengalaman dalam program-program motivasi, tetapi syarikat ni sokong pembangkang (PAS dan sewaktu dengannya).
3. Syarikat milik orang asing (luar negara) dan juga berpengalaman.

Jadi anda nak pilih syarikat mana?

hahahaha... UF dah dapat soalan bocor ni dari seorang kawan yang pergi BTN awal dari UF. Dia kata pilih jawapan no. 1, baru fasilitator tak bantai. Kalau pilih no. 2 atau 3 memang teruk la kena perli. Makna kata biar pilih syarikat yang tak berpengalaman pun takpa janji dia sokong kerajaan. Biar biol pekerja di syarikat kita pun takpa (yang ni UF kata).

Kalau pilih motivator yang sokong pembangkang, duit yang dia dapat dari kita akan digunakan untuk biaya pula parti dia untuk hentam kerajaan. Kalau pilih syarikat asing pula, lagi la tak patriotik. Masa dalam LDK tu UF pilih jawapan no. 1 dan ada kawan-kawan sekumpulan yang pilih no. 2 dan 3. Memang sungguh macam kawan UF bagitau, sapa pilih selain no. 1 memang teruk la kena brainwash.

Abih, BTN ni alat brainwash kerajaan ke tak?

30 November 2009

KUIM Hidup Balik?

Sebelum ditukar nama ke USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) pada tahun 2007, dahulunya ia dikenali sebagai KUIM (Kolej Universiti Islam Malaysia). KUIM/USIM adalah IPTA ke 12 yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia dan IPTA pertama ditubuhkan dalam alaf baru. Setelah beroperasi 6-7 tahun barulah kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju untuk menukar nama KUIM ke USIM.

Ketika menggunakan nama Kolej UNiversiti, KUIM terpaksa menjawab banyak persoalan orang ramai tentang statusnya. Adakah KUIM ni kolej swasta?, diiktiraf kerajaan atau tidak? Adakah KUIM ni cawangan UIAM? dan sebagainya. Apabila kerajaan bersetuju menukar nama semua Kolej Uiversiti (termasuk KUIM) kepada Universiti, ia pastinya disambut gembira oleh semua warga KUIM.

Setelah 2 tahun KUIM ditukar namanya ke USIM, kini nama KUIM muncul semula. Bukannya Kolej Universiti Islam Malaysia tetapi Kolej Universiti Islam Melaka (lihat: http://www.kuim.edu.my/). KUIM baru ini dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM). Ia adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Islam yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka dan menawarkan program-program diploma dan sijil.

Yang menjadi timbul tanya ialah bagaimana pihak pengurusan KUIM baru ni memilih singkatan nama itu sedangkan (pastinya) mereka tahu dahulunya singkatan KUIM adalah Kolej Universiti Islam Malaysia. Bagaimana pula pihak kerajaan meluluskan penggunaan singkatan tersebut.

Sudah pasti akan timbul sedikit kekeliruan apabila disebut graduan KUIM. Adakah KUIM yang lama atau yang baru? Nampak isu ini seperti remeh tetapi memberi kesan yang besar kepada banyak pihak. UF tak pasti sama ada USIM ada buat bantahan atau tidak. Teringat kes KFC buat bantahan kepada RFC (Radix Fried Chicken) kerana hanya menggunakan warna korporat yang sama dan RFC terpaksa tukar warna korporat mereka daripada merah kepada oren.

Begitu juga kes Mcdonald dengan Mccurry, hanya kerana Mccurry menggunakan “Mc” yang dilihat meniru gaya Mcdonald. Kedua-dua kes ini bukannya nama yang sama tetapi ada persamaan sedikit saja, itupun dibuat bantahan kerana melibatkan imej organisasi tersebut.

Memang betul KUIM lama sudah tiada, tetapi ia tetap akan menimbulkan masalah. Pastinya juga orang ramai akan tertanya-tanya, adakah KUIM dihidupkan kembali?

29 November 2009

Ibadat Korban

(Lembu korban Warisan Indah)


(Proses menyiat kulit)
Alhamdulillah kelmarin, 28 Disember 2009 telah berlangsung ibadat korban yang dilaksanakan di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. Walaupun hujan lebat turun semasa lembu pertama ingin disembelih, ia tidak menghalang penduduk Kota Warisan membantu untuk melicinkan kerja-kerja yang memang licin pun akibat hujan. Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan kelmarin, iaitu 2 ekor untuk akikah dan 5 ekor untuk korban. Tahun ni UF juga menyertai 1 bahagian korban.

Lembu pertama hingga ke 4 tidak menimbulkan banyak masalah sangat, tapi bila sampai lembu ke 5 yang merupakan lembu korban dari Warisan Indah, ia sedikit agresif. Penduduk mengambil masa sikit untuk menumbangkannya tetap hasil pengalaman akhirnya ia dapat ditumbangkan juga. Setelah disembelih dan dilonggarkan ikatan kaki, lembu korban Warisan Indah menimbulkan kegemparan apabila ia bangkit berdiri dalam keadaan lehernya telah terpotong. Nasib la ia tak lari atau kejar orang dan dalam 2-3 minit kemudian ia tumbang sendiri. Hebat betul lembu Warisan Indah ni.

Belum sempat lembu korban Warisan Indah dilapah, timbul lagi kegemparan bila lembu yang ke 6 terlepas dari ikatannya. Ia telah menyebabkan semua penduduk yang membantu atau yang sedang menyaksikan bertempiaran lari. Nasib malang bagi seorang makcik yang sedang melihat lembunya yang sedang dilapah kerana tidak sempat melarikan diri. Lembu hitam itu telah menyondol makcik tersebut dan memijaknya dan beliau dibawa ke Klinik tetapi dinasihatkan ke hospital Putrajaya sebab dia mengadu sakit dada (difahamkan yang makcik tu takde patah-patah tulang, cuma lebam sikit).

Penduduk semakin pening bagaimana nak menangkap semula lembu hitam itu, tetapi nasib baik ia tak lari dari kawasan surau, hanya berlegar di kawasan tersebut. Hampir setengah jam juga penduduk mengepungnya sambil menyusun strategi untuk menangkapnya kembali. Akhirnya ia masuk juga perangkap bila kakinya masuk dalam tali yang disediakan penduduk. Sebaik saja lembu tu terjatuh, penduduk terus mengikat kakinya dan walhasilnya ia disembelih jua.
Semangat bermasyarakat dipamerkan oleh semua penduduk Kota Warisan (termasuk penduduk Warisan Indah) baik kaum lelaki ataupun wanita. Ada yang melapah, memotong, memasak dan sebagainya. Setelah siap daging dipotong dan dibungkus, ia diagih-agihkan kepada penduduk yang hadir. Selepas solat zohor berjemaah, semua penduduk menjamu selera yang dimasak oleh Us Ideris yang juga merangkap penyembelih lembu-lembu tadi. Tahun ni menunya ialah sup, masak hitam dan daging rebus cicah air asam. Memang menyelerakan... Alhamdulillah atas nikmat Allah yang melimpah ruah ini.

22 November 2009

DIMASHQU (15)

Setelah lebih kurang sejam setengah penerbangan dari Dubai ke Damascus akhirnya sampai juga aku di Syria. Melihat dari jendela kapal terbang sebelum mendarat kelihatan tanah padang pasir seperti Mesir. Terlintas di pemikiran aku bahawa keadaan di Syria tidak banyak bezanya dengan Mesir. Aku dan keluarga sampai di Syria pada hari jumaat pagi jam 9.30 16 Disember 2005.

Lapangan Terbang Antarabangsa Syria tidaklah besar sangat, mungkin sebesar Lapangan Terbang Pulau Pinang. Tidak mahu kesesakan sewaktu mendaftar keluar, aku menunggu dahulu sehingga penumpang-penumpang lain keluar dahulu. Bulan Disember di Syria memang musim sejuk dan mengikut kata pelajar-pelajar di sini ada salji.

Bila melihat penumpang pun dah tak ramai sangat di imegresen, aku dan keluarga pun mendaftar keluar. Aku menunjukkan surat tawaran belajar di Universiti Damascus kemudian aku diminta untuk menukar wang terlebih dahulu dan aku menuruti saja. Selesai di situ aku pun pergi ke ruang bagasi untuk mengambil beg-beg aku. Pemeriksaan beg dilakukan sebagai urusan rutin.

Kemudian aku pun keluar dan meninjau-ninjau kelibat pelajar Malaysia yang menyambut kedatanganku. Sebenarnya kedatanganku telah dimaklumkan kepada Persatuan Pelajar Malaysia Syria terlebih dahulu dan aku minta tolong persatuan agar menghantar wakil untuk menyambutku. Kelihatan ada dua orang pelajar Malaysia menuju ke arah aku sekeluarga dan mereka memperkenalkan diri mereka, Rosli dan Aminuddin (kedua-duanya dari Kelantan).

Bersambung...

19 November 2009

Dia Tetap Anakku

Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan, UF hanya nak komen pencapaian Sekolah Kebangsaan Kota Warisan tempat anak UF bersekolah. Semasa UF dan ibu bapa lain dilantik menjadi AJK PIBG sekolah pada awal tahun ini, antara perkara yang menjadi kebimbangan AJK ialah prestasi UPSR yang ditahap rendah, iaitu 7 orang pelajar sahaja yang mendapat 5A tahun lepas.

Telah menjadi azam kami pihak AJK ibu bapa dan guru untuk meningkatkan prestasi ini. Pelbagai program telah dianjurkan terutamanya untuk pelajar tahun 6 demi meningkatkan pencapaian mereka untuk UPSR tahun ini.

Alhamdulillah pagi tadi ada majlis Anugerah Kecemerlangan Murid SKKW dan wakil Pengarah Pelajaran Daerah Sepang telah umumkan pada tahun ini 16 orang pelajar sekolah ini mendapat 5A (daripada lebih kurang 80 orang pelajar). Kalau nak ikutkan pencapaian ini tidak boleh dibanggakan kerana terlalu sedikit peratus yang dapat 5A kalau dinisbahkan kepada bilangan pelajar. Namun sekurang-kurangnya terdapat peningkatan yang ketara walaupun sedikit jumlah yang mendapat 5A.

Terima kasih kepada semua pihak (AJK, ibu bapa dan guru) yang tidak putus asa melontarkan idea, berkorban dan membimbing para pelajar untuk "keputusan" ini. Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat 5A dan menggembirakan ibu bapa kamu. Tetapi perlu ingat, jadilah anak yang soleh dan solehah yang merendah diri walau ke mana sahaja kamu pergi selepas ini.

Kepada pelajar yang tidak mendapat 5A, ini bukan penghujung jalan kamu. Masa kamu akan tiba satu hari nanti kerana Allah itu Maha Adil. Kepada ibu bapa pelajar yang tidak dapat 5A, jangan kecewa dengan anak anda dan berbanggalah dengan mereka sama ada mereka mendapat 5A atau tidak.

Dia tetap anakku!!!!

03 November 2009

DIMASHQU (14)

Pukul 4 pagi aku dan keluarga dah bangun dan mandi serta bersiap lebih kurang untuk ke Airport Dubai. Jadual flight ke Damascus, Syria lebih kurang jam 7 pagi waktu Dubai. Perjalanan ke Airport pada waktu awal pagi lebih cepat kerana tiada kesesakkan. Bila sampai di Airport sementara menunggu waktu Subuh, kami menjamah burger yang dibeli semalam. Baru terasa lapar kerana semalam tak sempat nak makan kerana keletihan.

Selepas selesai aku solat subuh di surau Airport, aku dan keluarga pun menaiki flight menuju ke Damascus. Perjalanan dari Dubai ke sana mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Penumpang agak penuh dalam kapal terbang tersebut dan aku duduk sebelah satu keluarga dari Brunei yang mengiringi anak mereka belajar di Syria.

Anak aku Itmi'nan memang seronok sangat, tambahan pula dia dapat hadiah dari pramugari. Aku pula sudah melayan fikiran bagaimanalah kehidupan di Syria nanti, adakah sama lebih kurang macam Mesir atau bagaimana?

Bersambung...

02 November 2009

Kenapa Aku Serba Kekurangan...?

Seringkali kita merasakan ada banyak kekurangan dalam diri kita yang menyebabkan kita berasa rendah diri. Kenapa aku tidak dapat no. 1 seperti orang lain? Kenapa aku tidak pandai menyanyi seperti orang lain? Kenapa aku tidak pandai main bola seperti orang lain? kenapa... kenapa dan kenapa aku....?

Ya... persoalan-persoalan itu memang pernah menghantui diri UF. Terasa amat kerdil diri ini jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Perasaan cemburu dan sakit hati akan terasa dalam diri bila melihat orang lain "pandai" itu dan "pandai" ini. Apa yang aku pandai buat??? Nak kata pandai ceramah, orang lain lagi hebat berceramah. Nak kata pandai dalam pelajaran, orang lain lagi hebat sampai dapat first class atau mumtaz/jayyid jiddan. Bla Bla Bla....

Tapi bila difikir dan direnung balik, takkanlah diri UF tiada kelebihan langsung. Apakah hanya ada kekurangan dalam diri UF ni. Lama UF "mengkaji" dan "melihat" diri UF yang diciptakan Allah yang Maha Agung. Adakah Allah ciptakan UF untuk berduka mengenang nasib yang penuh kekurangan atau untuk apa?

Hakikat diri UF tak setanding orag lain dalam serba serbi memang tidak boleh dinafikan. Memang hakikatnya UF tak pandai dalam banyak perkara, hanya tahu sikit-sikit sahaja. Ceramah, bolehlah sikit-sikit malah sampai sekarang pun masih belajar berceramah. Sebab tu terkadang ceramah jadi lancar, terkadang pulak lintang pukang (diri sendiri pun boleh tahu). Main bola pun tahu sikit-sikit, bukannya pandai pun cuma dah minat bersukan terutamanya main bola.

Menyanyi pun tahu sikit-sikit, walaupun waktu sekolah dulu selalu jadi wakil ke pertandingan menyanyi. Baru UF tahu yang suara UF tak sesuai jadi penyanyi, tu pun tahu bila UF masuk studio nak rakam album INSTINCT, pemilik studio kata UF tak boleh nyanyi sebab pakai suara hidung (ala ala sengau la tu). Dengar suara sendiri pun rasa malu.

Tapi setelah lama "melihat" diri sendiri dan mengkajinya, barulah UF tahu dan sedar rupanya "kelebihan" diri UF ialah tahu buat semua perkara sikit-sikit. Alhamdulillah, rupanya itulah kelebihan yang Allah anugerahkan untuk UF. Perkara yang asalnya dianggap kekurangan tapi sebenarnya kelebihan bila kita berfikiran positif dalam hidup kita.

Bukan tujuannya UF nak mendabik dada, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Kalau anda di luar sana selalu rasa rendah diri sebab banyak kekurangan, ingatlah pasti ada kelebihan (kalau tak banyak pun, ada sikit) dalam diri anda yang Allah kurniakan. Berbangga dengan diri anda sendiri dan bersyukur dengan kurniaan Allah itu. Sedarlah walaupun seseorang itu berwajah cantik (contohnya) yang dianggap satu kelebihan, tidak semestinya orang itu lebih dalam perkara lain.

Mungkin terkadang ada seorang yang mempunyai kelebihan dalam banyak perkara: cantik, pandai, kaya dan sebagainya, tapi diri kita juga tetap ada kelebihan. Mungkin kelebihan itu belum dapat ditonjolkan kerana kita asyik dikalahkan dengan perasaan serba kurang.

Yang penting ialah kita berfikiran positif dan berpeganglah dengan moto:

"Aku tidak hidup disebabkan pujian orang dan aku tidak mati disebabkan cemuhan orang".

30 Oktober 2009

Kisah Aku dan Syeikh al-Buti (Part 2)

Semasa sibuk menguruskan Seminar Fatwa peringkat ASEAN tahun 2005 dulu, UF dah dapat tawaran sambung belajar di Universiti Damascus, Syria. Jadi bila syeikh al-Buti datang ke seminar tu, UF ambil kesempatan bersembang dengan beliau tentang tajuk yang sesuai untuk penulisan Ph.D. UF kata UF cadang nak tulis tentang perubahan hukum (Taghayyur al-Ahkam) dan Syeikh al-Buti bagi satu tajuk cadangan “Ahkam al-Imamah Wa al-Tabligh” pada UF untuk dikaji.

Bila dengar tajuk tu UF jadi blur kejap sebab tak faham sangat apa yang nak dikaji dan UF tanya ada tak kitab yang boleh UF baca dan rujuk. Syeikh al-Buti mencadangkan agar UF baca kitab “al-Ihkam Fi Tamyiz al-Fatawa An al-Ahkam Wa Tasarrufat al-Qadi Wa al-Imam” karangan imam al-Qarafi. Lepas tu UF memang ada baca kitab tu tapi bila tak berapa nak faham maksud perbincangan perkara tersebut, UF ambil keputusan nak kaji tentang perubahan hukum dalam fiqh.

Rupanya setelah UF menulis dan mengkaji berkenaan perubahan hukum ni, apa yang Syeikh al-Buti cadangkan pada UF dulu tu ada kaitan sebenarnya. Walaupun UF tak mengkaji tentang tajuk cadangan Syeikh al-Buti tu, tapi UF sentuh sedikit mengenainya dalam tesis.

Secara ringkasnya tajuk “Ahkam al-Imamah Wa al-Tabligh” yang dimaksudkan ialah tentang tindakan dan perbuatan Rasulullah S.A.W dan para pemimpin selepas baginda. Adakah semua perbuatan Rasulullah S.A.W wajib kita ikut serta patuhi atau tidak? Imam al-Qarafi dalam kitabnya yang disebutkan tadi telah membahagikan tindakan dan perbuatan Rasulullah S.A.W kepada tiga:

1) Atas dasar al-Tabligh (Penyampaian hukum @ Fatwa): Iaitu pemberitahuan dan penyampaian baginda tentang hukum hakam Syarak yang bersandarkan kepada dalil. Maka menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk mengikut semua hukum hakam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W, jika hukum itu wajib maka ia akan menjadi wajib selamanya hingga ke hari kiamat. Begitulah hukum hakam yang lain dan tidak boleh bagi mujtahid yang datang selepas itu untuk mengubah hukum hakam ini.

2) Atas dasar al-Qada’ (Penghakiman): Iaitu segala keputusan Rasulullah S.A.W yang bersandarkan kepada hujah dan keterangan atau dalam erti kata lain keputusan baginda dalam mahkamah. Sebarang keputusan hakim tidak boleh dibantah dan diubah kerana ia bersifat mengikat (mulzim).

3) Atas dasar al-Imamah (Kepimpinan @ Pentadbiran): Iaitu keputusan yang diserahkan kepada para pemimpin mengikut kebijaksanaan dan budi bicara mereka. Dasar al-Imamah ini bererti sebarang keputusan pentadbiran yang pernah diputuskan oleh Rasulullah S.A.W pada zaman baginda, dibolehkan kepada pemimpin selepas itu untuk tidak mengikut keputusan Rasulullah dan dibolehkan untuk memutuskan keputusan lain kerana ia hanyalah bidang yang melibatkan isu-isu pentadbiran dan bukannya hukum hakam. Ia dikenali sebagai Siasah Syariyyah yang diserahkan kepada pemimpin untuk menentukan apa yang terbaik kepada umat Islam.

Contohnya dalam isu unta terbiar, pada zaman Rasulullah dasar yang diambil oleh baginda ialah membiarkannya dan baginda melarang dari menangkapnya sehinggalah tuannya sendiri datang mengambilnya. Ini juga dasar yang diambil oleh Saidina Abu Bakar dan Umar R.A. Namun apabila zaman Saidina Usman, beliau mengarahkan agar unta-unta terbiar itu ditangkap dan dijual. Duit hasil jualan itu akan disimpan dan akan diserahkan kepada tuannya jika dia datang menuntut untanya selepas itu. Manakala pada zaman Saidina Ali pula, beliau menangkap unta terbiar itu dan menjaganya dengan tanggungan Baitul Mal. Jika tuan unta datang menuntutnya selepas itu, dia akan dicaj semua kos yang digunakan untuk menjaga untanya.

Jadi ada 3 keputusan dan dasar berbeza berkenaan unta terbiar ini. Pertama keputusan Rasulullah S.A.W berdasarkan sebuah hadis riwayat al-Bukhari (Bab Dallat al-Ibil). Kedua dan ketiga ialah keputusan sahabat yang jelas berbeza dengan keputusan Rasulullah. Imam al-Qarafi dan Syeikh al-Buti (dalam kitabnya Dawabit al-Maslahah) menyatakan bahawa sebarang keputusan Rasulullah S.A.W yang berdasarkan kepada dasar al-Imamah, tidak bererti kita wajib mengikutinya. Terpulang kepada kebijaksanaan para pemimpin untuk memutuskan satu keputusan baru yang sesuai menurut zaman masing-masing.

Banyak contoh-contoh keputusan yang berdasarkan kepada konsep al-Imamah pada zaman Rasulullah S.A.W telah diputuskan semula oleh para sahabat untuk disesuaikan dengan keadaan dan zaman masing-masing. Namun harus diingat, bukan semua perkara boleh dirombak semula kerana dibimbangi bahawa orang ramai yang tidak mendalami ilmu agama akan berpendapat semua keputusan termasuk yang berdasarkan dasar al-Tabligh dan al-Qada’ juga boleh diubah dan disesuaikan dengan peredaran zaman.

Ini sekadar tulisan ringkas bagi menjelaskan isu yang ditimbulkan. Adalah dinasihatkan supaya anda merujuk dan membaca kitab-kita dibawah untuk penjelasan dan pendetailan lanjut:
1. “al-Ihkam Fi Tamyiz al-Fatawa An al-Ahkam Wa Tasarrufat al-Qadi Wa al-Imam” karangan imam al-Qarafi.
2. “al-Furuq” karangan imam al-Qarafi.
3. “Dawabit al-Maslahah” karangan Syeikh al-Buti.
4. Tesis UF (jika diterbitkan di pasaran).

Walaupun UF tidak menulis tajuk yang dicadangkan oleh Syeikh al-Buti, tapi akhirnya UF memahami apa yang dicadangkan oleh beliau kerana ia memang ada kaitan dengan tajuk perubahan hukum yang UF tulis. Anak Syeikh al-Buti, Dr. Taufiq al-Buti juga pernah membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan tajuk “Ahkam al-Imamah Wa al-Tabligh” dalam seminar anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM pada tahun 2007.

09 Oktober 2009

Kisah Aku dan Syeikh al-Buti

Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti (pengarang kitab Dawabit al-Maslahah dan Fiqh al-Sirah) merupakan tokoh ulama terkenal di Syria dan terkadang orang selalu salah sebut dan panggil dia Syeikh Ramadan al-Buti. Syeikh Ramadan al-Buti itu adalah ayah dia yang juga merupakan salah seorang ulama Syria. UF ada sedikit kenangan bersama Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti yang ingin dikongsikan bersama.

Pertama kali UF bertemu dengannya, semasa dia datang ke UKM (Tahun 1999 atau 2000) memberikan ceramah umum di masjid UKM. Kali ke dua semasa beliau dijemput oleh INFAD, USIM sebagai penceramah utama dalam seminar Fatwa peringkat ASEAN pada bulan Ogos tahun 2005. Masa tu UF jadi setiausaha seminar tersebut dan UF ambil kesempatan untuk jadi penyambut kedatangannya di KLIA. Maklumlah UF sendiri yang dok atur jadual bertugas para penyambut tetamu pembentang luar negara.

Ulama dari Syria yag dijemput asalnya ialah Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti dan juga Syeikh Mustafa Dib al-Bugha, namun disebabkan hal-hal yang tidak dielakkan, Syeikh Mustafa Dib al-Bugha tidak dapat datang dan beliau digantikan oleh anaknya Dr. Hasan al-Bugha.

Pada hari ketibaan Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti dan Dr. Hasan al-Bugha, kapal terbang mereka dijangka akan mendarat jam 8 pagi. Sekitar jam 7.45 pagi UF dan driver USIM bertolak dari USIM, tapi driver tu ajak UF minum pagi dulu sebab sementara Syeikh nak keluar dari airport dan ambil bagasi, ia akan ambil masa juga. Mungkin dalam 8.30 lebih barulah Syeikh dan Dr. Hasan akan keluar. Lagipun perjalanan ke KLIA dari Nilai lebih kurang 20 minit saja.

Jadi kami pun pi la minum dulu kat restoran mamak di Nilai, tiba-tiba UF dapat panggilan dari INFAD bagitau yang Syeikh dan Dr. Hasan dah pun keluar. Kelam kabut kami dibuatnya dan terus pergi ke KLIA dan bila sampai saja di KLIA, UF terus pergi cari Syeikh. Bila jumpa dia saja, Syeikh marah sangat dan dia kata nilah pertama kali dia dijemput ke seminar takde orang sambut dia. UF punyala malu dan berkali-kali minta maaf kat Syeikh dan Dr. Hasan.

Dr. Hasan nampak cool je dan dia dok senyum tengok Syeikh membebel. UF pun tahan telinga je la dengar bebelan tu sebab memang salah UF pun. Nasib baiklah Syeikh ada no. telefon INFAD, jadi dia call INFAD tanya mana penyambut dia. Lepas tu kami pun beredar dari KLIA dan menuju ke Hotel Nikko, tempat seminar dijalankan. Nasib baiklah sepanjang perjalanan tu Syeikh pun dah sejuk sikit dan dah tak marah-marah dah. UF layan mereka bersembang terutama Dr. Hasan yang baru pertama kali datang ke Malaysia.

Bila dok teringat kisah ni, terkadang nak tergelak pun ada walaupun ada 2-3 orang kawan UF pun dok perli UF. Moral of the storylan kali datang awal ke airport... heheh.... Syeikh! UF minta maaf nooooooo

07 Oktober 2009

Hari ni bermula pertandingan Mahkamah Mut Syariah peringkat Fakulti Syariah dan Undang-Undang untuk mencari wakil bagi mewakili USIM ke pertandingan Mahkamah Mut Syariah peringkat Kebangsaan pada bulan Disember nanti. Ni baru habis jadi hakim peringkat pusingan awal.

Kes yang dipertandingkan tadi berkisar kes harta sepencarian, jadi peguam plaintif memohon kepada mahkamah untukmeluluskan permohonan plaintif terhadap beberapa jenis harta seperti rumah, tanah, ASB, kereta dan lain-lain. Mereka ditentang hebat oleh peguam-peguam defendan yang menyatakan tidak semua harta tersebut layak dituntut plaintif kerana sebahagiannya adalah milik syarikat defendan dan defendan hanya pemegang amanah atau pengurusnya sahaja. Tambahan pula defendan mendakwa yang plaintif telah nusyuz.

Satu pengalaman baru jugala untuk UF, sebab first time tengok perjalanan pertandingan Mahkamah Mut Syariah. Walaupun UF ada tauliah peguam Syarie Negeri Sembilan tapi tak pernah pun bawa kes. UF tengok tadi peguam-peguam plaintif dan defendan walaupun masih banyak kelemahan dari segi penghujahan dan aplikasi undang-undang terhadap fakta, tapi kalau diasah bakat mereka, Insya Allah mereka boleh jadi peguam syarie yang baik.

Sedikit sebanyak dah nampak gambaran bagaimana satu-satu perbicaraan dalam mahkamah syariah berlangsung. Lepas ni bolehla UF try ambil kes. Ada sesiapa berminat nak ambil UF jadi peguam Syarie? hehehe

06 Oktober 2009

Temuduga Tauliah Mengajar

Hari ini UF pergi temuduga untuk dapatkan tauliah mengajar di JAIS pada jam 11 pagi. Dok mengajar di surau/masjid dah lama tapi tak ada tauliah pun. Jadi UF mohon tauliah rasmi untuk elak apa-apa masalah pada masa akan datang.

Bila sampai di JAIS, sebelum temuduga UF diberi satu borang yang perlu diisi. Borang tu mengandungi beberapa soalan, kira lebih kurang ujian ringkas untuk uji keilmuan seseorang pemohon tauliah. UF kata ujian ringkas sebab soalan-soalannya mudah, kira soalan basic je. Contohnya apa itu najis mughallazah, perlu atau tidak melafazkan "Usalli" ketika nak solat dan sebagainya.

Masa dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga ada 2 orang yang menemuduga. Hanya bersembang biasa bukan temuduga formal sangat. Di samping sembang-sembang tu,UF ditanya apa pandangan tentang isu Kartika (model yang kena sebat sebab minum arak). UF jawab, yang jadi keliru sebab orang ramai tak faham tentang enakmen jenayah syariah negeri-negeri. Kalau tahu dan faham, takkan timbul polemik pro dan kontra macam dalam surat khabar.

UF ditanya lagi, beliau (Kartika) dijatuhkan hukuman dengan 6 sebatan atau dirotan 6 kali. Mula-mula UF jawab tu hanya perbezaan istilah dan selalunya memang pesalah disebat dengan rotan. Namun penemuduga tanya, betul ka dengan rotan? Baru UF terfikir balik, ye tak ya juga, zaman Rasulullah pesalah bukannya disebat dengan rotan (mana ada pokok rotan di negara arab).

Yang tersebut dalam ayat Quran dan hadis, ialah suruhan untuk "sebat" pesalah (peminum arak contohnya) dan tidak diperincikan sebat itu dengan apa. Sebab itulah ada para sahabat yang sebat guna kasut, pelepah tamar dan sebagainya. Penemuduga tu kata, nak menunjukkan yang hukum Syariat tu begitu indah dah tidak menzalimi orang walaupun pesalah. UF juga diminta untuk menjelaskan isu ni kepada orang ramai dan UF angguk je.

Kebetulan dah sebut pasal sebat menyebat ni, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Sedunia (INFAD), USIM akan menganjurkan satu muzakarah ilmiah yang bertajuk: "Hikmah dan Hukuman Sebat: Perspektif Syariah dan Perubatan". Ia akan diadakan pada:

Tarikh: 9 Oktober 2009
Hari: Jumaat
Masa: 9 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama FSU, USIM

SENARAI PEMBENTANG :
1. PANEL 1: PROF. DATO' DR. MAHMOOD ZUHDI HJ. ABDUL MAJID (TIMBALAN DEKAN, ISTAC UIA)
2. PANEL 2: DR.ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI (KARYAWAN TAMU INFAD)
3. PANEL 3: DR. BURHANUDDIN BUSU (PENSYARAH FPSK)

Semua dijemput hadir!

04 Oktober 2009

Catatan 3 Oktober

Kelmarin (Sabtu), UF bersama keluarga pergi ke Melaka lebih kurang jam 3 petang. Kumpulan Instinct akan membuat persembahan di UTEM, Melaka sempena Konvokesyen UTEM ke 5 pada sebelah malamnya. UF ada seorang kawan masa mengaji di Mesir dulu yang jadi pensyarah di UTEM (Us. Ismail Ibrahim). Hari Jumaat UF dah call dan kata nak pergi ke rumah dia.

UF sampai lebih kurang jam 4 petang, dan terus ke rumah kawan UF di Taman Melaka Perdana. Kami bersembang lama juga sampai ke Maghrib, maklumlah jarang-jarang sangat kami berjumpa. Selepas solat Maghrib dan mandi, UF pun pergi ke tapak pesta konvo UTEM yang terletak lebih kurang 15 minit dari rumah kawan UF tu.

Walaupun malam dan gelap tapi UF dapati bangunan di UTEM nampak cantik juga berbanding sesetengah bangunan di USIM (terutama bangunan FSU, fakulti UF sendiri). Kawasan UTEM pun nampak luas juga. Cuma menurut kawan UF tu UTEM ada masalah dengan lalat sebab sekeliling UTEM adalah ladang ayam.

Lebih kurang jam 9 malam, kumpulan Instinct membuat persembahan. Majlis tu sebenarnya adalah majlis Forum perdana dan Instinct membuat persembahan pembukaan. Ini kali ke 2 Instinct dijemput untuk buat show di UTEM (maklumlah salah seorang ahli Instinct "Mahadir" tu adalah penolong pendaftar di UTEM). Malam tu Instinct menyanyi 4 lagu. Terima kasih kepada UTEM kerana menjemput Instinct.

UF bertolak pulang lebih kurang jam 11 malam dan sampai di rumah jam 11.49 malam.


(Instinct sedang membuat persembahan, dah lama tidak berenam sebab berjauhan)

(panelis Forum Perdana serta hadirin dan hadirat)

29 September 2009

DIMASHQU (13)

Sepanjang perjalanan dalam kapal terbang dari KLIA ke Dubai, perasaanku merewang jauh ke Syria. Aku dan keluarga sampai di lapangan terbang Dubai lebih kurang jam 8-9 malam waktu tempatan. Aku transit di Dubai lebih kurang 12 jam dan tanpa menunggu lama aku terus bertolak ke hotel penginapan dan aku menukar sedikit wang Dollar ke Dirham untuk tambang teksi.

Perjalanan dari lapangan terbang Dubai ke hotel penginapan tidaklah jauh sangat, lebih kurang setengah jam. Aku tidaklah asing sangat dengan Dubai sebab tahun 2004 aku pernah datang dan bentang kertas kerja di Universiti Sharjah. Lama dahulu masa aku pulang dari Mesir pun pernah transit di Dubai.

Hotel tempat aku dan keluarga menginap tidaklah besar sangat, ia terletak dalam bandar dan mungkin bertaraf 3 bintang saja. Nasib baik pemandu teksi tu dapat meneka lokasi hotel tu dengan tepat berdasarkan alamat yang aku bagi padanya. Memang terasa lapar juga, dan sebaik aku check in dan meletak barang dalam bilik, aku keluar seorang diri mencari makanan.

Kelihatan ada restoran KFC tidak jauh dari hotel tu dan kesitulah yang aku tuju. Aku hanya beli burger untuk aku dan isteri serta anak aku untuk mengalas perut. Tapi sampai di hotel balik, disebabkan letih yang amat sangat, kami tak menjamah pun burger yang aku beli. Terus kami tidur dek kepenatan perjalanan seharian. Sebelum tidur aku telefon bahagian penyambut tetamu supaya kejutkan aku jam 4 keesokkan pagi kerana flight aku ke Damascus di awal pagi (jam 7 pagi). Mana nak tahu takut terlajak tidur sebab letih, bimbang terlepas flight.

Bersambung....

28 September 2009

Setelah Sekian Lama...

Hari ni 28hb September, UF kena lapor diri untuk bertugas semula di USIM setelah 3 tahun 9 bulan bercuti belajar. Pejam celik kejap je masa berlalu, walaupun sebenarnya UF masih belum selesai lagi Ph.D. Tapi yang penting UF dah habih menulis tesis. Hanya tengah edit apa yang penyelia suruh sebelum penilai dalam dan luar baca pulak.

Sebenarnya dari segi masa di UIA, UF baru 2 tahun je tapi disebabkan tempoh sebenar UF cuti belajar dikira daritarikh UF pergi ke Syria (Disember 2005), itu yang menyebabkan UF dah hampir sampai masa maksimum iaitu 4 tahun.

Pagi tadi, lepas hantar anak pi sekolah, UF terus ke USIM untuk lapor diri. Dah habis urusan kat unit cuti belajar, UF pi ke Fakulti Syariah dan Undang-Undang untuk uruskan bilik. Tapi bila sampai ke fakulti, pembantu tadbir yang dok urus bilik tu pulak cuti hari ni. Sabar je lah….

Esok (selasa) dapat cuti tanpa rekod sampai hari Ahad sebab prosedurnya pensyarah/tutor yang lapor diri dari cuti belajar akan dapat cuti tanpa rekod selama seminggu. Jadi hari Isnin depan pulak la masuk kerja balik tapi esok kena pi USIM jugak sebab nak setelkan bilik. Lagipun tesis tak habis edit lagi ni, dah dapat bilik sedapla buat kerja edit mengedit ni.

Selamat bertugas kembali kepada diri sendiri!!!! Orang dah mula pangil Dr. Irwan hehehe

(Bergambar sebelum lapor diri di USIM)

11 September 2009

Sekadar Pandangan

Tadi masa dengar khutbah jumaat, khatib berkhutbah tentang zakat fitrah dan dia ada sebut pasal syarat wajib zakat fitrah dan hikmahnya serta perkara-perkara berkaitan. Sambil mendengar khutbah tu sambil UF terfikir, kalaulah wang zakat fitrah yang dikumpul tu bertujuan untuk membantu faqir miskin terutama untuk menghadapi hari raya Aidilfitri, boleh tak pusat zakat negeri ambil inisiatif pada masa depan, cari mekanisme menggalakkan umat Islam bayar zakat fitrah lebih awal, yakni sebelum 15 Ramadan.

Tujuannya ialah bila zakat fitrah sudah terkumpul awal, maka agihannya juga boleh diawalkan dan faqir miskin mendapat bahagian mereka masing-masing lebih awal sebelum tibanya 1 Syawal. Katakan 15 Ramadan adalah tarikh target, jadi sekitar 20-25 Ramadan wang zakat fitrah itu perlu diagihkan kepada golongan faqir miskin. Manakala zakat fitrah yang dibayar selepas tarikh itu boleh diberikan kemudian.

Dapatlah golongan faqir miskin membuat persiapan dengan sempurna lebih awal dari segi pakaian raya untuk anak-anak dan kelengkapan lain-lain. Kalau kita masih mengamalkan sistem agihan selepas hari raya Aidilfitri seperti sekarang, maka golongan faqir miskin tidak mendapat kenikmatan berhari raya (walaupun sikit).

Walaupun waktu wajib untuk bayar zakat fitrah ialah tenggelamnya matahari akhir Ramadan dan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri namun boleh dikeluarkan zakat fitrah bermula awal Ramadan lagi dan hukumnya adalah sunat. UF rasa kita boleh cuba cadangan ini.

Ini adalah pandangan UF, boleh ditolak dan boleh dibincang… apa komen anda?

10 September 2009

Bila Beban Semakin Bertambah

Tahun 2006 bila UF buat satu research mengenai punca-punca murtad di bawah tajaan YADIM, UF pergi ke Sarawak untuk mendapatkan data berkaitan. Antara tempat yang UF pergi ialah HIKMAH iaitu satu badan NGO yang terlibat dengan aktiviti dakwah di sana. Dalam satu temubual dengan seorang ustaz veteran (tak ingat nama dia), UF rasa terpukul dengan kata-katanya bila dia sebut, di mana pelajar-pelajar al-Azhar? Mereka hanya mahu kerja dalam aircond dan amat sedikit yang sanggup masuk ke pedalaman untuk terlibat dalam kerja-kerja dakwah.

Bila UF fikir-fikir balik, memang betul kata ustaz tu, selama ni kita dok rasa yang kita dah menjalankan kerja dakwahbila dijemput berceramah di sana sini. Sebagai pensyarah universiti, kita dok anggap kita dah berdakwah dan mentarbiah para pelajar dalam kelas. Betul, tapi berapa ramai dari kalangan ustaz/ah dan pensyarah yang betul-betul terlibat dengan masyarakat dalam erti kata yang lebih luas. Kebanyakan kita hanya sanggup dipanggil berceramah di tempat-tempat tertentu, terutama dalam televisyen, tapi untuk memimpin dan terlibat dengan masyarakat kita memberi pelbagai alasan.

Memegang gelaran ustaz/ah sebenarnya memberi peluang yang luas untuk kita diterima dalam masyarakat sebab mereka menghormati kita. Bila UF berada di Kota Warisan dan orang mula mengenali UF seorang “ustaz”, bermula dengan mengajar kuliah maghrib di surau, sehingga sekarang UF terlibat dalam 13 jawatankuasa di Kota Warisan sahaja. Bukan mahu mendabik dada kerana tidak ada faedahnya, tetapi menyedari beban yang semakin bertambah, terkadang tu memang rasa amat berat untuk memikulnya. Ini tak termasuk jawatankuasa di tempat kerja yang setakat ni tiada lagi sebab UF masih dalam cuti belajar. UF yakin bila dah masuk kerja balik lepas raya ni, akan adalah lantikan dalam mana-mana jawatan atau jawatankuasa.

Terkadang tu terasa malu nak mengaku seorang “ustaz” atau “pendakwah” jika nak dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat baginda R.A. Mungkin hanya layak digelar ustaz aircond sebab nafsu diri hanya mahu mendapat layanan VIP sebab “aku seorang ustaz”. Kalau hanya mahu layanan begitu, jangan mengakulah diri tu pendakwah hebat, buat malu je.

Ya, terasa diri tak terpikul amanah yang dipertanggungjawabkan, tetapi yang menjadi kekuatan diri untuk terus berbakti, berdakwah dan terlibat dalam masyarakat ialah doa orang berjuang:

اللَّهُمَّ لاَ تُخَفِّفْ حَمْلِيْ وَلَكِنْ قَوِّيْ ظَهْرِيْ
Maksudnya, “Ya Allah, janganlah Engkau ringankan bebanku, tapi kuatkanlah pundakku”.

05 September 2009

DIMASHQU (12)

(lambaian terakhir dari keluarga)

Perasaan aku tidaklah begitu sedih untuk meninggalkan Malaysia, kerana perasaan teruja dapat ke Syria melebihi segalanya. Lagi pula aku sudah biasa hidup di perantauan sebelum ini di Mesir selama hampir 6 tahun. Yang terbayang di mata ialah Syria Syria Syria...

(sebelum naik kapal terbang di KLIA)

Aku dan keluarga menaiki penerbangan MAS dan bertolak ke Dubai lebih kurang jam 1 tengah hari. Aku melayan telatah anak aku Itmi'nan yang ketika itu berumur 3 tahun dan begitu seronok kerana dapat menaiki kapal terbang.

(dalam kapal terbang)

Bersambung...

03 September 2009

Ulasan Bengkel Lilin

Pembentangan pada hari tersebut dimulakan oleh En. Ann Wan Seng yang menyentuh mengenai adat orang cina dalam pengurusanmayat orang cina. Beliau membahaskan 3 aspek penting iaitu:
1. Adat kematian orang cina.
2. Upacara Pengkebumian orang cina.
3. Pantang larang kematian orang cina.

Persoalan yang timbul dan ada kaitan dengan pembincangan bertitik tolak dari tindakan YB Dato' Sri Nizar Jamaluddinyang memegang lilin dan memakai baju warna hitam dalam satu majlis yang dikatakan sempena memperingati kematianTeoh Beng Hock. Menurut En. Ann Wan Seng, penggunaan lilin bukanlah upacara agama orang cina, malah ia lebih kepada adat dan lilin bukanlah unsur terpenting dalam urusan kematian orang cina berbanding colok.

Dari segi pakaian pula, selalunya anak si mati akan memakai baju warna hitam, cucu akan memakai baju biru, cicit akan memakai baju hijau dan menantu akan memakai baju putih. Namun ia bukanlah wajib kerana ia lebih kepada adat sahaja kerana terkadang ada suku kaum cina yang memakai serba putih.

Pembentangan kedua pula oleh Us. Zaharuddin Mohamad (Pegawai Syariah ISRA) yang menyentuh mengenai hukum Vigil (menyalakanlilin). Menurut beliau, tujuan nyalaan lilin dapat dibahagaikan kepada 4 tujuan:
1. Pemujaan.
2. Berkabung.
3. Kepercayaan kepada kuasa tertentu.
4. Simbolik.

Hukum bagi tindakan pertama, ke dua dan ke tiga adalah haram kerana ia memupunyai unsur mensyirikkan Allah Taala, manakalahukum bagi tindakan ke empat dikategorikan sebagai syubuhat yang seeloknya ditinggalkan oleh umat Islam kerana ia tidakmemberi apa-apa manfaat. Menurut beliau lagi bukan semua adat diterima atau ditolak seratus peratus oleh Syariat, adatyang bertepatan dengan prinsip Syarak maka ia diterima. Adat yang menyalahi prinsip Syarak, maka ia ditolak.

Beliau menambah bahawa beliau pernah bersembang dengan Prof. Wu (Prof. bagi pengajian bahasa Melayu di sebuah universiti China)yang berpendapat bahawa lilin adalah upacara agama dalam kematian orang cina. Namun ini dijawab oleh En. Ann Wan Sengbahawa adat orang cina di Malaysia berbeza dengan adat orang cina di China. YB Nizar juga sebenarnya ketika memegang lilin dan memakai baju hitam itu bukannya berada dalam majlis upacara kematian tetapi berada dalam sebuah majlis lainiaitu menuntut pembubaran DUN Perak. Jadi tidak timbul isu terlibat dalam upacara keagamaan kematian orang cina.

Bengkel ini sedikit sebanyak membuka minda untuk memahami adat orang cina dalam menguruskan sesuatu kematian dan En. Ann Wan Sengsendiri telah menulis mengenai beberapa adat orang cina yang merangkumi pelbagai aspek dalam sebuah bukunya.

27 Ogos 2009

Hotel Residence & "Bersamamu" TV3

Semalam kumpulan Instinct dijemput untuk membuat persembahan bagi meraikan keluarga "Bersamamu" TV3 di Hotel Residence, Uniten, Bangi. Ini adalah tahun ke dua Instinct dijemput oleh Hotel Residence dan Ramadan kali ini ada 4 keluarga yang diraikan sambil berbuka puasa.

Asalnya UF pergi ke program tu nak buka puasa ja dan bawa sekali anak dan isteri. Sepatutnya Instinct perform 2 lagu sebelum berbuka tapi bila dah dekat pukul 7 malam, ahli Instinct (GG dan Aqmal) masih terperangkap dalam traffic jam di Sg. Besi. Bila sampai jam 7.45 malam, dieorang masih belum sampai-sampai lagi, terpaksalah UF jadi bidan terjun dengan Zarif berdua je naik atas pentas.

Yang lawak tu, si Zarif tu pulak datang pakai T-Shirt je sebab kostum ada kat Aqmal. Nasib baiklah UF bawa jaket hitam, dan bagi dia pakai. Tapi still nampak pelik la, sebab UF pakai baju Raihan, yang dia pula pakai jaket hitam sampai orang hotel tanya, kumpulan Instinct ni memang style baju tak sama ke? hehe…

Satu pengalaman lucu, sebab si Zarif hanya ingat lirik lagu Resah dan UF pulak hanya ingat lirik Anta Rabbuna dan Itmi’nan, itupun ingat-ingat lupa. Itulah yang terjadi masa UF tengah nyanyi dengan suara yang tak sedap tu, tetiba terlupa lirik. Tapi buat-buat cool, control macho macam takde apa yang berlaku. Bila kami dah perform 2 lagu, barulah si GG dan Aqmal sampai dan dieorang terus naik atas pentas untuk bersama kami menyanyikan lagu seterusnya.

Kepada Hotel Residence, UF bagi pihak kumpulan Instinct minta maaf banyak-banyak atas kekurangan yang berlaku semalam. Tahun depan jemputlah kami lagi walaupun itu hanya show amal. Insya Allah kami akan datang lagi.

(maaf atas kualiti gambar yang rendah)

21 Ogos 2009

Makluman Terkini Persidangan Meja Bulat - Isu Lilin

Dimaklumkan bahawa persidangan meja bulat mengenai isu lilin akan diadakan pada:

Tarikh : 29 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Rumah Dr. Suhaini Kadiman IJN (No. 2, Jalan 4/5 J, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi = Belakang Surau al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi)

Yuran adalah RM 10 sahaja (termasuk kertas kerja dan berbuka puasa).

Tempat adalah terhad dan peserta hanya dihadkan kepada 60 orang sahaja, kepada anda yang berminat menghadiri persidangan tertutup ini, sila hubungi Us. Irwan bin Mohd Subri (013-3543594) dengan segera dan sila sahkan kehadiran anda!

Nota: Surau al-Kauthar terletak berhadapan stesen Petronas Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Sila parking kereta anda di perkarangan surau al-Kauthar dan berjalan kaki ke rumah banglo Dr. Suhaini yang terletak di belakang surau al-Kauthar. Untuk mengetahui lokasi persidangan tersebut sila hubungi Us. Irwan.

Untuk maklumat lanjut mengenai persidangan ini, sila klik di sini!

20 Ogos 2009

Yang Penting Bertaubat

UF nak ulas sikit pasal seorang bekas model wanita yang telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan minum arak. Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai 2009 telah menjatuhkan hukuman maksimun enam sebatan dan denda RM 5000 terhadapnya setelah disabitkan atas kesalahan meminum arak. Surat khabar melaporkan yang beliau insaf dan reda atas hukuman yang dijatuhkan kepadanya oleh mahkamah. Malah beliau mahukan hukuman sebatan itu dijalankan di khalayak ramai supaya pihak keluarga dan media menyaksikannya (walaupun niatnya mungkin tidak tercapai).

Alhamdulillah jika wanita tersebut sudah insaf atas kesalahan dosa besar (minum arak) yang dilakukannya. Kebetulan UF mengajar di surau al-Hijrah Kota Warisan mengenai Bab al-Jinayat (Hudud) yang salah satunya ialah hukum hudud bagi peminum arak. Walaupun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hanyalah berbentuk takzir dan bukannya hudud, namun sedikit (tak banyak pun) membuka mata ramai pihak yang Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk menghukum pesalah-pesalah jenayah Syariah berdasarkan enakmen-enakmen Syariah bagi negeri-negeri.

UF hanya nak nasihatkan kepada wanita tersebut dan mana-mana pesalah jenayah yang lain, yang penting ialah taubat nasuha kepada Allah Taala. Walaupun hukuman di dunia (sebatan, penjara dan lain-lain) telah dilaksanakan, belum tentu hukuman di akhirat akan terlepas. Berusahalah untuk melepaskan diri juga dari hukuman akhirat iaitu dengan bertaubat setaubat taubatnya di dunia ini kerana masih ada kesempatan selagi nyawa masih ada.

Pesalah jenayah yang dilaksanakan hukumannya di dunia dan dia telah bertaubat sebenar-benarnya serta menyesalatas perbuatannya, Insya Allah akan terlepas daripada hukuman (azab) Allah di akhirat nanti. Manakala pesalah jenayah yang tidak insaf ataupun bertaubat kepada Allah walaupun setelah dilaksanakan hukuman dunia ke atasnya, akan berhadapan pula azab Allah di sana nanti. Maka amat malanglah baginya, dua kali menerima hukuman.

Renung-renungkanlah!

17 Ogos 2009

Majlis Pelancaran Dana Pembesaran Surau al-Hijrah

(Tim. Mufti Selangor sedang berucap)

Semalam 16 Ogos 2009 berlangsung satu majlis Pelancaran Dana Pembesaran Surau al-Hijrah, Kota Warisan, Sepang yang disempurnakan oleh Sahibus Samahah Dato' Hj. Abd Majid bin Omar, Timbalan Mufti Negeri Selangor.

(Sebahagian hadirin dan hadirat)

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid kumpulan Instinct.

(kumpulan Instinct)

16 Ogos 2009

Video Klip "Resah" - INSTINCT

Buat semua peminat kumpulan Instinct, terimalah video klip lagu "Resah" yang tak seberapa ni:

http://www.youtube.com/watch?v=5nULR65hZkQ

12 Ogos 2009

Makluman Terkini!

Dimaklumkan kepada semua, persidangan meja bulat yang dijadualkan pada 16 Ogos 2009 (Hari Ahad ni), terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ini kerana panelis yang sepatutnya membentangkan kertas kerja pada persidangan tersebut tidak dapat menghadirkan diri kerana ada komitmen lain yang lebih penting.

Segala kesulitan amat dikesali dan maklumat terkini mengenai persidangan meja bulat itu akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Harap maklum.

07 Ogos 2009

Perubatan Islam: Ujian Segera

Petang kelmarin selepas Asar, UF dah janji dengan Us. Zairol (imam surau al-Hijrah, Kota Warisan) nak ambil ijazah perubatan Islam dengan dia. Dia dah dapat ijazah daripada Dato' Dr. Haron Din di Darussyifa'. UF berhajat juga nak belajar di Darussyifa' tapi kekangan masa yang menghalang sebab kelas pengajiannya setiap Isnin malam selama 9 bulan.

UF nak ambil ijazah perubatan Islam tu bukannya apa, sekurang-kurangnya untuk pelindung diri dan keluarga. Kalau orang minta tolong bolehlah ikhtiarkan sikit-sikit. UF ambil dari Us. Zairol amalan yang penting-penting saja sebab kalau nak ambil ijazah semua tu ambil masa sebab banyak ayat dan doanya. Ijazah ni penting sebab Dato' Dr. Haron Din pun dah pesan dalam buku dia, kalau nak berubat orang seeloknya mesti berguru.

Lebih kurang jam 5.45 petang Us. Zairol datang rumah dan UF pun terimalah ijazah beberapa amalan ayat al-Quran dan doa daripada dia. Lepas tu kami bersembang pasal perubatan Islam dan Us. Zairol menyampaikan pesan Dato' Dr. Haron Din kepada semua orang yang ingin mengamalkan perubatan Islam ni. Antaranya ialah jangan promosikan diri, biar orang yang cari, biar orang yang minta tolong.

Elok Us. Zairol sebut je gitu, tetiba kami dengar jeritan dari jiran sebelah rumah UF. Jeritan pertama kami tak hirau lagi sebab ingat takde apa-apa. Tapi bila jeritan kali ke dua, kami pun menerpa ke rumah jiran tersebut. Kami dapati pintu terbuka dan masih terdengar lagi raungan si jiran tu. UF pun memanggil-manggil nama jiran dan bila dia datang ke muka pintu, dia sedang mendukung anaknya yang berumur setahun lebih sambil dia menangis dan beritahu yang anak dia tarik (sebab demam) dan pengsan.

Terus kami suruh dia buka pintu gril dan ajak dia ke klinik. Masa UF ambil si anak dari si ibu, anak tu masih pengsan dan UF beri pula pada Us. Zairol dan dia baca surah Fatihah dan
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيئ في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
barulah si anak tu sedar sikit. Masa UF mula-mula dukung anak jiran tu, UF sendiri yang panik dan terketar-ketar melihat keadaan anak tu.

Dalam kereta nak pergi klinik, UF yang dukung anak tu dan jiran si ibu drive kereta. Badan si anak tu memang panas sangat dan UF baca Fatihah sekali lagi sebab tengok walaupun dia dah sedar tapi macam terpinga-pinga. Habis baca Fatihah, si anak tu muntah banyak juga atas UF dan baru dia merengek sikit. Masa kejadian tu berlaku, suami jiran ni baru sangat keluar pergi kerja, rasanya tak sampai 5 minit dia keluar.

Kat klinik doktor hanya masukkan ubat demam ke punggung si anak dan kata tak perlu pergi hospital. Dia suruh tunggu kesan ubat yang dia bagi, kalau melarat teruk sangat barulah pergi ke hospital. Menurut si ibu, anak tu dah kali ke dua jadi tarik, pertama kali masa umur 10 bulan. Mudah-mudah Allah sembuhkan anak tu dari demam panas dan menyelamatkannya dari kesan buruk demam tu.

04 Ogos 2009

Persidangan Meja Bulat

Tajuk: Penglibatan orang Islam dalam urusan kematian masyarakat Cina

Tempat : Darul Fuqaha', Bangi (Berhadapan dengan MPI, Bangi)Masa : 9.00 am hingga 1.00 pmTarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)Penganjur : ILMUAN, PAPISMA, ILMAM, NAIM dan lain-lainYuran : hanya RM 10 (kertas kerja dan makan)
Semua dijemput hadir!

Pengenalan
Hubungan antara Islam dan bukan Islam sedang dalam proses mencapai tahap kematangan di mana selepas 50 tahun merdeka, banyak isu-isu yang melibatkan hubungan ini daripada aspek perundangan Islam telah timbul sekarang. Mungkin sepanjang 50 tahun yang lalu, hubungan dan interaksi berlaku tetapi tidak mengambil kira pandangan hukum daripada perundangan Islam.

Isu lilin yang timbul berkaitan dengan Y.B. Mohd Nizar Jamaludin yang memegang lilin sempena sidang akhbar memprotes kematian orang Cina telah menimbulkan polemik antara beberapa ilmuan di Malaysia antara yang membolehkan dan yang mengharamkan, serta tidak kurang pula yang mengsyubhahkan.

Persidangan meja bulat ini yang lebih bersifat perbincangan bersama golongan pakar dalam bidang pengajian Islam yang diadakan untuk membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam agar isu ini dapat dihadami dengan baik. Hasil daripada perbincangan dalam persidangan ini akan dibawa kepada pihak yang berkenaan dan pihak yang berwajib untuk dihalusi dengan lebih teliti. Justeru, pihak penganjur ingin menjemput semua pihak agar dapat menyumbang kehadiran bagi menyerikan lagi persidangan ini. Selain itu, sekiranya tuan/puan mempunyai bahan kajian berkenaan dengan isu ini harap dapat dikongsi bersama agar perbincangan dapat dibuat dengan mengambil kira semua pandangan.

Ahli Panel Perbincangan
Panel 1: Ann Wan Seng (Penganalisis Sosial)
Tajuk: Pengurusan kematian masyarakat Cina antara adat dan Ibadat.

Panel 2: Ustaz Zaharuddin Mohamad (Pegawai Shariah, International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA)
Tajuk: Pengurusan kematian masyarakat Cina: Perspektif Fiqh.

Panel 3: Akan ditentukan kemudian (Ahli politik yang berpendidikan Islam)
Tajuk: Pengurusan kematian masyarakat Cina: Perspektif politik Malaysia.

Jika berminat sila hubungi (SMS) Us. Irwan 013-3543594 untuk pendaftaran (tempat adalah terhad).

02 Ogos 2009

Monolog Buat Nafsu

Jika kau menyangka aku akan tewas dengan pujukanmu,
Ketahuilah sangkaan itu bak buih di lautan,
Berbekalkan iman yang tersemat,
Di lubuk hati paling dalam,
Relaku berkorban demi Islam,
Patah kaki, sayapku ada,
Patah sayap, paruhku ada,
Patah paruh, jiwaku ada,
Namun menyerah tidak sekali,
Manakan tahan bila ku lihat,
Islam diinjak manusia laknat,
Bacullah aku, dayuslah aku,
Jika kubiar Islam dihina,
Biar mereka menuduhku,
Pengganas gila yang tiada akal,
Relaku rela hina di mata mereka,
Sedangkan Allah lagi Mengetahui,
Aku berjuang, takkan ku jemu,
Sama ada terjulang panji yang suci,
Atau ku gugur syahid,
Biar anak dan isteriku menangisi,
Jasadku yang kaku menyembah bumi,
Moga ditempatkan aku bersama,
Para Anbiya' dan para syuhada.

Tribute and Salute buat pejuang 1 Ogos 2009...

30 Julai 2009

Why Do You Have To Be Like Others?

UF dapat satu youtube dari seorang kawan, walaupun ini adalah iklan komersial syampu Pantene, tapi mesej yang ditonjolkan amat menyentuh hati. Ia mengisahkan seorang remaja perempuan pekak dan bisu yang belajar biola walaupun dicemuh oleh rakannya.

Youtube ini boleh dijadikan motivasi berguna kepada mereka yang merasakan ada kekurangan dalam diri mereka. Bak kata-kata akhir iklan ini "You can Shine"...

Anda saksikanlah iklan itu sendiri, tapi sediakan tisu untuk mengesat air mata:

http://www.youtube.com/watch?v=Um9KsrH377A

27 Julai 2009

Once Upon A Time With Iqra' (Part 2)

Masa UF ditawarkan jadi tutor tahun 2001 di Kolej Universiti Islam Malaysia (sekarang dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia),UF masih mengajar Iqra' dan al-Quran rumah ke rumah lagi. Ye lah, gaji tutor masa tu baru RM 1752.90, tolak KWSP dan lain-lain tinggallah dalam RM 1500 lebih kurang. Masa tu baru kahwin pulak, jadi perbelanjaan tu lebihlah sikit, sewa rumahnya, makan minum, duit minyak kereta berulang dari Kajang ke Pandan Indah dan lain-lain lagi. Dengan mengajar Iqra' dan al-Quran dapatlah tambahan lagi RM 500 untuk menampung hidup sekeluarga.

UF berhenti mengajar Iqra' dan al-Quran rumah ke rumah bila naik jadi pensyarah tahun 2002. Faktor berhenti ialah kekangan masa, sebab balik kerja kadang-kadang dah pukul 6, ambil masa juga dari Pandan Indah sementara nak sampai ke Kajang. Kadang-kadang tu terus ke rumah mengaji di Country Heights, lepas Isyak habis mengajar baru balik rumah.

Kira dah 7 tahun berhenti ngajar Iqra' dan al-Quran pada budak-budak. UF hanya ngajar anak di rumah sebab UF mahu anak boleh baca al-Quran hasil usaha UF sendiri. Bila beli rumah di Kota Warisan dan orang mula kenal UF ni ustaz, ramai yang dok tanya boleh tak ngajar anak mereka baca al-Quran. Mula-mula UF tolak sebab takut tak sempat, tapi bila ramai sangat yang tanya dan minta mengajar anak mereka, UF terpaksa mengalah. Mula-mula ada 4 orang saja yang datang mengaji, tapi sekarang dah mencecah 19 orang. Ada 2 kumpulan, kumpulan pertama mengaji waktu malam (Isnin, Selasa dan Rabu) dan kumpulan ke dua mengaji pagi Sabtu dan Ahad.

Tapi UF kata pada mak ayah, siapa yang nak anaknya mengaji dengan UF mesti ikut style UF. Syaratnya UF akan test dulu bacaan anak mereka, kalau lancar bolehlah teruskan. Kalau tak lepas test tu, UF akan suruh budak-budak tu baca Iqra' dari mula balik. UF agak tegas sikit dengan kualiti bacaan, sebab ramai budak yang kata mereka dah baca al-Quran, juz 5, juz 11 dan macam-macam lagi. Namun bila test bacaan mereka sangat teruk seolah-olah robot yang membaca. Panjang pendeknya entah ke mana, dengungnya tidak di jaga dan pelbagai lagi kesalahan.

Hasilnya daripada 19 orang budak-budak yang datang belajar mengaji dengan UF sekarang, hanya seorang saja yang lulus test dan boleh sambung bacaannya sebelum ini iaitu juz 7. Testnya cukup mudah, kalau mereka kata dah baca juz 5, UF suruh mereka baca mana-mana muka surat. Selalunya bila mereka baca 3-4 perkataan, dah boleh tahu mereka lancar membaca atau tidak.

UF sedih sebab ramai pengajar al-Quran tidak ambil berat tentang kualiti bacaan, selalunya nak cepat habis dan khatam. Masalah besarnya budak-budak tu tidak menguasai asas bacaan dari segi panjang pendek dan dengung. Jika sejak dari kecil mereka baca tunggang langgang macam robot, maka sampai ke tualah mereka akan baca macam tu. UF bila mengajar, niat nak bagi budak tu boleh baca al-Quran dengan baik dan Alhamdulillah sebahagian mereka dah boleh baca dengan baik walaupun sebelum tu begitu longgar asas bacaan mereka.

Dulu masa UF belajar di Ma'had al-Azhar, Pokok Sena, Pulau Pinang, ada seorang ustaz yang bernama Zainol Abidin yang mendengar tasmik al-Quran. Dia kata dia boleh duduk berjam-jam mengajar dan mendengar orang membaca al-Quran kerana dia minat dan mencintai al-Quran. Nikmat yang sama dirasai oleh UF bila mengajar budak-budak membaca al-Quran, apatah lagi mereka boleh membaca hasil asuhan dan didikan UF. Tidak ada langsung perasaan jemu dan putus asa ketika mengajar mereka. Hanya orang yang mengajar al-Quran tahu akan kemanisan nikmat itu. Yang paling memberi motivasi pada UF dalam mengajar al-Quran ni ialah hadis Rasulullah S.A.W: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan orang yang mengajarnya (kepada orang lain)". Riwayat Usman (Sahih al-Bukhari).

Ya Allah! masukkanlah UF dalam golongan ini, Amin...

26 Julai 2009

Akhirnya...

Dalam post terdahulu UF ada sebut nak buat research sempena Ijtimak Tabligh Sedunia yang diadakan baru-baru ni. UF bersama 4 orang rakan pensyarah lain dah siapkan questionnaire untuk diedarkan semasa ijtimak tersebut. Kami minta bantuan pelajar-pelajar USIM untuk kutip data, namun pagi Khamis 9 Julai tu pelajar tu SMS mengatakan ada masalah besar, lalu UF pergi jumpa pelajar tu bertanyakan masalah apa.

Rupanya Syura Tabligh tidak benarkan kami untuk mengedarkan questionnaire semasa ijtimak berlangsung kerana takut mengganggu perjalanan ijtimak. Kami dengan berat hati terpaksa akur dengan keadaan itu dan mengambil keputusan untuk menangguh sementara research tersebut sehingga selepas selesai ijtimak.

Memandangkan questionnaire sudah dicetak dan hadiah responden sudah dibeli, tidak mesti tidak research itu perlu diteruskan. Mengikut rancangan asal nak kutip data di ijtimak, tetapi memandangkan ia tidak dibenarkan jadi UF bincang dengan rakan-rakan agar data yang diperlukan dikutip di markaz Tabligh di Masjid Sri Petaling sahaja. Namun ia juga perlu kepada keizinan Syura Tabligh. Jadi UF mohon bantuan ahli Jemaah Tabligh Kota Warisan untuk bawa UF ke Masjid Sri Petaling untuk meminta keizinan menjalankan penyelidikan di situ.

Mulanya nak pergi hari Rabu lepas, tapi UF baru baik demam, jadi hari Sabtu 25 Julai 2009 baru dapat pergi ke Masjid Sri Petaling. Kami bertolak ke sana lebih kurang jam 6.30 petang dan sampai jam 7 petang. Kami makan terlebih dahulu kemudian bersiap untuk solat Maghrib. Selepas solat Maghrib diadakan bayan dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan oleh imam Masjid Us. Abd Hamid. Selepas Isyak pula diadakan pula penceritaan ringkas tentang "Hayat al-Sahabah".

Selepas itulah baru UF dibawa berjumpa dengan Mudir Madrasah merangkap imam Masjid Sri Petaling iaitu Us. Abd Hamid. UF sampaikan hasrat kami pensyarah USIM untuk menjalankan satu research dan ingin mengutip data di masjid itu. Tanpa banyak soal beliau memberi keizinan kepada kami dan beliau menyatakan bahawa memang selalu para penyelidik datang mendapatkan data di situ. Beliau juga sempat menelefon seorang ahli Syura Tabligh memberitahu tujuan kami sebagai pengesahan.

Bila dapat keizinan daripada Us. Abd Hamid, UF rasa lega sangat sebab akhirnya Insya Allah boleh berjalan juga research yang kami cadangkan tu, kalau tidak rugi saja kami cetak questionnaire dan beli hadiah.

21 Julai 2009

DIMASHQU (11)

15 Disember 2005 hari yang ditunggu-tunggu oleh aku selama ini. Inilah harinya aku akan berangkat bersama isteri dan anakku ke Syria. Awal-awal pagi lagi aku dah bangun dan bersiap walaupun kami akan bertolak ke KLIA lebih kurang jam 9 pagi.

(bergambar sebelum bertolak ke KLIA)
Sampai di KLIA, ramai rakan-rakan aku telah menunggu di situ, kerana kebetulan USIM menganjurkan majlis pelancaran buku di Hotel Pan Pacific bersebelahan. Aku pun salah seorang penerima anugerah dalam majlis tersebut tetapi aku tidak dapat hadir kerana bertembung dengan penerbangan aku ke Syria. Rakan-rakan aku berrsalaman dan berpelukan dengan aku sambil mengucapkan selamat jalan dan mereka meminta maaf sebab tidak dapat menunggu hingga aku masuk ke dalam kerana terpaksa ke majlis pelancaran buku USIM.

Aku pada mulanya agak risau kerana barang yang aku bawa agak banyak, semua sekali ada 8 beg besar dan kecil. Tapi Alhamdulillah semasa check in aku diberitahu yang seorang penumpang dibenarkan membawa 30kg ke dalam kargo. Jadi aku letak 5 beg yang jumlah sudah melebihi 90kg tetapi atas ihsan pegawai bertugas, aku tidak dikenakan sebarang cas tambahan. Manakala 3 beg lagi aku bawa bersama.

(Di KLIA)

Bersambung...

17 Julai 2009

Tesis Ph.D ku

Inilah tesis Ph.D UF yang dah siap tu, walaupun siap 20 Jun lepas tapi hanya kelmarin baru dapat serahkan kepada penyelia sebab dia balik bercuti di negara asalnya Algeria. Tesis setebal hampir 450 muka surat ini mengandungi 2 bab, dan setiap 1 bab mempunyai 2 fasal. Manakala 1 fasal mengandungi beberapa mabhas pula.

UF ambil masa setahun setengah untuk siapkan tesis ni yang bermula Januari 2008 dan selesai Jun 2009. Baru selangkah dalam perjalanan yang masih panjang lagi, selepas ni kena edit apa yang penyelia suruh. Lepas tu serah pula kepada pembaca dalam dan luar UIA, edit lagi apa yang disuruh dan lepas tu hantar balik untuk viva.

Viva tesislah kemuncak perjalanan seorang pelajar Ph.D, dulu masa pertahan proposal dah kena teruk, masa viva nanti tak tahulah apa yang nak kena "serang" lagi. Allahumma Yassir Amri Wa La Tu'assir, Ya Rabbi...

07 Julai 2009

Langkah Pencegahan Penyakit Berjangkit

Ketika wabak SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) atau dalam bahasa Melayunya Sindrom Pernafasan Akut Teruk melanda dunia termasuk Malaysia pada tahun 2003, UF ada tulis satu artikel yang bertajuk "Langkah Pencegahan SARS: Satu Maslahah". Artikel ini mengenai langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan Malaysia menurut perpesktif Islam. Ia telah dibentangkan dalam satu program diskusi ilmiah anjuran Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM dan diterbitkan dalam bentuk buku. Kesimpulan daripada artikel ini, UF berpendapat bahawa langkah-langkah pencegahan yang diambil kerajaan Malaysia dalam menangani wabak SARS adalah bertepatan dengan Maqasid (Objektif) Syariah berdasarkan beberapa dalil ayat al-Quran, Sunnah dan kaedah-kaedah Fiqh.

Memandangkan sekarang dunia amnya dan Malaysia khasnya dilanda pula sejenis wabak baru iaitu selsema babi atau Influenza A (H1N1) di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jumlah terkumpul kes H1N1 seluruh dunia meningkat kepada 91,457 kes termasuk 387 kematian di 126 negara. Ia terbukti wabak yang amat berbahaya dan mudah berjangkit, maka langkah-langkah pencegahan perlu diambil dan dilaksanakan dengan serius agar ia terkawal. Di Malaysia khasnya, telah ada langkah pencegahan yang diambil seperti kuarantin pesakit yang positif atau disyaki positif.

Dari sudut perspektif Islam, langkah pencegahan dalam menangani wabak Influenza A (H1N1) adalah sama seperti menangani wabak SARS dan wabak-wabak berjangkit yang lain. Jadi apa-apa langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam mengawalnya dari terus merebak, ia dianggap menepati maslahah (selagi mana ia tidak bercanggah dengan kaedah umum Syarak) sesuai dengan prinsip-prinsip siasah syariyyah.

Kepada anda yang ingin membaca artikel UF berkaitan dengan langkah pencegahan wabak berjangkit dari segi dalil dan hujahnya, bolehlah hubungi UF.

06 Julai 2009

Once Upon A Time With Iqra'

Dulu (sekitar 1998-2001) masa UF buat Master di UKM, UF sara hidup dengan mengajar Iqra' dan al-Quran. Idea mengajar tu datang setelah UF berjumpa dengan seorang kawan kepada kawan UF yang juga mengajar Iqra' di sekitar KL. Dia kata elok kalau UF iklankan mengajar Iqra' rumah ke rumah di kawasan Bangi kerana ramai yang mahu, sama ada untuk diri sendiri atau anak-anak mereka. UF rasa semangat nak buat kelas macamtu, apatah lagi UF dah berazam bila sambung master, UF nak berdikari dan tak perlu meminta-minta duit dari mak ayah lagi. Jadi UF buat iklan dan tampal di bus stop dan pasaraya Warta di Bangi. Alhamdulillah, lebih kurang seminggu ada seorang lelaki dewasa call dan kata dia sendiri yang nak mengaji.

Itulah pelanggan pertama UF dan lelaki ni seorang pegawai di KTM. Walaupun dia dah dewasa tapi dia mengaku yang dia tidak lancar baca al-Quran. UF kata kat abang tu, tak apa UF akan bantu dia untuk lancarkan bacaan al-Quran tapidengan syarat kena baca Iqra' dulu jilid 1 daripada mula. UF ajar abang tu lebih kurang setahun lebih dengan bayaranRM 100 sebulan, seminggu 2 kali. UF tak kisah sangat dengan jumlah bayaran, yang penting UF dapat menampung hidup sedikit dan yang paling penting orang yang nak mengaji tu ikhlas nak perbaiki bacaan al-Quran. Alhamdulillah berkat ketekunan abang tu, dalam tempoh setahun lebih tu, daripada seorang yang tak lancar bacaan al-Quran, dia sudah lancar dan dapat membaca al-Quran dengan baik sehingga juz 11 (kalau tak silap). Abang tu tak sempat khatam al-Quran dengan UF sebab dia terpaksa berpindah rumah kerana urusan kerja.

Di samping abang tu, ada seorang kakak (Azizah) call nak mengaji, kali ni untuk anak-anaknya pula. Asalnya kakak ni call kawan UF (sebab kami iklan kelas ni atas nama berdua), tapi kawan UF ada komitmen lain jadi dia serahkan pada UF untuk mengajar budak-budak tu. Namun masa pergi ziarah rumah kakak tu, kami pergi berdua dan kawan UF bagitau pada kak zizah, bukan dia yang akan mengajar anak-anaknya tapi UF. Keluarga kakak ni sebenarnya baru 2 minggu balik dari US dan mempunyai 4 orang anak. Kakak tu minta ajar anak dia 3 orang, tapi masalah besar ialah anak-anaknya tak reti cakap melayu kecuali yang sulung (darjah 2). Memandangkan UF masa tu taklah reti sangat bahasa Inggeris, jadi bayangkan, bagaimana UF mengajar budak-budak tu. Nasiblah si kakak sulung tu bantu translate sikit-sikit, terkadang tu lawak juga masa mengajar tu bila UF ambil masa dok fikir apakah perkataan Inggeris yang sesuai untuk tegur kesalahan bacaan budak-budak tu. Kadang-kadang tu bila susah sangat, UF suruh je kakak yang sulung tu tegur adik-adik dia. Kak zizah bayar RM 200 sebulan untuk mengajar anak-anaknya. Jadi campur dengan duit abang tadi, UF dah dapat RM 300 sebulan hasil mengajar Iqra' dan al-Quran.

Dalam dua tiga bulan mengajar rumah kak zizah, dia offer pula kat UF untuk mengajar Iqra' di tadika miliknya yang baru dibuka di Seksyen 2, Bangi. UF tak fikir panjang terus terima tawaran kak zizah, cuma UF kata UF masih ada course work Master, tak bolehlah mengajar tiap-tiap hari. Jadi UF hanya mengajar di tadika kak zizah 3 hari seminggu, manakala anak-anaknya UF mengajar waktu malam selepas Maghrib. Alhamdulillah, dengan UF mengajar rumah ke rumah di samping tadika kak zizah tu, UF memperolehi pendapatan lebih kurang RM 500-600 sebulan dan dapatlah UF tampung hidup buat Master di UKM.

Setelah itu, UF mengajar lagi satu rumah di Kajang selepas Asar dengan bayaran RM 100. Bila UF dah habis course work Master, UF mengajar Iqra', al-Quran dan bahasa Arab di sekolah rendah kak zizah (dia baru buka sekolah rendah pula "Sri Ayesha Islamic Primary School") setiap hari tapi hanya sebelah pagi sahaja lebih kurang sejam setengah (8.00-9.30 pagi). Oleh kerana UF hanya mengajar part time, jadi UF diberi gaji RM 500. Masa tu campur gaji sekolah rendah dan mengajar Iqra' di rumah-rumah, UF dapat RM 800 sebulan. UF susun jadual masa dengan istiqamah, pagi UF mengajar di sekolah dan habis mengajar jam 9.30 pagi, UF akan terus pergi ke library UKM untuk cari bahan menulis tesis Master sampailah ke petang. Balik sebelum asar, rehat kejap dan solat Asar, UF mengajar Iqra' dan pulang sebelum Maghrib. Lepas tu bersiap-siap pula untuk pergi mengajar di rumah kak zizah dan UF akan solat Maghrib di rumahnya. Begitulah rutin hidup UF masa buat Master di UKM dulu.

Pasaran mengajar Iqra' dan al-Quran rumah ke rumah ni sebenarnya begitu menggalakkan. Yang penting kena sabar dan ikhlas, malah UF pernah jadi bos dan boleh mencari 2-3 orang kawan lain untuk bantu UF mengajar dan UF bagi elaun dengan sedikit komisen untuk UF. Namun sistem mengajar rumah ke rumah ini, agak meletihkan sebab kita terpaksa pergi ke rumah orang setiap malam untuk mengajar dan paling banyak pun kita hanya boleh mengajar 2 buah rumah sahaja seminggu. UF cerita ni bukannya apa sekadar berkongsi pengalaman untuk mahasiswa universiti terutamanya pelajar Master bagaimana menampung hidup masa belajar. Lain orang lain pula pengalamannya.

02 Julai 2009

Dendam Yang Tiada Bernoktah?

UF ingatkan cerita seorang ex-lecturer FSU, USIM yang heboh tidak lama dahulu pasal isu pelajar ramai gagal dalam exam dah selesai. UF pun ada ulas berkenaan isu tu dalam blog ini. Rupanya dia masih menjaja lagi cerita berkenaan hal tersebut dalam blognya. Waktu isu ini tengah hangat, dia padam blognya dan sekarang ini dia buka blog lain dan post-post dalam blog itu lebih kepada serangan peribadi kepada individu-individu yang terlibat dengannya dalam isu dulu. Namun walaupun dia buka blog lain, tapi dia tidak membenarkan orang untuk komen atau reply terhadap tulisannya.

UF tak nak kata apa-apa nanti kata bias pula, jadi anda boleh lawati blognya (sila klik di sini) dan anda boleh lihat dan faham sendiri tahap mentaliti ex-lecturer tersebut. Untuk makluman semua, dia adalah anak orang kaya (menurut katanya, rumah bapanya harga juta-juta) dan seorang yang berpelajaran tinggi dalam bidang undang-undang. Tapi kalau baca blognya, ahhh anda nilai sendirilah...

UF teringat satu kata-kata peribahasa arab: "Laysa al-fata man qala kana abi, Inna al-fata man qala ha ana za"....

01 Julai 2009

DIMASHQU (10)

14 Disember 2005, rumah sewa aku di Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi penuh dengan ahli keluarga sebelah aku dan isteri. Sebab esok adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh aku sekian lama dan aku akan berangkat ke Syria untuk menyambung pengajian Ph.D. Hari terakhir di Malaysia ni, aku selesaikan urusan-urusan yang masih ada.

Sebenarnya telah ada satu petanda yang merupakan titik permulaan kepada satu ujian besar kepada aku. Kakak-kakak ipar dan ibu mertuaku ada menegur isteriku yang wajahnya nampak begitu pucat. Aku tidak perasan langsung akan petanda itu, mungkin sebab aku berada bersama isteri aku setiap hari. Jadi aku tidak nampak apa-apa perubahan kepada muka dan keadaan dirinya.

Namun isteriku menjawab, mungkin dia keletihan sebab mengemas dan menyiapkan barang keperluan kami sekeluarga untuk ke luar negara. Mungkin ada kebenarannya, jadi ipar serta mertuaku hanya mengiyakan sahaja. Aku hanya tahu tentang hal ini, lama selepas itu.

Bersambung....

30 Jun 2009

Ijtimak Tabligh Sedunia

Pada 9 - 12 Julai 2009 akan datang, Ijtimak Tabligh Sedunia akan diadakan di tapak berhampiran masjid Kuaters KLIA, Sepang. Ijtimak ini melibatkan 100,000 orang lebih ahli jemaah Tabligh seluruh dunia. Bersempena dengan Ijtimak ini juga, UF dah berbincang dengan seorang kawan pensyarah untuk membuat satu research yang mana respondennya terdiri daripada ahli-ahli jemaah Tabglih yang datang ke Ijtimak tersebut. Tajuknya belum ditentukan tapi mungkin berkisar isu-isu Syariah, dan kami hanya ada lebih kurang 10 hari bagi menyiapkan questionnaire untuk diedarkan semasa IJtimak nanti.

UF memohon bantuan kepada ahli jemaah Tabligh yang tinggal di Kota Warisan untuk mendapatkan maklumat bagaimana perjalanan Ijtimak nanti. Tadi pagi selepas hantar anak ke sekolah, UF dibawa oleh Hj. Ishak (orang kuat Tabligh di Kota Warisan) meninjau tapak Ijtimak dan beliau sedia membantu untuk UF jalankan penyelidikan tersebut. Insya Allah, mudah-mudahan Allah Taala permudahkan urusan UF nanti.

26 Jun 2009

Malam Kesenian Islam

Satu konsert “Malam Kesenian Islam” akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Jun 2009
Hari: Sabtu
Masa: 8 malam
Tempat: Pentas Budaya, Bandar Baru Salak Tinggi (berhadapan Maybank BB Salak Tinggi)

Berhibur bersama kumpulan nasyid ”Nowseeheart” dan “Instinct”. Temui mereka di sana! Bawa anak-anak sekali…

25 Jun 2009

Rehearsal

(Duduk dalam heli pun cukup lah)

Pagi tadi diadakan rehearsal untuk program Community Policing hari Sabtu ni. Yang menarik perhatian ramai ialah rehearsal gimik dari Skop Production yang dijayakan oleh pelakon-pelakon gerak khas seperti "Sarjan Misai" A. Galak, detektif Lingam, detektif Zaidi dan juga pelakon-pelakon Akademi Polis seperti Serena, Zack Kool dan lain-lain. Apa gimiknya? kena datang hari Sabtu ni di padang depan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan.



(Sewang orang Asli Kota Warisan)

22 Jun 2009

Program "Community Policing"

Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dengan kerjasama penduduk Kota Warisan, Sepang akan menganjurkan satu program "Community Policing" seperti berikut:

Tarikh: 27 Jun 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Padang di hadapan Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang.
Dirasmikan oleh: Dato’ Khalid Abu Bakar (Ketua Polis Selangor)

Pelbagai aktiviti disediakan. Antaranya:
- Kaunter diskaun bayaran saman.
- Gimik Gerak Khas Yusuf Haslam "Skop Production".
- Pameran pelbagai agensi polis.
- Pertunjukkan udara.
- Dan pelbagai lagi.

Semua masyarakat berhampiran Kota Warisan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis. Jangan lupa, yang penting kaunter diskaun bayaran saman tu, jangan lepaskan peluang. UF baru balik mesyuarat dengan pihak polis tadi sebab UF Tim. Pengerusi Penduduk untuk majlis ni, difahamkan gimik special akan dipersembahkan oleh "Skop Production".

21 Jun 2009

Kelas Asas Fardu Ain

Surau al-Hijrah Kota Warisan telah memngambil inisiatif menganjurkan kelas bimbingan Asas Fardu Ain untuk remaja-remaja yang tinggal di sini. Kelas ini adalah percuma setiap Sabtu malam Ahad selepas solat maghrib menggunakan buku karangan Allahyarham Us. Sulaiman Endut “Asas-Asas Fardu Ain”. Kelas ini dikendalikan oleh Us. Zairul al-Adib imam surau (bab Akidah dan akhlak) dan juga UF sendiri (bab fiqh).Alhamdulillah, semalam dah masuk minggu kedua kelas ini berjalan dan mendapat sambutan bukan sahaja remaja-remaja lelaki dan perempuan, malah orang dewasa juga ramai yang mengikuti kelas ini.

Memandangkan ramai remaja yang datang mengaji tidak ada buku tersebut, UF pesan kepada mereka agar membeli buku ini kerana ia adalah bekalan untuk selama-lamanya dan ia boleh diwarisi pula untuk anak-anak pada masa akan datang. Kepada ayah-ayah yang hisap rokok tangguhkan pembelian rokok untuk 2 hari dan gunakan kos yang nak beli rokok tu untuk beli buku tu untuk digunakan oeh anak-anak mereka. Buku tersebut hanya RM 15 dan kos beli sekotak rokok sekarang RM 6.70. Walaupun kebanyakan remaja yang datang mengaji tinggal di flat kos rendah, jangan jadikan alasan tiada duit, menghalang mereka dari mengikuti kelas dengan lebih sempurna. Tambahan pula mereka boleh mencatit isi-isi tambahan yang penting dalam buku tu.

Selepas solat Isyak, ada seorang hamba Allah yang sudah berumur dan turut mengikuti kelas Fardu Ain tadi datangberjumpa dengan UF dan menghulurkan RM 150. Katanya ambillah duit ini dan belikan buku “Asas-Asas Fardu Ain” dan beri kepada remaja-remaja yang datang mengaji. UF rasa hamba Allah ini orang luar sebab tidak pernah lihat beliau solat di surau sebelum ini. Apa-apa pun, terima kasih kepada beliau kerana mungkin beliau kesian bila UF cakap macam tu dan hanya Allah lah yang dapat membalas budi baik beliau. Insya Allah pahala yang berterusan akan beliau perolehi kerana buku yang dibeli dengan duit yang beliau beri dan digunakan pula oleh remaja-remaja yang datang mengaji, dianggap sebagai amal jariah seperti yang tersebut dalam hadis Rasulullah S.A.W: Yang bermaksud “Apabila matinya anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara;
1. Sedekah jariahnya.
2. Ilmunya yang dimanfaatkan dengannya.
3. Anak soleh yang mendoakan untuknya. (Riwayat Muslim)

19 Jun 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah, segala puji hanya kepada Allah Azza Wa Jalla, atas limpahan kurnianya UF selesai menulis tesis Ph.D tepat jam 3.40 petang hari Jumaat 25 JamadilAkhir 1430H bersamaan 20 Jun 2009 pada hari Sayyidul Ayyam yang penuh berkat ini. UF doakan agar kajian sepanjang setahun setengah ini memberi manfaat kepada umat Islam khususnya di Malaysia dan mudah-mudahan Allah jadikan segala usaha UF selama ini sebagai amalan soleh. Amin!

Ustaz Saman Ustaz

Pensyarah UKM saman penulis blog RM1j

SHAH ALAM 18 Jun - Seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap pemilik laman blog al-ghari.blogspot.com kerana didakwa menulis artikel yang mengaitkan beliau dalam isu fahaman Wahhabi. Dr. Azwira Abdul Aziz, 41, dari Jabatan Pengajian al-Quran dan As Sunnah, Fakulti Pengajian Islam UKM selaku plaintif menamakan Zamihan Mat Zin, 32, sebagai defendan. Zamihan merupakan Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Baca lanjut di: http://www.utusan.com.my/utusan/

UF tak kenal sangat kedua-dua ustaz dalam isu ni, tapi pernah berjumpa dengan mereka. Dr. Azwira adalah pensyarah di UKM dan Ustaz Zamihan tu ada mengajar di surau tempat tinggal UF. Isu Wahabi ni dah lama berlegar di Malaysia daripada dahulu lagi. Lepasan universiti di Saudi kadang-kadang dicop sebagai pengamal fahaman Wahabi. Mungkin sebab Arab Saudi terkenal dengan fahaman Wahabinya, maka siapa yang belajar di sana juga terkena tempiasnya.

Tapi sebenarnya fahaman Wahabi juga dipegang oleh mereka yang bukan belajar di universiti Arab Saudi, jadi untuk mengatakan semua yang pernah belajar di Saudi sebagai pengamal fahaman Wahabi adalah tuduhan yang melulu kecuali ada bukti. UF tidak membela sesiapa dalam hal ini kerana tidak tahu isu sebenar, cuma sebagai peringatan kepada semua, berhati-hatilah dalam membuat kenyataan.

13 Jun 2009

DIMASHQU (9)

Memandangkan aku akan pergi lama ke luar negara, aku telah melelong barang-barang di rumah seperti meja makan, almari, katil, sofa, mesin basuh dan lain-lain. Aku hanya iklankan dalam webmail USIM, mula-mula ingatkan lelongan barangan tu tiada sambutan, tapi rupa-rupanya ramai yang menghubungi aku untuk membeli barangan tersebut. Maklumlah harga lelong yang memang murah dan alhamdulillah boleh dikatakan hampir ke semua barang telah ditempah oleh staf-staf USIM. Manakala kereta Iswara yang aku guna juga aku jual dan dapatlah sedikit lagi wang tambahan.

Semakin menghampiri bulan Disember, membuatkan aku semakin berdebar-debar kerana berasa teruja dapat pergi ke Syria. Sebagai tanda kesyukuran aku telah mengadakan kenduri doa selamat di rumah mak ayah aku di Penang 2-3 hari selepas hari raya Aidilfitri tahun 2005.


Bila dah masuk bulan Disember, aku mengambil cuti 2 minggu sehinggalah tarikh penerbangan ke Syria pada 15 Disember nanti untuk menghabiskan baki cuti tahunan. Aku juga mengadakan kenduri perpisahan di fakulti Syariah dan Undang-Undang, tempat aku mengajar. Ada perasaan sedih dan gembira, entahlah kenapa?


Bersambung...